Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44:
Lee mempunyai 3 nama cina yang lain: '''Li Yuanxin''' (李源鑫) - nama keluarga/klan; '''Li Yuanjian''' (李元鑒) - nama pelajar semasa beliau belajar di Kolej La Salle dan '''Li Xiaolong''' (李小龍, bermaksud si naga kecil) - nama skrin cina. Nama asal Lee, Jun-Fan yang ditulis dalam karakter cina 震藩, walau bagaimanapun, mempunyai persamaan dengan nama datuknya Lee Jun-Biu (李震彪). Oleh itu, karakter nama beliau Jun(震) ditukar kepada "振" untuk mengelakkan [[pantang nama]] di dalam tradisi cina.
=== Keluarga ===
[[Fail:Bruce Lee with his parents 1940s.jpg|thumb|Bruce Lee, semasa beliau masih merupakan seorang bayi, dengan ibu bapanya pada tahun 1940-an|245x245px]]Ayah Lee, Lee Hoi-Chuen merupakan salah satu bintang Opera Kantonis dan pelakon filem pada masa itu dan sedang terlibat di dalam penjelajahan opera selama 1 tahun dengan keluarganya pada malam pencerobohan tentera Jepun ke atas Hong Kong. Lee Hoi-Chuen telah terlibat di dalam pengembaraan serata Amerika Syarikat untuk banyak tahun dan mengadakan persembahan untuk pelbagai komuniti masyarakat Cina di sana.
 
Walaupun kebanyakan rakan sebaya beliau mengambil keputusan untuk tinggal di Amerika Syarikat, Lee Hoi-Chuen tetap kembali ke Hong Kong selepas kelahiran Bruce. Dalam masa beberapa bulan, Hong Kong diserang Jepun dan keluarga Lee berada di bawah pendudukan Jepun untuk tempoh masa 3 tahun 8 bulan. Selepas peperangan berakhir, Lee Hoi-Chuen bergiat kembali di dalam karier lakonan dan menjadi pelakon yang lagi popular semasa zaman pembinaan semula Hong Kong.
 
Ibu Lee, Grace Ho berasal dari salah satu klan yang paling berkuasa dan terkaya di Hong Kong iaitu Klan Ho-Tung. Beliau merupakan anak saudara kepada Sir Robert Ho-Tung, ketua [[Eurasia|Eurasian]] (Serani) klan tersebut. Disebabkan ini, Bruce Lee membesar di dalam keadaan yang mewah dan istimewa. Walaupun kelebihan status keluarga Lee, kawasan kejiranan di mana Lee membesar, menjadi sesak, bahaya dan penuh dengan pergaduhan geng disebabkan penghijrahan pelarian dari Komunis China ke Hong Kong yang pada masa itu merupakan tanah penjajahan mahkota British.[[Fail:Bruce Lee with his parents 1940s.jpg|thumb|Bruce Lee, semasa beliau masih merupakan seorang bayi, dengan ibu bapanya pada tahun 1940-an|245x245px]]
 
Selepas penglibatan Lee di dalam pergaduhan jalanan, ibu bapa Lee berpendapat bahawa beliau perlu dilatih di dalam seni mempertahankan diri. Beliau diperkenalkan seni pertahanan diri melalui bapanya, di mana beliau mempelajari asas [[Tai Chi Chuan|Tai Chi]] (gaya Wu).