Si Putera Kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 22:
}}
 
'''''Si Putera Kecil''''' (dikenali sebagai ''"The Little Prince"'' dalam bahasa Inggeris, ''"Le Petit Prince"'' dalam bahasa Perancis) merupakan satu novel yang diterbitkan pada tahun 1943 dan merupakan hasil kerja Antoine de Saint-Exupéry (tahun 1900 - tahun 1944) yang paling terkenal. Beliau merupakan seorang ahli bangsawan Perancis, penulis, penyair dan perintis pemandu kapal terbangjuruterbang.
 
Novel tersebut merupakan novel ke-empat di dunia yang paling banyak diterjemahkan serta diundi sebagai buku yang terbaik dalam abad ke-20 di negara Perancis. Ia menjadi salah satu buku-buku terbitan yang terlaris, dengan terjemahan lebih 250 bahasa dan dialek (termasuk Braille) dan jualan tahunan berdekatan dengan jumlah dua juta (membawa kepada jumlah jualan sebanyak lebih 140 juta seluruh dunia).
Baris 39:
Si pencerita menerangkan bahawa semasa dia masih seorang budak lelaki kecil, dia melukis sebuah gambar ular boa dengan seekor gajah yang sedang dihadamkan dalam perutnya. Walaubagaimana pun, setiap orang dewasa yang melihat gambar tersebut akan tersilap mentafsirkannya sebagai sebuah lukisan topi. Walau bagaimana si pencerita cuba membetulkan kekeliruan ini, dia disuruh untuk mengetepikan lukisan seperti itu dan melibatkan diri dalam hobi yang lebih praktikal atau matang. Si pencerita meratap kekurangan pemahaman kreativiti yang ditunjukkan oleh orang dewasa. Seperti yang dikata oleh si pencerita, dia sepatutnya mempunyai kerjaya yang bagus sebagai seorang pelukis. Akan tetapi, ini semua telah dimusnahkan oleh pemahaman orang dewasa tersebut.
 
Sekarang si pencermenita telah menjadi orang dewasa dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pemandu kapal terbangjuruterbang. Pada suatu hari, kapal terbangnya terhempas di Gurun Sahara, jauh dari tamadun manusia. Di sini, si pencerita disambut oleh seorang budak lelaki kecil yang dinamakannya "si putera kecil". SI putera kecil memintakannya melukis sebuah gambar seekor kambing biri-biri. Si pencerita pada mulanya menunjukkan lukisannya yang terdahulu iaitu lukisan seekor gajah dalam ular, di mana dia terkejut kerana si putera mentafsirkannya dengan betul. Selepas kali ketiga cubaan gagal dalam melukis kambing biri-biri, si pencerita hanya melukis sebuah kotak dalam kekecewaannya dan mendakwa bahawa di dalamnya terdapat seekor kambing. Sekali lagi, si pencerita terkejut kerana si putera menyatakan bahawa inilah gambar yang dimahukannya. Si pencerita menyatakan si putera mempunyai satu tabiat yang pelik iaitu tidak menjawab soalannya secara langsung. Si putera disifatkan mempunyai rambut keemasan, seuntai skarf dan satu tawa yang disukai.
 
