Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 121:
Pada tahun 1964, di sebuah sesi demonstrasi di Long Beach, California, Lee bertembung dengan juara Karate, Chuck Norris. Di dalam filem "''Way of the Dragon''" Lee memperkenalkan Norris kepada penonton filem sebagai pelawan beliau di koloseum di Rom, di mana ia merupakan salah satu lagenda-lagenda babak pergaduhan Lee. Ia juga merupakan babak pergaduhan yang paling diingati dalah sejarah filem seni pertahanan diri. Watak Chuck Norris pada asalnya ditawarkan kepada juara karate Amerika, Joe Lewis.
 
Pada lewat tahun 1972, Lee mula mengerjakan filem keempat Golden Harvest, "''Game of Death''". Beliau mula merakamkan sesetengah adegan pergaduhan, termasuklah adegan turutan dengan bintang sukan bola keranjang dan bekas pelajar, Kareem Abdul-Jabbar (ketinggian: 218 cm). Produksi filem itu terhenti apabila Warner Brothers menawarkan peluang kepada beliau untuk berlakon dalam filem "''Enter the Dragon''", filem yang pertama diterbitkan secara kerjasama antara Golden Harvest dan Warner Bros. Penggambaran bermula di Hong Kong pada Februari 1973. Sebulan selepas penggambaran, sebuah syarikat penggambaran lagi, Starseas Motion Pictures menaikkan Lee ke watak utama di dalam "''Fist of Unicorn''", walaupun beliau hanya bersetuju untuk bertindak sebagai ahli koreografi adegan lawan turutan dalam filem tersebut sebagai pertolongan untuk kawan lamanya, Unicorn Chan. Beliau mengambil keputusan untuk mendakwa syarikat produksi itu tetapi mengekalkan persahabatan dengan Chan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan penggambaran filem "''Enter the Dragon''" tamat dan enam hari sebelum tayangannya pada 26 Julai 1973, Lee meninggal dunia. "Enter the Dragon" bakal menjadi salah satu filem yang paling menguntungkan pada tahun itu dan sekaligus, memelliharamemelihara Lee sebagai lagenda seni mempertahankan diri. Perbelanjaan filem itu menelan bajet sebanyak 850 ribu USD (bersamaan dengan empat juta USD diselaraskan pada kadar inflasi tahun 2007). Sehingga hari ini, filem itu telah mendapat pulangan sebanyak 200 juta USD seluruh dunia. Filem tersebut juga mencetuskan trend singkat dalam seni pertahanan diri, seperti yang dinyanyikan dalam lagu "''Kung Fu Fighting''" dan rancangan televisyen "''Kung Fu''". Robert Clouse, pengarah filem "''Enter the Dragon''" dan Golden Harvest menghidupkan kembali filem Lee yang tidak disempurnakan, filem "''Game of Death''". Lee telah merakam lebih 100 minit babak, termasuklah babak yang disunting keluar (tidak menepati) untuk filem tersebut sebelum ia dihentikan untuk membolehkan Lee berlakon dalam filem "''Enter the Dragon''". Selain Abdul-Jabbar, penampilan-penampilan oleh George Lazenby, guru Hapkido Ji-Han Jae, pelajar Lee, Dan Inosanto bertindak sebagai pusat klimaks dalam karakter Lee, Hai Tien (yang berpakaian dalam sut sukan kuning yang terkenal) yang berdepan dengan pencabar-pencabar yang berlainan di setiap lantai, di mana masing-masing melalui sebuah pagoda yang mempunyai lima tingkat. Di dalam satu gerakan kontroversi, Robert Clouse menamatkan filem tersebut dengan orang yang kelihatan sama dan rakaman arkib Lee daripada filem-filemnya yang lain dengan jalan cerita dan barisan pelakon yang baru, di mana ia akhirnya ditayangkan pada tahun 1978. Walau bagaimanapun, filem tersebut hanya mengandungi 15 minit rakaman asli Lee (beliau menghasilkan banyak babak suntingan), manakala rakaman yang selainnya terdiri daripada orang kelihatan sama Kim Tai Chung dan Yuen Biao sebagai pelakon aksi gantian. Suntingan rakaman Lee yang tidak digunakan telah ditemui 22 tahun kemudiannya dan dimasuki dalam dokumentari "''Bruce Lee: A Warrior's Journey''".
[[Fail:Bruce Lee Walk of fame.jpg|thumb|Bintang Lee di Laluan Kemasyhuran Hollywood]]
Selain "Game of Death", terdapat projek filem lain yang menampilkan Lee pada masa itu. Pada tahun 1972, selepas kejayaan "''The Big Boss''" dan "''Fist of Fury''", sebuah filem yang ketiga sedang dirancang oleh Raymond Chow di Golden Harvest yang bakal diarah oleh Lo Wei, yang bertajuk "''Yellow Faced Tiger''". Namun, Lee pada masa itu mengambil keputusan untuk mengarah dan menerbitkan skripnya sendiri untuk "''Way of Dragon''". Walaupun Lee telah membentuk syarikat bersama Raymond Chow, sebuah filem sejarah telah dirancang dari September hingga November 1973 dengan syarikat pesaing, Studio Shaw Brothers yang bakal diarah oleh Chor Yuen atau Cheng Kang, dan ditulis oleh Yi Kang dan Chang Cheh yang bertajuk "''The Seven Sons of the Jade Dragon''". Lee juga sedang mengusahakan beberapa skripnya sendiri. Sebuah pita yang mengandungi rakaman Lee mengolah asas perjalanan cerita secara tentatif untuk sebuah filem yang bertajuk ''"Southern Fist/Northern Leg"'' wujud dan mempunyai persamaan dengan skrip "''The Silent Flute''" ("''Circle of Iron''"). Sebuah lagi skrip yang bertajuk ''"Green Bamboo Warrior"'' berlatarkan San Francisco, dicadangkan pelakon Bolo Yeung dan bakal diterbitkan oleh Andrew Vajna (yang seterusnya menerbitkan "''First Blood''"). Penggambaran kostum juga telah diorganisasikan untuk sesetengah projek filem tersebut.
Baris 129:
Lee paling terkenal sebagai seorang artis seni pertahanan diri. Akan tetapi, beliau juga mengambil jurusan drama dan falsafah semasa dia masih merupakan seorang pelajar di Universiti Washington. Beliau celik ilmu dan mempunyai sumber perpustakaan yang luas. Buku-buku pertahanan diri dan falsafah perlawanan beliau adalah terkenal dengan penekanan falsafah, tidak kira dalam atau luar jaringan seni pertahanan diri. Kepelbagaian falsafah beliau sering mencerminkan kepercayaan perlawanannya dan beliau mendakwa seni pertahanan dirinya adalah metafora untuk ajaran sedemikian. Beliau percaya yang setiap pengetahuan akan membawa kepada pengetahuan diri dan menyatakan bahawa dia memilih seni pertahanan diri sebagai ekspresi diri. Pengaruh Lee termasuklah Taoisme, Jiddu Krishnamurti dan Buddhisme. Falsafah Lee bertentangan dengan pandangan dunia konservatif yang dinasihatkan oleh Konfusianisme. John Little menyatakan bahawa Lee merupakan seorang ateis. Apabila ditanya mengenai penglibatan agama, dia membalas, "langsung tiada apa-apa". Pada tahun 1972, beliau ditanya sama ada beliau percaya kepada Tuhan, dan dia membalas, "Secara jujurnya, saya benar-benar tidak percaya".
 
