Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 71:
*Adakah sebarang cara untuk melepaskan diri daripada semua ini? Hinduisme menunjukkan jalannya. Ya, manusia boleh membebaskan dirinya daripada segala penderitaan dengan menyedari Tuhan dan sifat ketuhanannya.
*Kebebasan daripada [[samsara]] disebut sebagai [[Mukti]]. Orang yang bebas atau mukta purusha sedar bahawa Tuhanlah diri sebenarnya. Dengan menyedari identiti sebenarnya, dia menjadi tenang. Dia tidak lagi terpedaya dengan sebarang nikmat duniawi. Dia bebas daripada segala penderitaan dan ketakutan.  
*Menurut Hinduisme, setiap makhluk sama ada sedar atau tidak, ingin mencapai [[Mukti]]. Apabila seseorang berusaha untuk mengecapi kegembiraan atau ilmu, atau apabila seseorang cuba untuk menyelamatkan diri daripada maut, sebenarnya dia sedang berusaha untuk menyedari Ketuhanannya sendiri. Bukankah kegembiraan, ilmu dan keabadian ialah ciri-ciri semulajadi roh atau Atman? Namun, usaha untuk mencari kegembiraan, ilmu dan keabadian dalam dunia fana tidak akan memberikan manusia kepuasan berterusan. Kegembiraan, ilmu dan keabadian yang sebenarnya wujud dalam diri manusia sendiri. Dengan menyedari ketuhanannya, manusia mencapai samudera [[Satchidananda]] iaitu Kewujudan-Ilmu-Kebahagiaan Abadi.  
*Oleh itu, agama Hindu mendesak manusia untuk berusaha bersungguh-sungguh sejak kecil lagi untuk mencapai [[Mukti]]. Bukannya mudah untuk melepaskan diri daripada belenggu duniawi dan berusaha untuk [[Mukti]]! Jalannya jauh lagi penuh dugaan. Seseorang mungkin perlu mengambil beberapa kelahiran sebelum mencapai destinasinya ([[Bhagavad Gita]] VI.45). Oleh itu, agama Hindu menunjukkan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat ini. Inilah sebenarnya yang disebut sebagai agama atau [[Dharma]] yang praktikal.  
*Bagi mencapai [[Mukti]] agama Hindu menunjukkan dua jalan yang dikenali sebagai [[Pravritti Marga]] dan [[Nivritti Marga]].