Dalam tempoh lapan hari si pencerita terdampar di gurun, semasa si pencerita cuba membaiki kapal terbangnya, si putera kecil mengimbas kembali kehidupannya, yang sering berpunca dari perbincangan dia mengenai lukisan kambing biri-biri tersebut. Si putera mula dengan menceritakan kehidupannya di sebuah planet kecil: sebiji asteroid dengan keluasan sebesar sebuah rumah (asteroid tersebut dinamakan sebagai B-612, di mana sebiji asteroid yang sebenar turut dinamakan dengan gelaran tersebut). Ciri-ciri planet tersebut yang paling menonjol adalah tiga gunung berapi mini (dua gunung berapi aktif dan satu gunung berapi mati) dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Si putera menceritakan kehidupan awalannya di mana dia membersihkan gunung berapi dan biji benih serta tangkai-tangkai yang tidak dikehendaki yang telah mengerumuni tanah planetnya. Terutamanya menarik keluar pokok-pokok [[baobab]] yang sering cuba untuk tumbuh dan menakluki permukaaannya. Si putera menginginkan seekor kambing untuk makan tumbuh-tumbuhan yang tidak dikehendaki, sehinggalah si pencerita memberitahunya yang kambing itu juga akan makan bunga-bunga ros dengan duri. Apabila si putera mendengar kata-kata ini, dia menceritakan tentang perasaan cintanya terhadap sekuntum bunga ros yang tumbuh secara misteri di permukaan planet pada suatu tempoh terdahulu. Si putera memberitahu bahawa dia menyuburkan bunga ros itu dan mendengar kata-katanya apabila ia meminta dia untuk membuat satu skrin atau gelas kaca untuk melindungi ia daripada angin sejuk. Walaupun si putera kecil telah jatuh cinta kepada bunga ros itu, dia juga merasakan ia mengambil kesempatan terhadap dia dan akhirnya bertekad untuk menjelajahi bahagian alam semesta yang lain. Walaupun bunga ros akhirnya meminta maaf untuk sikap megah dirinya dan kedua-duanya pun berbaik semula, ia menggalak dia untuk meneruskan perjalanan. Si putera kecil merindui bunga rosnya dan menyatakan bahawa dia hanya perlu melihat kepada jutaan bintang untuk mengingatkannya pada bunga ros, atas dasar bunga rosnya berada dalam kalangan mereka.
Baris 51:
Pada keesokan harinya, si pencerita cuba mencari mayat si putera, namun gagal. Cerita tersebut berakhir dengan lukisan si pencerita yang mengandungi landskap di mana dia dan si putera pertama kali berjumpa dan juga ular yang mengambil nyawanya. Si pencerita meminta supaya sesiapa yang berada di kawasan itu yang jika bertembung dengan seorang budak lelaki kecil yang enggan menjawab sebarang persoalan, untuk menghubunginya dengan segera.
 
== Gaya tonanada dan penulisan ==
Si putera kecil diimbas kembali dengan nada suram oleh juruterbang-si pencerita, sebagai memori kepada rakan kecilnya, "satu peringatan kepada putera itu - bukan sahaja putera tetapi juga masa yang dihabiskan antara si putera dan si pencerita". Si putera kecil tercipta apabila Saint-Exupéry merupakan "... seorang ekspatriat dan berasa tertekan dengan apa yang berlaku di negaranya dan di dunia." Ia ditulis semasa beliau tinggal di Amerika Utara selama 27 bulan, hampir sebagai satu kepercayaan , "menggunakan kekecewaan, kesepian dan kejayaan sebagai ungkapan dengan berhati-hati dalam perjalanan plot cerita".
 
Menurut satu analisis, "cerita Si Putera Kecil memaparkan banyak elemen fantasi, tidak realistik...anda tidak boleh menaiki sekawan burung ke planet yang lain...Elemen fantasi dalam cerita si Putera Kecil berfungsi atas dasar lojiknya yang ianya adalah berdasarkan imaginasi kanak-kanak, bertentangan dengan realisme tegas oleh orang dewasa".
 
Sebagai seorang penulis kesusasteraan yang bagus dan sempurna seperti penyair Perancis alaf ke-19 [[Stéphane Mallarmé]], Saint-Exupéry menghasilkan helaian-helaian draf "yang dipenuhi dengan barisan-berisan tulisan yang halus, yang kebanyakannnya disunting dengan ketelitian, dengan satu patah perkataan tertinggal daripada beratus patah perkataan yang lain, satu ayat mengganti satu halaman..." Dia bekerja dengan tekun. Menurut pengarangnya, ianya adalah amat sukar bagi dia untuk memulakan proses penulisan kreatif. Penulis biografi, Paul Webster menulis tentang gaya si pengarang - juruterbang itu, "Di sebalik usaha Saint-Exupéry untuk mencari kesempurnaan, ia terdapat kerja keras penyuntingan dan penulisan semula yang mengurangkan draf asal sebanyak dua per tiga panjang barisannya." Penulis Prancis tersebut sering menulis pada waktu malam bermula pada pukul 11, ditemani oleh sedulang kopi hitam yang kuat. Pada tahun 1942, Saint-Exupéry mengaitkan kepada guru Amerika Inggerisnya Adèle Breaux yang pada waktu malam sebegitu, dia berasa "bebas" dan mampu menumpukan perhatian, "menulis selama berjam-jam tanpa berasa mengantuk atau letih" sehinggalah dia terus tidur dengan segeranya. Dia akan bangun pada masa kemudian di mejanya, dengan kepalanya masih berada di lengannya. Saint-Exupéry menyatakan bahawa dia hanya dapat berkerja melalui cara ini dan sekiranya dia telah memulakan sesuatu projek, ia menjadi satu obsesi.