Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 117:
Menurut pernyataan yang dibuat oleh Lee dan Linda Cadwell selepas kematian beliau, pada tahun 1971, Lee telah mencadangkan siri televisyennya yang sendiri yang berjudul "''The Warrior''" dan perbincangan tersebut telah disahkan oleh Warner Bros. Pada 9 Disember 1971, Lee menyatakan di dalam sebuah temu ramah rancangan televisyen "''The Pierre Berton Show''" bahawa kedua-dua syarikat Paramount dan Warner Bros mahu "dia terlibat secara moden dan mereka menganggap idea barat telah luput, yang mana dia pula ingin terlibat di dalam idea barat". Menurut Cadwell, konsep Lee diubah semula dan dinamakan sebagai ''Kung Fu''. Akan tetapi, Warner Bros tidak pernah memberi kredit kepada Lee. Warner Brothers menyatakan bahawa mereka telah pun membuat satu konsep yang sama untuk suatu tempoh, yang dicipta oleh dua orang penulis dan penerbit, Ed Spielman and Howard Friedlander. Menurut sumber-sumber tersebut, Lee tidak diterima sebagai pelakon siri kerana sebab separanya, etnik dan longhat beliau. Watak sami Shaolin dalam "''Wild West''" akhirnya diberi kepada David Carradine (seorang artis tanpa ilmu seni pertahanan diri). Di dalam temu ramah "''The Pierre Berton Show''", beliau mengatakan bahawa dia faham akan tindakan Warner Brothers dalam pencarian watak siri: "Mereka fikir dari segi bisnes, ia adalah satu risiko. Saya tidak menyalahkan mereka. Jika situasi yang sebaliknya berlaku dan seorang pelakon Amerika datang ke Hong Kong, dan saya merupakan penaja yang berduit, saya juga akan bimbang sama ada mereka akan terima dia sebagai pelakon".
 
Penerbit Fred Weintraub telah menasihatkan Lee untuk pulang ke Hong Kong dan membuat satu filem yang dia dapat gunakan untuk tunjuk kepada para eksekutif di Hollywood. Beliau berasa tidak gembira akan watak-watak sampingan yang diberi kepadanya di Amerika Syarikat dan kemudiannya pulang ke Hong Kong. Beliau juga tidak tahu yang sirinya, "''The Geen Hornet''" mendapat sambutan yang amat baik di Hong Kong dan dikenali sebagai "''The Kato Show''" secara tidak rasmi. Ini menyebabkan beliau terkejut kerana dia dikenali di jalanan atas peranan watak dalam siri tersebut. Selepas perbincangan dengan Studio Shaw Brothers dan Golden Harvest, Lee menandatangani satu kontrak untuk membintangi dua buah filem yang diterbitkan oleh Golden Harvest. Lee memainkan watak utama dalam filem "''The Big Boss''" (1971) yang memecah rekod panggung wayang di seluruh Asia dan melonjakkan statusnya kepada bintang filem yang masyhur. Ini kemudiannya diikuti dengan filem "''Fist of Fury''" (1972), yang mempunyai rekod pawagam yang lebih hebat dari filem "''The Big Boss''". Selepas kontrak dua tahun beliau itu tamat, dia membuat satu perjanjian baru dengan Golden Harvest. Lee kemudiannya menubuhkan syarikat sendiri, ''Concord Production Inc. (協和電影公司),'' dengan Raymond Chow. Untuk filem ketiganya, "''Way of the Dragon''" (1972) beliau diberi kuasa penuh dalam terbitan filem sebagai penulis skrip, pengarah, bintang filem dan ahli koreografi adegan pergaduhan.
 
Pada tahun 1964, di sebuah sesi demonstrasi di Long Beach, California, Lee bertembung dengan juara Karate, Chuck Norris. Di dalam filem "''Way of the Dragon''" Lee memperkenalkan Norris kepada penonton filem sebagai pelawan beliau di koloseum di Rom, di mana ia merupakan salah satu lagenda-lagenda babak pergaduhan Lee. Ia juga merupakan babak pergaduhan yang paling diingati dalah sejarah filem seni pertahanan diri. Watak Chuck Norris pada asalnya ditawarkan kepada juara karate Amerika, Joe Lewis.
Baris 133:
 
== Kematian ==
Pada 10 May 1973, Lee pengsan semasa sesi rakaman pengalihan suara untuk ''"Enter the Dragon"'' di Golden Harvest di Hong Kong. Selepas menderita penyakit sawan dan sakit kepala, beliau telah dimasukkan ke Hospital Hong Kong Baptis di mana para doktor mendiagnosis keadaanya sebagai bengkak otak. Mereka mampu mengurangkan pembengkakan dengan memberi beliau ubat mannitol. Gejala sakit kepala dan bengkak otak pada kali pertama beliau pengsan telah berulang pada hari kematiannya.
 
