Seluruh Cinta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
}}
 
'''Seluruh Cinta''' ialah sebuah lagu kolaborasi oleh penyanyi Malaysia, [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]] dan penyanyi Indonesia [[Cakra Khan]] yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2014. Lagu ini merupakan yang pertama dikeluarkan di Indonesia sebagai sebahagian daripada versi Indonesia album ke-16 Siti, [[Fragmen]].<ref name="Promo lagu">{{cite web|title=Promo Lagu Bareng Cakra Khan, Fans Siti Nurhaliza Ngamuk|url=http://showbiz.liputan6.com/read/2123284/promo-lagu-bareng-cakra-khan-fans-siti-nurhaliza-ngamuk|language=id|author=Meiristica Nurul|date=23 October 2014|work=Liputan 6|accessdate = 9 November 2014}}</ref> Seluruh Cinta juga menjadi single pertama untuk album Fragmen bagi pasaran Indonesia.<ref name="Promo lagu"/> Siti dan Cakra pertama kali bertemu semasa [[Anugerah Planet Muzik]] 2013 dimana mereka menyanyikan bersama lagu nyanyian Cakra, Harus Terpisah.
 
Kerjasama itu mula terjalin apabila Siti telah ditawarkan oleh [[Universal Music Group|Universal Music Indonesia]] untuk melakukan duet dengan mana-mana penyanyi Indonesia pilihannya sebelum akhirnya memilih Cakra sebagai pasangan duet. Digubah oleh Krishna Balagita, mereka merakamkan lagu itu pada 29 Mei 2014 di MyMusic Records di [[Jakarta Selatan]], [[Indonesia]] dalam masa 4 jam.