Din Beramboi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 60:
 
=== Kematian ===
Pada 30 Mac 2010, negara digemparkan dengan berita Din Beramboi dimasukkan ke [[Unit Rawatan Rapi]] (ICU) [[Hospital Selayang]], lalu dibius hingga tidak sedar diri. Laporan awal mengatakan beliau menghidap "penyakit kencing tikus",<ref>{{cite news|title=Din Beramboi kritikal dijangkiti virus kencing tikus |work=Bernama |date=30 Mac 2010 |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm&arc=hive |accessdate=2 April 2010 }}</ref> tetapi sehari berikutnya, Din disahkan dihidapi [[sindrom kejutan denggi]] dan berada dalam keadaan kritikal sehingga [[hati]] dan [[buah pinggang]]nya gagal berfungsi.<ref>{{cite news|title=Keluarga Sedih, Individu Sebar Din Beramboi Meninggal Dalam Facebook |work=Bernama |date=2 April |url=http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=487361 |access-date=2010-4-2 April 2010 }}</ref> Sepanjang masanya di hospital, Din Beramboi menerima kunjungan dari sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan dan ramai artis dari industri hiburan tanahair.
 
Pada 2 April 2010, 12.30 tengah malam, Din Beramboi sah menghembuskan nafas terakhirnya.<ref name=mstar>{{cite news|title=Din Beramboi Meninggal Dunia |author=Kemalia Othman |work=mStar Online |date=2 April 2010 |url=http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2010/4/2/mstar_hiburan/20100402012804 |accessdate=2 April 2010 }}</ref><ref name=budiey>{{cite news|title=Din Beramboi Meninggal Dunia |author=Budiey Isma |work=Sensasi Selebriti |date=2 April 2010 |url=http://www.budiey.com/din-beramboi-meninggal-dunia/ |accessdate=2 April 2010 }}</ref> Menurut adik iparnya, Sharifuddin Che Man yang mengumumkan pemergiannya, "Din mula kritikal pada pukul 11.30 malam setelah diberi [[CPR]] pertama sehingga CPR terakhir pada pukul 12.15 malam tadi … sehingga doktor memberitahu Din tidak dapat diselamatkan."<ref name=mstar/> Adik perempuan Din, Rozana Mior Badri, berkata bahawa mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman berfungsi.<ref name=budiey/> Selain adik dan adik ipar, seluruh ahli keluarga Din termasuk ibu, kedua kakaknya berada di sampingnya pada detik akhirnya, bersama artis-artis [[Ifa Raziah]], [[Azwan Ali]] dan [[Zul Yahya]] sebagai pelawat terakhir.<ref>{{cite news|title=Din Beramboi laid to rest |author=Alfian Zohri Mohd Tahir & Joe Lee |work=The Malay Mail |date=2 April 2010 |url=http://www.mmail.com.my/content/32230-din-beramboi-laid-rest |accessdate=2 April 2010 }}</ref> Bapanya, Mior Badri telah dinasihat keluarga supaya berada dirumah kerana mempunyai lemah jantung.