Si Putera Kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 45:
Sejak itu, si putera kecil melawati enam asteroid yang lain, di mana setiap satunya dihuni oleh seorang dewasa yang berfikiran cetek, sebagai kritikan elemen masyarakat. Mereka termasuk: seorang Raja tanpa rakyat, seorang lelaki yang megah diri di mana dia percaya dirinya merupakan orang yang paling dipuja di planetnya yang tidak berpenghuni selain dirinya, seorang pemabuk yang minum untuk melupakan perasaan malu sebagai seorang pemabuk, seorang ahli bisnes yang mengira kesemua bintang untuk "memiliki" mereka (kritikan [[materialisme]]), seorang penghidup lampu yang mengikut arahan secara membuta tuli dengan menyalakan dan memadamkan apai pada setiap minit dan seorang ahli geografi tua yang tidak mempunyai peta dunianya kerana dia mendakwa dia bukanlah seorang penjelajah. Apabila ahli geografi tersebut menyuruhnya menyifatkan rumahnya, si putera menyebut rosnya dan dia berkata dia tidak merekodkan benda yang tidak hidup selama-lamanya, seperti bunga-bunga ros.Si putera terkejut dan sedih akan pernyataannya itu. ahli geografi tersebut mencadangkan dia supaya melawat ke planet Bumi.
 
Oleh kerana si putera mendarat di kawasan gurun, dia percaya bahawa bumi adalah tidak dihuni. Dia kemudiannya bertemu dengan seekor ular berwarna kuning yang mendakwa dia mempunyai kuasa untuk menghantarnya balik ke tempat tinggalnya, sekiranya dia ingin berbuat demikian. Si putera kemudiannya bertembung dengan sekumtum bunga gurun, yang memberitahunya dia hanya pernah melihat bilangan manusia yang kecil di bahagian Bumi ini dan mereka tidak mempunyai akar, membiarkan angin bertiup sekitar mereka dan hidup dalam keadaan sukar. Selepas dia mendaki gunung tertinggi yang pernah dilihatnya, dia berharap dia dapat melihat seluruh dunia dan oleh itu menjumpai manusia. Namun begitu, dia hanya terlihat landskap besar yang terbiar sepi. Apabila si putera menjerit memanggil, gemanya menjawab, di mana dia mentafsirkan ia sebagai suara-suara hinaan orang lain. Akhirnya, dia menjumpai sebaris belukar bunga ros, menunduk malu mengingat kembali bunga rosnya yang dianggap unik. Dia merasakan bahawa dia bukanlah seorang putera yang hebat kerana planetnya hanya terdiri daripada tiga gunung berapi mini dan sekuntum bunga yang sekarangnya dianggap biasa. Dia berbaring di atas rumput dan menangis sehinggalah seekor musang datang kepadanya. Si musang ingin dijinakkan dan menjelaskannya kepada si putera yang bunga rosnya sememangnya unik dan istimewa kerana ia merupakan objek cinta dia. Si musang juga menerangkan bahawa di dalam caranya yang tersendiri, dia telah menjinakkan bunga ros tersebut dan dengan ini dia berasa bertanggungjawab terhadap bunga rosnya. Si putera kemudiannya mengambil masa untuk menjinakkan si musang, walaupun mereka berasa sedih kerana perlu berpisah. Tak lama kemudian, si putera bertembung dengan seorang pengurus trek kereta api yang memberitahunya para penumpang sentiasa bergegas dari satu tempat ke tempat yang lain menaiki kereta api, tidak pernah berpuas hati dengan tempat mereka sendiri dan tidak tahu apa yang dikerjakan mereka; hanya kanak-kanak dalam kalangan mereka sahaja yang peduli melihat ke luar jendela. Seorang peniaga memperkenalkan produknya kepada si putera, satu pil yang boleh menghilangkan dahaga dan ianya sangat popular, membantu orang menjimatkan masa sebanyak 53 minit seminggu. Si putera membalas bahawa dia lebih rela menggunakan masa lebih itu untuk mencari air yang segar.
 
Kembali kepada saat kini, ia merupakan hari ke-lapan selepas kapl terbang si pencerita terhempas dan dia sedang mati kehausan. Secara ajaibnya, dia dan si putera kecil telah menjumpai satu telaga. Si pencerita mendapati dia sedang bercakap dengan ular tersebut, membincangkan tentang kepulangannya ke tempat tinggal dan hasrat benar untuk bertemu dengan rosnya yang mana dia risau kerana ianya ditinggalkan secara bersendirian untuk hidup. Si putera kecil mengucapkan selamat tinggal kepada si pencerita dan menyatakan bahawa jika dia kelihatan meninggal dunia, ini adalah disebabkan oleh badannya yang terlalu berat untuk dibawa bersama dia ke planetnya. Si putera memberi amaran kepada si pencerita supaya tidak melihatnya "pergi", kerana ini akan menyebabkan dia berasa sedih. Si pencerita yang menyedari apa yang berlaku, enggan meninggalkan sisi si putera. Si putera memujuk si pencerita bahawa dia hanya perlu melihat ke arah bintang-bintang untuk mengingati bunyi tawanya dan ia akan kelihatan seperti semua bintang-bintang itu ketawa. Si putera kemudiannya membenarkan ular untuk mematuknya, maka itu jatuhlah dia ke tanah tanpa sebarang bunyi.
 
Pada keesokan harinya, si pencerita cuba mencari mayat si putera, namun gagal. Cerita tersebut berakhir dengan lukisan si pencerita yang mengandungi landskap di mana dia dan si putera kali berjumpa dan juga ular yang mengambil nyawanya. Si pencerita meminta supaya sesiapa yang berada di kawasan itu yang jika bertembung dengan seorang budak lelaki kecil yang enggan menjawab sebarang persoalan, untuk menghubunginya dengan segera.
 
== Gaya tona dan penulisan ==