KAMI - The Series: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 101:
|Kini bersatu dengan empat orang kawan barunya, Lyn gemuruh apabila mereka ingin mengenali identiti sebenar Teka-Teki. Mereka berlima berpakat untuk menghadiri gig di [[Planet Hollywood]] pada hujung minggu. Akan tetapi, keghairahan mereka tereganggu oleh kejadian seorang kenalan Abu terlibat dalam kemalangan, diburukkan lagi dengan Abu sendiri ditangkap kerana mencuri di kedai.
|[[One Buck Short]], [[Meet Uncle Hussain]], [[kumpulan The Times|The Times]] (dalam cerita)<br>[[Couple]] (penutup)
|-
|8
|[[24 Oktober]] [[2007]]
|Setelah Abu ditahan, hubungan antara empat sahabat lain renggang dan hilang semangat, terutamanya Ali yang bergelut dalam urusan kugirannya. Lynn merasa tertekan kerana perubahan mendadak ini, tetapi akhirnya menunaikan janji untuk membawa ''fanzine''nya ke alam Internet. Meskipun Abu sering tertindas oleh penghuni yang lain dalam pusat pemulihan, namun dia tetap rajin berusaha untuk memperbaiki diri. Akhirnya Abu dikunjungi kawan-kawan dan keluarga, menandakan rasa kasih sayang dan prihatin masih diterimanya.
|}