Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 99:
 
=== Jeet Kune Do ===
Jeet Kune Do berasal dari tahun 1967. Selepas penggambaran musim pertama ''[[The Green Hornet|"The Green Hornet"]]'', Lee mendapati dirinya menganggur, lalu membuka Institut Kung Fu Jun Fan. Pertarungan kontroversi antara beliau dengan Wong Jack Man mempengaruhi falsafahnya di dalam seni mempertahankan diri. Lee membuat kesimpulan bahawa pertarungan tersebut mengambil masa yang terlalu lama dan dia gagal untuk mencapai potensi diri menggunakan teknik Wing Chun sendiri. Beliau berpendapat seni pertahanan diri tradisional adalah terlalu tegar dan formalistik untuk digunakan secara praktikal dalam pertarungan jalanan yang huru-hara. Lee mengambil keputusan untuk membangunkan satu sistem dengan penekanan dari segi "praktikaliti, fleksibiliti, kepantasan dan efisien". Beliau mula menggunakan teknik latihan yang berlainan seperti latihan angkat berat unutk kekuatan, latihan larian untuk ketahanan, regangan badan untuk fleksibiliti dan lain-lain yang sering diadaptasi, termasuklah lawan pedang dan teknik asas tinju.
 
Lee menekankan apa yang beliau panggil sebagai "gaya yang tiada gaya". Ini terdiri daripada penghapusan pendekatan formal di mana Lee menganggap yang ia merupakan gaya tradisional. Lee merasakan sistem yang kini dipanggil Kung Fu Jun Fan lagi tegar dan kemudiannya mengembangkan ia kepada suatu falsafah dan seni pertahanan diri yang digelar Jeet Kune Do atau Cara Pintasan Penumbuk. Ia merupakan satu istilah yang disesal oleh beliau, kerana Jeet Kune Do menekankan parameter spesifik yang dilambangkan oleh gaya, di mana idea seni pertahanan diri miliknya sepatutnya wujud di luar parameter dan tanpa sebarang batasan.
 
=== Kecergasan dan nutrisi ===
Pada ketinggian 173 cm dan 64 kg, Lee dikenali dengan kecergasan fizikal dan semangatnya, yang dicapai melalui dedikasi regimen senaman untuk menjadi sekuat yang boleh. Selepas pertarungannya dengan Wong Jack Man pada tahun 1965, Lee mengubah pendekatannya terhadap latihan seni pertahanan diri. Lee merasakan ramai artis seni pertahanan diri pada zamannya tidak menghabiskan masa yang cukup untuk mengekalkan tahap fizikal. Lee memasukkan elemen kecergasan secara menyeluruh - kekuatan otot, ketahanan otot, ketahanan kardiovaskular dan fleksibiliti. Beliau menggunakan teknik bina badan tradisional untuk membina ketumpatan dan berat otot, namun tidak dilakukan keterlaluan kerana ini akan mengurangkan kepantasan atau fleksibiliti. Pada masa yang sama, dari segi keseimbangan, Lee menasihatkan bahawa persediaan mental dan rohani adalah amat penting untuk kejayaan latihan fizikal di dalam seni pertahanan diri. Di dalam [[Tao of Jeet Kune Do|"''Tao of Jeet Kune Do"'']], beliau menulis:<blockquote>Latihan merupakan salah satu fasa yang paling diabaikan oleh para olahragawan. Terlalu banyak masa digunakan untuk melatih kemahiran dan terlalu sikit masa digunakan untuk melatih seseorang untuk penyertaan. ... JKD, pada akhirnya bukanlah teknik remeh-temeh, tetapi pembangunan rohani dan fizikal yang tinggi. </blockquote>Menurut Linda Lee Cadwell, selepas Lee berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau mula mengambil perhatian serius terhadap nutrisi dan mempunyai minat dalam makanan kesihatan, minuman tinggi protein, makanan tambahan vitamin dan mineral. Beliau kemudiannya membuat kesimpulan yang mana untuk badan mencapai prestasi tinggi, seseorang itu tidak boleh menjanakannya dengan diet makanan ringan, dan dengan makanan tenaga yang salah, badan seseorang itu akan mempunyai prestasi lembap atau selekeh. Lee juga mengelak makanan yang dibakar dan tepung yang ditapis, dengan menyatakan bahawa makanan-makanan tersebut hanya menambah kalori yang tidak berguna kepada badannya.
 
==Karier lakonan==
{{see|Filemografi Bruce Lee}}
 
[[Fail:Bruce Lee 1950.jpg|thumb|Bruce Lee dalam filem ''[[The Kid|"The Kid"]]'' (1950)]]Watak pertama Lee dalam bidang lakonan adalah sebagai seorang bayi yang dibawa ke atas pentas di dalam filem Golden Gate Girl. Semasa beliau mencapai umur 18 tahun, beliau telah membuat kemunculan di dalam 20 buah filem.
 
Semasa Lee berada di Amerika Syarikat pada tahun 1959 hingga tahun 1964, beliau meninggalkan pemikiran di dalam bidang karier lakonan untuk mengejar bidang seni pertahanan diri. Walau bagaimanapun, satu pameran seni pertahanan diri di Long Beach pada tahun 1964 membawa kepada jemputan uji bakat oleh William Dozier untuk satu watak dalam episod cubaan "Number One Son". Drama tersebut tidak pernah ditayangkan, tetapi Lee diundang untuk memainkan watak Kato bersama Van Williams di dalam siri TV ''[[The Green Hornet]].'' Siri tersebut hanya bertahan selama 1 musim, dari tahun 1966 hingga tahun 1967. Lee juga membawa watak Kato di dalam 3 episod ''Batman''. Ini kemudiannya diikuti dengan bintang undangan di dalam 3 siri televisyen yang lain: ''Ironside'' (1967), ''Here Comes the Brides'' (1969) dan ''Blondie'' (1969).
Baris 127:
 
=== Falsafah ===
Lee paling terkenal dengan artis seni pertahanan diri. Akan tetapi, beliau juga mengambil jurusan drama dan falsafah semasa dia masih merupakan seorang pelajar di Universiti Washington. Beliau celik ilmu dan mempunyai sumber perpustakaan yang luas. Buku-buku pertahanan diri dan falsafah perlawanan beliau adalah terkenal dengan penekanan falsafah, tidak kira dalam atau luar jaringan seni pertahanan diri. Kepelbagaian falsafah beliau sering mencerminkan kepercayaan perlawanannya dan beliau mendakwa seni pertahanan dirinya adalah metafora untuk ajaran sedemikian. Beliau percaya yang setiap pengetahuan akan membawa kepada pengetahuan diri dan menyatakan bahawa dia memilih seni pertahanan diri sebagai ekspresi diri. Pengaruh Lee termasuklah Taoisme, Jiddu Krishnamurti dan Buddhisme. Falsafah Lee bertentangan dengan pandangan dunia konservatif yang dinasihatkan oleh Konfusianisme. John Little menyatakan bahawa Lee merupakan seorang ateis. Apabila ditanya mengenai penglibatan agama, dia membalas, "langsung tiada apa-apa". Pada tahun 1972, beliau ditanya sama ada beliau percaya kepada Tuhan, dan dia membalas, "Secara jujurnya, saya benar-benar tidak percaya".
 
=== Sajak ===