Si Putera Kecil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 52:
 
== Gaya nada dan penulisan ==
Cerita Si Putera Kecil dimbas dalam nada suram oleh juruterbang-si pencerita, sebagai memori kepada rakan kecilnya, "satu ingatan kepada si putera - bukan saja kepada si putera, juga kepada masa yang terluang antara si putera dan si pencerita". ''Si Putera Kecil'' dicipta semasa Saint-Exupéry merupakan "...seorang seorang ekspatriat dan berasa tertekan dengan apa yang berlaku di negaranya dan di dunia." Ia ditulis semasa beliau berada di Amerika Utara, hampir sebagai satu kepercayaan, "menggunakan ungkapan kesedihan, kesepian dan kejayaan secara teliti dalam perjalanan plot cerita".
 
Menurut satu analisis, "Si Putera Kecil memaparkan banyak elemen-elemen fantasi dan tidak realistik...anda tidak boleh menggunakan sekawan burung untuk pergi ke satu planet yang lain... elemen fantasi Si Putera Kecil berjaya atas dasar lojik yang ianya berdasarkan imaginasi kanak-kanak, berlawanan dengan realisme tegas orang dewasa".