Anak Mami Nasi Kandaq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
Halaman Pertama
 
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
dikemaskinikan
Baris 15:
|country = {{flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
|language = [[Bahasa Malaysia]]
|budget =RM 0.5 Juta
|gross =RM 1.50 Juta
}}
 
'''Anak Mami Nasi Kandaq''' merupakan sebuah filem komedi yang diarahkan oleh [[Abdul Razak Mohaideen|Prof. Datuk A. Razak Mohaideen]] dan dibintangi [[Qi Razali]], [[Fasha Sandha]], [[Nur Risteena]], [[Ezzaty Abdullah]], [[Maria Farida]], [[Azmir Cuit]], Chik Pak Man Telo dan Sheila Mambo. Filem ini mengisahkan mengenai persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) dan Mami Kalsom ([[Sheila Mambo]]).<ref>{{cite news |title=Anak Mami Tiada Saingan |first=Khadijah |last= Ibrahim|newspaper=[[Utusan Malaysia]] |date=4 Julai 2016 |url= |accessdate=4 Julai 2016 }}</ref> Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 6 Julai 2016.
 
==Sinopsis==
Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya.
 
Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah ([[Fasha Sandha]]), Fitri ([[Nur Risteena]]), Farah ([[Ezzaty Abdullah]]), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha).
 
Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom.
 
Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain).
 
Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan.
 
Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga mereka.
 
Ternyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal.
 
Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid ([[Qi Razali]]) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer.
 
Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.
 
==Senarai Pelakon==
*[[Qi Razali]] sebagai Farid
*[[Fasha Sandha]] sebagai Fuziah
*[[Nur Risteena]] sebagai Fitri
*[[Ezzaty Abdullah]] sebagai Farah
*Amylia Natasha Aziz sebagai Fatin
*Elisya Sandha sebagai Fify
*[[Azmir Cuit]] sebagai Mamu Hussin
*Chik Pak Man Telo sebagai Mamu Nizam
*Sheila Mambo sebagai Mami Kalsom
*Azhari Zain sebagai Tuan Akhlak Khan
*[[Maria Farida]]
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
[[Category:Filem Malaysia tahun 2016]]
[[Category:Filem bahasa Melayu]]
[[Category:Filem 2016]]