=== SajakPuisi ===
Selain dari seni pertahanan diri dan falsafah yang menumpu kepada aspek fizikal dan kesedaran diri untuk kebenaran dan prinsip, Lee juga menulis puisi-puisi yang mencerminkan emosi dan peringkat hidupnya secara kolektif. Ekspresi diri dari prinsipnya juga diterapkan dalam puisi-puisinya. Anak perempuan beliau, Shannon Lee mengatakan bahawa "Dia sememangnya ada menulis puisi, dia merupakan seorang artis yang berkemahiran tinggi". Hasil kerja puisi-puisi beiiau pada awalnya ditulis dalam kertas, di mana ianya disunting dan diterbitkan. John Little merupakan editor utama bagi kerja-kerja Lee. Linda Cadwell Lee, mengongsikan nota-nota, puisi-puisi dan pengalaman dengan pengikut suaminya. Dia menyatakan "Puisi-puisi Lee, mengikut piawaian Amerika adalah lebih bersifat kelam, mencerminkan sudut-sudut jiwa manusia yang kurang didedahkan". Kebanyakan puisi Lee dikategorikan sebagai anti-puisi atau paradoks. Suasana puisi-puisi beliau boleh disamakan dengan salah seorang penulis puisi terkenal, [[Robert Frost]] yang sering mendedahkan aspek diri dengan hasil kerja puisi kelam. Unsur paradoks yang diambil dari simbol Yin dan Yang di dalam seni pertahanan diri juga disepadukan dalam puisi-puisi Lee. Falsafah dan seni pertahanan diri beliau memainkan peranan yang amat besar dalam puisi-puisinya. Gaya bait puisi bebas Lee mencerminkan ayat petikannya yang terkenal "Jadilah sebarang tanpa bentuk...seperti air".
 
== Kematian ==
Pada 10 May 1973, Lee pengsan semasa sesi rakaman pengalihan suara untuk ''"Enter the Dragon"'' di Golden Harvest di Hong Kong.
 
== Legasi ==