Pada 20 Julai 1973, Lee berada di Hong Kong untuk makan malam bersama bintang filem James Bond, George Lazenby di mana beliau bertujuan untuk berkerjasama dalam sebuah filem. Menurut isterinya, Lee telah bertemu dengan penerbit Raymond Chow pada pukul dua petang di rumahnya untuk perbincangan pembikinan filem ''"Game of Death"''. Mereka berkerja sehingga pukul empat petang dan kemudiannya memandu ke rumah rakan sekerja Lee, Betty Ting Pei, seorang pelakon Taiwan. Mereka bertiga telah membincangkan skrip tersebut di rumah Ting dan Chow kemudiannya meninggalkan rumah itu untuk menghadiri satu temu janji makan malam.
 
Lee kemudiannya mengadu sakit kepala dan Ting memberinya ubat penahan sakit dan pil aspirin di mana kedua-duanya mengandungi bahan kimia penenang, ''meprobamate''. Sekitar pukul 7.30 malam, Lee membaringkan dirinya untuk tidur sebentar. Apabila Lee gagal muncul untuk waktu makan malam, Raymond Chow pergi ke flat tersebut, namun tidak berjaya membangunkan Lee dari tidurnya. Seorang doktor telah dipanggi ke tempat kejadian dan dia menghabiskan masa selama 10 minit untuk cubaan menghidupkan Lee sebelum Lee dihantar ke Hospital Queen Elizabeth. Semasa ketibaan ambulans di hospital, beliau telah pun meninggal dunia. Dia berusia 32 tahun.
 
Menurut laporan autopsi, beliau tidak mempunyai apa-apa kecederaaan luar. Akan tetapi, otak Lee telah membengkak sebanyak 13 peratus, dari 1400 gram hinggalah 1575 gram. Laporan tersebut turut mengesan kehadiran aspirin dalam tubuh badannya. Pada 15 Oktober 2005, di dalam satu sesi temu ramah, Chow menyatakan bahawa Lee meninggal dunia dari alahan bahan kimia ''meprobamate'', di mana Chow juga menyatakan ia adalah bahan biasa yang digunakan dalam ubat penahan sakit. Apabila doktor mengumumkan kematiannya, ia adalah disebabkan "kematian yang malang".
 
Isteri beliau pulang semula ke Seattle dan telah mengebumi beliau di lot 276, ''Lakeview Cemetery''. Pengiring keranda di majlis pengebumiannya pada 31 Julai 1973 termasuk Taky kimura, Steve McQueen, James Coburn, Chuck Norris, George Lazenby, Dan Inosanto, Peter Chin dan abangnya, Robert.
 
=== Kontroversi Menyelubungi Kematian Lee ===
Semasa peristiwa kematian Lee, pelbagai khabar angin telah muncul di media. Status Lee sebagai seorang ikon dan kematiannya sebelum waktu ajal telah membawa kepada pelbagai khabar angin liar dan teori. Ini termasuklah pembunuhan oleh ahli kongsi gelap dan anggapan sumpahan terhadap beliau dan keluarganya.
 
Donald Teare, seorang ahli saintis forensik yang dicadangkan oleh Scotland Yard dan mempunyai pengalaman lebih 1000 kes autopsi telah ditugaskan untuk mengendalli kes Lee. Kesimpulan dia mengenai kematian sebelum ajal beliau adalah disebabkan serangan akut pembengkakan otak yang terjadi akibat tindak balas antara bahan-bahan kimia dalam aspirin.
 
Walaupun terdapat andaian awal yang menyatakan kandungan ganja dalam perut Lee menyumbang kepada kematiannya, Teare menafikannya dan menyatakan bahawa "ia adalah tidak bertanggungjawab dan rasional untuk mengatakan bahawa ganja mungkin mencetuskan Lee untuk pengsan pada 10 Mei atau kematiannya pada 20 Julai". Dr R.R. Lycette, seorang ahli patologi klinikal di Hospital Queen Elizabeth melaporkan bahawa kematiannya tidak mungkin disebabkan oleh ganja.
 
Pada Konvensyen Comic-con San Diego 1975, rakan Lee, Chuck Norris menyatakan kematiannya adalah disebabkan reaksi antara ubat regangan otot yang telah diambil oleh beliau dari tahun 1968 untuk cakera tulang yang pecah serta ubat antibiotik yang diambil untuk sakit kepala pada malam kematiannya.
 
Di dalam buku, ''"The Death of Bruce Lee: A Clinical Investigation"'' membentang satu kepercayaan Lee yang dia telah lali terhadap penggunaan ubat aspirin pada masa kali pertama "reaksi akut hipersensitif" pada 10 May 1973. Lee mengelakkan penggunaan ubat tersebut sehinggalah kematiannya pada malam 20 Julai 1973 disebabkan pembengkakan otak.
 
== Legasi ==