Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 119:
Penerbit Fred Weintraub telah menasihatkan Lee untuk pulang ke Hong Kong dan membuat satu filem yang dia dapat gunakan untuk tunjuk kepada para eksekutif di Hollywood. Beliau berasa tidak gembira akan watak-watak sampingan yang diberi kepadanya di Amerika Syarikat dan kemudiannya pulang ke Hong Kong. Beliau juga tidak tahu yang sirinya, "''The Geen Hornet''" mendapat sambutan yang amat baik di Hong Kong dan dikenali sebagai "''The Kato Show''" secara tidak rasmi. Ini menyebabkan beliau terkejut kerana dia dikenali di jalanan atas peranan watak dalam siri tersebut. Selepas perbincangan dengan Studio Shaw Brothers dan Golden Harvest, Lee menandatangani satu kontrak untuk membintangi dua buah filem yang diterbitkan oleh Golden Harvest. Lee memainkan watak utama dalam filem "''The Big Boss''" (1971) yang memecah rekod panggung wayang di seluruh Asia dan melonjakkan statusnya kepada bintang filem yang masyhur. Ini kemudiannya diikuti dengan filem "''Fist of Fury''" (1972), yang mempunyai rekod pawagam yang lebih hebat dari filem "''The Big Boss''". Selepas kontrak dua tahun beliau itu tamat, dia membuat satu perjanjian baru dengan Golden Harvest. Lee kemudiannya menubuhkan syarikat sendiri, ''Concord Production Inc. (協和電影公司),'' dengan Raymond Chow. Untuk filem ketiganya, "''Way of the Dragon''" (1972) beliau diberi kuasa penuh dalam terbitan filem sebagai penulis skrip, pengarah, bintang filem dan ahli koreografi adegan pergaduhan.
 
Pada tahun 1964, di sebuah sesi demonstrasi di Long Beach, California, Lee Bertembungbertembung dengan juara Karate, Chuck Norris. Di dalam filem "''Way of the Dragon''" Lee memperkenalkan Norris kepada penonton filem sebagai pelawan beliau di koloseum di Rom, di mana ia merupakan salah satu lagenda-lagenda babak pergaduhan Lee. Ia juga merupakan babak pergaduhan yang paling diingati dalah sejarah filem seni pertahanan diri. Watak Chuck Norris pada asalnya ditawarkan kepada juara karate Amerika, Joe Lewis.
 
Pada lewat tahun 1972, Lee mula mengerjakan filem keempat Golden Harvest, "''Game of Death''". Beliau mula merakamkan sesetengah adegan pergaduhan, termasuklah adegan turutan dengan bintang sukan bola keranjang dan bekas pelajar, Kareem Abdul-Jabbar (ketinggian: 218 cm). Produksi filem itu terhenti apabila Warner Brothers menawarkan peluang kepada beliau untuk berlakon dalam filem "''Enter the Dragon''", filem yang pertama diterbitkan secara kerjasama antara Golden Harvest dan Warner Bros. Penggambaran bermula di Hong Kong pada Februari 1973. Sebulan selepas penggambaran, sebuah syarikat penggambaran lagi, Starseas Motion Pictures menaikkan Lee ke watak utama di dalam "''Fist of Unicorn''", walaupun beliau hanya bersetuju untuk bertindak sebagai ahli koreografi adegan lawan turutan dalam filem tersebut sebagai pertolongan untuk kawan lamanya, Unicorn Chan. Beliau mengambil keputusan untuk mendakwa syarikat produksi itu tetapi mengekalkan persahabatan dengan Chan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan penggambaran filem "''Enter the Dragon''" tamat dan enam hari sebelum tayangannya pada 26 Julai 1973, Lee meninggal dunia. "Enter the Dragon" bakal menjadi salah satu filem yang paling menguntungkan pada tahun itu dan sekaligus, memellihara Lee sebagai lagenda seni mempertahankan diri. Perbelanjaan filem itu menelan bajet sebanyak 850 ribu USD (bersamaan dengan empat juta USD diselaraskan pada kadar inflasi tahun 2007). Sehingga hari ini, filem itu telah mendapat pulangan sebanyak 200 juta USD seluruh dunia. Filem tersebut juga mencetuskan trend singkat dalam seni pertahanan diri, seperti yang dinyanyikan dalam lagu "''Kung Fu Fighting''" dan rancangan televisyen "''Kung Fu''". Robert Clouse, pengarah filem "''Enter the Dragon''" dan Golden Harvest menghidupkan kembali filem Lee yang tidak disempurnakan, filem "''Game of Death''". Lee telah merakam lebih 100 minit babak, termasuklah babak yang disunting keluar (tidak menepati) untuk filem tersebut sebelum ia dihentikan untuk membolehkan Lee berlakon dalam filem "''Enter the Dragon''". Selain Abdul-Jabbar, penampilan-penampilan oleh George Lazenby, guru Hapkido Ji-Han Jae, pelajar Lee, Dan Inosanto bertindak sebagai pusat klimaks dalam karakter Lee, Hai Tien (yang berpakaian dalam sut sukan kuning yang terkenal) yang berdepan dengan pencabar-pencabar yang berlainan di setiap lantai, di mana masing-masing melalui sebuah pagoda yang mempunyai lima tingkat. Di dalam satu gerakan kontroversi, Robert Clouse menamatkan filem tersebut dengan orang yang kelihatan sama dan rakaman arkib Lee daripada filem-filemnya yang lain dengan jalan cerita dan barisan pelakon yang baru, di mana ia akhirnya ditayangkan pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, filem tersebut hanya mengandungi 15 minit rakaman asli Lee (beliau menghasilkan banyak babak suntingan), manakala rakaman yang selainnya terdiri daripada orang kelihatan sama Kim Tai Chung dan Yuen Biao sebagai pelakon aksi gantian. Suntingan rakaman Lee yang tidak digunakan telah ditemui 22 tahun kemudiannya dan dimasuki dalam dokumentari "''Bruce Lee: A Warrior's Journey''".