Orang Melayu Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 101:
Singapura bukan tidak diduduki apabila Sir [[Stamford Raffles]] datang pada Januari 1819. Perairan Telok Blangah, Sungai Kallang dan sungai yang lain telah menjadi rumah pada [[Orang Melayu]]' untuk masa yang sangat panjang. Di sini juga perkampungan Melayu di sepanjang Kallang River Basin dan Sungai Singapura. Turnbull melaporkan bahawa ada anggaran 1,000 orang yang tinggal di Singapura. Ada lebih kurang 500 Orang Kallang, 200 Orang Seletar, 150 Orang Gelam, 100 Orang Laut, 20-30 orang Melayu Temenggong Abdul Rahman dan lebih kurang 20-30 Cina.
 
Dalam bancian pertama dilakukan pada tahun 1824, ia telah mendedahkan bahawa orang-orang Melayu (termasuk orang-orang Bugis) terdiri daripada 60.9 peratus berbanding jumlah penduduk seramai 10,683 orang.
:
 
Baris 137:
 
===Orang Laut===
Menurut Sopher (1977), Orang Kallang, Orang Seletar, Orang Selat dan Orang Gelam adalah merupakan Orang Laut yang menetap di Singapura. Orang Kallang (juga dipanggil Orang Biduanda Kallang) tinggal di kawasan berpaya di Sungai Kallang. Mereka tinggal di dalam perahu dan menyara hidup dengan menangkap ikan dan mengutip pelbagai hasil dari hutan. Selepas tahun 1819, mereka telah ditempatkan semula di utara Selat Singapura di Sungai Pulau oleh Temenggong Abdul Rahman. Malangnya pada tahun 1848, Orang Kallang terhapus disebabkan oleh penyakit cacar air.
 
Orang Seletar tinggal di kawasan paya sungai dan pulau-pulau kecil di sekitar tanah besar Singapura. Mereka sentiasa berkumpul di kawasan pantai, terutama di muara Sungai Seletar. Mereka hidup secara nomad sehingga sekitar 1850-an apabila mereka mula hidup di daratan dan mengikut cara hidup orang lain yang tinggal di Singapura.
Baris 148:
 
===Orang Melayu===
Semasa Raffles tiba di Singapura, terdapat beratus-ratus orang Melayu asli yang tinggal di sana. Mereka terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh Temenggung, pegawai-pegawai istana dan para pengikutnya serta Orang Laut. Selepas itu, angka-angka tersebut meningkat dengan kedatangan orang Melayu lain dari [[TanahMelaka, Riau Melayu]]Lingga, dan [[KepulauanSumatera Melayu]]Timur.
 
Dalam masa beberapa bulan, beratusberibu-ratusribu orang Melayu dari [[Melaka]] datang ke [[Singapura]], digalakkan oleh British yang mahu membangunkan Singapura sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran (Siebel, 1961:27). Apabila Singapura berkembang lebih maju dan mempunyai peluang ekonomi yang lebih baik, ramai orang Melayu dari Riau, [[Sumatera]], [[Pulau Pinang]], [[Melaka]] dan [[Johor]] datang ke [[Singapura]] (Roff, 1967:33; Banci 1931:72). Ramai dikalangan orang Melayu tinggal di bandar-bandar dan bekerja di sana (Siebel, 1961:35). Bancian pada tahun 1931 menunjukkan bahawa jumlah lelaki Melayu yang bekerja di Singapura adalah seramai 11,290 orang. Daripada jumlah tersebut, 18% bekerja sebagai nelayan dan sebanyak 12% hidup dengan pertanian tanah.
 
Pada tahun 1930-an dan 1950-an, ramai penduduk Melayu dari [[Tanah Melayu]] bekerja dalam sektor perkhidmatan beruniform British. Pada tahun 1957, terdapat lebih daripada 10,000 orang Melayu yang bekerja dalam sektor perkhidmatan seragam kerana pihak British lebih memilih [[orang Jawa]] atau Melayu dari [[Indonesia]] (Betts, 1975:41; Djamour, 1959:5). Walau bagaimanapun, dalam tempoh 1957-1970, kebanyakan daripada mereka kembali ke Malaysia apabila tempoh perkhidmatan mereka berakhir.