Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
Lee dilahirkan di Chinatown, [[San Francisco]], [[California]] kepada ibu bapa berketurunan cina [[Hong Kong]] pada 27 November 1947. Beliau dibesarkan di Kowloon, Hong Kong sehingga usia lewat remaja. Beliau pada mulanya terlibat di dalam bidang lakonan atas dorongan bapanya dan membuat penampilan di dalam beberapa filem sebagai pelakon kanak-kanak. Semasa beliau mencecah umur 18, dia berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan pengajian tinggi di Universiti Washington, daerah Seattle. Pada masa ini dia mula mengajar seni mempertahankan diri. Hasil produksi filem-filem Hong Kong-Hollywood beliau berjaya mengangkat martabat dan populariti filem-filem seni mempertahankan diri tradisional Hong Kong ke satu tahap yang baru. Justeru itu membawa kepada pembangkitan minat terhadap seni pertahananan diri Cina dalam kalangan masyarakat Barat pada tahun 1970-an. Cara arahan dan nada filem beliau telah mengubah dan mempengaruhi seni bela diri dan filem mempertahankan diri di Amerika Syarikat, Hong Kong dan seluruh dunia yang lain.
 
Beliau terkenal dengan peranannya di dalam 5 buah filem: "[[The Big Boss|''The Big Boss'']]" (1971, arahan Lo Wei), [[Fist of Fury|"''Fist of Fury''"]] (1972), [[The Way of the Dragon|"''The Way of the Dragon''"]] (1972, diarah dan ditulis oleh Bruce Lee sendiri); [[Enter the Dragon|"''Enter the Dragon''"]] (1973, Warner Brothers) dan [[The Game of Death|"''The Game of Death''"]] (1978) - kedua-duanya arahan Robert Clouse.
 
Lee menjadi satu ikon yang terkenal di serata dunia dan khususnya dalam kalangan [[orang Cina|masyarakat Cina]], kerana dia menggambarkan [[nasionalisme|nationalisme bangsa]] Cina di dalam filem-filemnya. Lee pada mulanya berlatih di dalam seni pertahanan diri [[Wing chun|Wing Chun]], dan kemudiannya menggabungkan seni tersebut dengan pengaruh-pengaruh pelbagai sumber dan falsafah pertahanan diri peribadinya. Beliau akhirnya menggelar seni tersebut sebagai "[[Jeet Kune Do]]" (Cara Pintasan Penumbuk). Lee memegang dua taraf kewarganegaraan iaitu sebagai warga Hong Kong dan Amerika. Beliau meninggal dunia di Kowloon Tong pada 20 Julai 1973, berumur 32 tahun.