Si Putera Kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 41:
Sekarang si pencermenita telah menjadi orang dewasa dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pemandu kapal terbang. Pada suatu hari, kapal terbangnya terhempas di Gurun Sahara, jauh dari tamadun manusia. Di sini, si pencerita disambut oleh seorang budak lelaki kecil yang dinamakannya "si putera kecil". SI putera kecil memintakannya melukis sebuah gambar seekor kambing biri-biri. Si pencerita pada mulanya menunjukkan lukisannya yang terdahulu iaitu lukisan seekor gajah dalam ular, di mana dia terkejut kerana si putera mentafsirkannya dengan betul. Selepas kali ketiga cubaan gagal dalam melukis kambing biri-biri, si pencerita hanya melukis sebuah kotak dalam kekecewaannya dan mendakwa bahawa di dalamnya terdapat seekor kambing. Sekali lagi, si pencerita terkejut kerana si putera menyatakan bahawa inilah gambar yang dimahukannya. Si pencerita menyatakan si putera mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu tidak menjawab soalannya secara langsung. Si putera disifatkan mempunyai rambut keemasan, seuntai skarf dan satu tawa yang disukai.
 
Dalam tempoh lapan hari si pencerita terdampar di gurun, semasa si pencerita cuba membaiki kapal terbangnya, si putera kecil mengimbas kembali kehidupannya, yang sering berpunca dari perbincangan dia mengenai lukisan kambing biri-biri tersebut. Si putera mula dengan menceritakan kehidupannya di sebuah planet kecil: sebiji asteroid dengan keluasan sebesar sebuah rumah (asteroid tersebut dinamakan sebagai B-612, di mana sebiji asteroid yang sebenar turut dinamakan dengan gelaran tersebut). Ciri-ciri planet tersebut yang paling menonjol adalah tiga gunung berapi mini (dua gunung berapi aktif dan satu gunung berapi mati) dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Si putera menceritakan kehidupan awalannya di mana dia membersihkan gunung berapi dan biji benih serta tangkai-tangkai yang tidak dikehendaki yang telah mengerumuni tanah planetnya. Terutamanya menarik keluar pokok-pokok [[baobab]] yang sering cuba untuk tumbuh dan menakluki permukaaannya. Si putera menginginkan seekor kambing untuk makan tumbuh-tumbuhan yang tidak dikehendaki, sehinggalah si pencerita memberitahunya yang kambing itu juga akan makan bunga-bunga ros dengan duri. Apabila si putera mendengar kata-kata ini, dia menceritakan tentang perasaan cintanya terhadap sekuntum bunga ros yang tumbuh secara misteri di permukaan planet pada suatu tempoh terdahulu. Si putera memberitahu bahawa dia menyuburkan bunga ros itu dan mendengar kata-katanya apabila ia meminta dia untuk membuat satu skrin atau gelas kaca untuk melindungi ia daripada angin sejuk. Walaupun si putera kecil telah jatuh cinta kepada bunga ros itu, dia juga merasakan ia mengambil kesempatan terhadap dia dan akhirnya bertekad untuk menjelajahi bahagian alam semesta yang lain. Walaupun bunga ros akhirnya meminta maaf untuk sikap megah dirinya dan kedua-duanya pun berbaik semula. Namun begitu, ia menggalak dia untuk meneruskan perjalanan. Si putera kecil merindui bunga rosnya dan menyatakan bahawa dia hanya perlu melihat kepada jutaan bintang untuk mengingatkannya pada bunga ros, atas dasar bunga rosnya berada dalam kalangan mereka.
 
Sejak itu, si putera kecil melawati enam asteroid yang lain, di mana setiap satunya dihuni oleh seorang dewasa yang berfikiran cetek, sebagai kritikan elemen masyarakat. Mereka termasuk: seorang Raja tanpa rakyat, seorang lelaki yang megah diri di mana dia percaya dirinya merupakan orang yang paling dipuja di planetnya yang tidak berpenghuni selain dirinya, seorang pemabuk yang minum untuk melupakan perasaan malu sebagai seorang pemabuk, seorang ahli bisnes yang mengira kesemua bintang untuk "memiliki" mereka (kritikan [[materialisme]]), seorang penghidup lampu yang mengikut arahan secara membuta tuli dengan menyalakan dan memadamkan apai pada setiap minit dan seorang ahli geografi tua yang tidak mempunyai peta dunianya kerana dia mendakwa dia bukanlah seorang penjelajah. Apabila ahli geografi tersebut menyuruhnya menyifatkan rumahnya, si putera menyebut rosnya dan dia berkata dia tidak merekodkan benda yang tidak hidup selama-lamanya, seperti bunga-bunga ros.Si putera terkejut dan sedih akan pernyataannya itu. ahli geografi tersebut mencadangkan dia supaya melawat ke planet Bumi.
 
Oleh kerana si putera mendarat di kawasan gurun, dia percaya bahawa bumi adalah tidak dihuni. Dia kemudiannya bertemu dengan seekor ular berwarna kuning yang mendakwa dia mempunyai kuasa untuk menghantarnya balik ke tempat tinggalnya, sekiranya dia ingin berbuat demikian. Si putera kemudiannya bertembung dengan sekumtum bunga gurun, yang memberitahunya dia hanya pernah melihat bilangan manusia yang kecil di bahagian Bumi ini dan mereka tidak mempunyai akar, membiarkan angin bertiup sekitar mereka dan hidup dalam keadaan sukar. Selepas dia mendaki gunung tertinggi yang pernah dilihatnya, dia berharap dia dapat melihat seluruh dunia dan oleh itu menjumpai manusia. Namun begitu, dia hanya terlihat landskap besar yang terbiar sepi. Apabila si putera menjerit memanggil, gemanya menjawab, di mana dia mentafsirkan ia sebagai suara-suara hinaan orang lain. Akhirnya, dia menjumpai sebaris belukar bunga ros, menunduk malu mengingat kembali bunga rosnya yang dianggap unik. Dia merasakan bahawa dia bukanlah seorang putera yang hebat kerana planetnya hanya terdiri daripada tiga gunung berapi mini dan sekuntum bunga yang sekarangnya dianggap biasa. Dia berbaring di atas rumput dan menangis sehinggalah seekor musang datang kepadanya. Si musang ingin dijinakkan dan menjelaskannya kepada si putera yang bunga rosnya sememangnya unik dan istimewa kerana ia merupakan objek cinta dia.
 
== Gaya tona dan penulisan ==