Si Putera Kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
Novel tersebut merupakan novel ke-empat di dunia yang paling banyak diterjemahkan serta diundi sebagai buku yang terbaik dalam abad ke-20 di negara Perancis. Ia menjadi salah satu buku-buku terbitan yang terlaris, dengan terjemahan lebih 250 bahasa dan dialek (termasuk Braille) dan jualan tahunan berdekatan dengan jumlah dua juta (membawa kepada jumlah jualan sebanyak lebih 140 juta seluruh dunia).
 
Selepas Perang Dunia II, Saint-Exupéry telah dibuang negara ke Amerika Utara. Dalam pergelutan peribadi dan kesihatan yang semakin merosot, dia menghasilkan hampir separuh kerja tulisan di mana beliau diingati kemudian atas kerja-kerja tersebut, termasuklah satu kisah kesunyian yang membelai jiwa dengan lembut, persahabatan, percintaankasih sayang dan kehilangan, dalam bentuk seorang putera muda yang jatuh ke muka Bumi. Sebuah memoir yang lebih awal oleh beliau telah mengimbas kembali pengalaman penerbangan di Gurun Sahara dan dia dianggap telah mengadaptasikan pengalaman yang sama itu di dalam ''Si Putera Kecil''.
 
Sejak penerbitan pertamanya di Amerika Syarikat, novel tersebut telah diadaptasikan ke dalam pelbagai bentuk seni dan media, termasuklah rakaman audio, tayangan radio, pentas langsung, skrin filem, televisyen, ballet dan kerja-kerja Opera.
 
== Gambaran keseluruhan ==
''Si Putera Kecil'' merupakan satu kisah bersajak, dengan ilustrasi cat air oleh pengarangnya, di mana seorang pemandu kapal terbang telah terdampar di sebuah gurun bertembung dengan seorang putera muda yang telah jatuh ke Bumi dari satu asteroid yang kecil. Kisah ini bercorak falsafah dan meliputi kritikan sosial yang mengambil kira kepelikan dunia orang dewasa. Ia telah dikarang dalam tempoh larian Saint-Exupéry ke Amerika Utara, selepas [[Kejatuhan Perancis]] semasa Perang Dunia II di mana pengarangnya telah menjadi saksi pertama kejadian tersebut dan menulis tentangnya dalam memoir ''[[Flight to Arras|"Flight to Arras"]]''. Cerita dongeng untuk orang dewasa ini, menurut satu ulasan, ia adalah "...satu metafora kisah hidup Saint-Exupéry sendiri - pencarian dia dalam kepastian zaman kanak-kanak dan ketenangan dalaman, kepercayaan mistiknya, kepercayaannya dalam keberanian manusia dan hubungan persahabatan serta perasaan cinta yang mendalam untuk isterinya Consuelo tetapi juga sebagai satu kiasan kepada hubungan yang terseksa antara dia dan isterinya."
 
Walaupun ia secara jelasnya digayakan mengikut buku kanak-kanak, ''Si Putera Kecil'' membuat beberapa pemerhatian tentang sifat dan kehidupan manusia. Sebagai contohnya, Saint-Exupéry menceritakan tentang pertemuan seekor musang dan putera muda tersebut semasa perjalanannya di Bumi. Kisah intipatinya terdapat dalam barisan kata yang dibicarakan oleh si musang kepada putera kecil: "Seseorang itu hanya boleh melihat dengan jelas dengan hatinya. Apa yang penting adalah halimunan pada mata penglihatan." Mesej kunci tematik yang lain disuarakan oleh si musang, seperti: "Kamu bertanggungjawab selama-lamanya terhadap apa yang kamu telah jinakkan" dan "ia adalah masa yang anda habiskan ke atas bunga ros kamu yang membuatkan bunga ros kamu begitu penting." Mesej-mesej si musang merupakan petikan-petikan yang paling terkenal (yang boleh diperdebatkan) dalam buku tersebut kerana mereka berurusan dengan hubungan sesama manusia.
 
== Plot ==
 
== Gaya tona dan penulisan ==