Pulp Fiction: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 24:
 
== Struktur Penceritaan ==
''"Pulp Fiction''" diceritakan tanpa mengikut susunan kronologi, dan mengikuti cerita yang bersilang antara pembunuh kontrak gangster Vincent Vega (watak protagonis cerita pertama), peninju Butch Coolidge (watak protagonis cerita kedua) dan rakan Vincent Jules Winnfield (watak protagonis cerita ketiga). Cerita-cerita tersebut bersilang dalam pelbagai cara.
 
== Plot ==
Baris 34 ⟶ 35:
 
=== "Vincent Vega dan Isteri Marsellus Wallace" ===
Juara tinju Butch Coolidge menerima sejumlah wang yang besar dari Marsellus untuk kalah secara sengaja di dalam satu perlawanan dia yang akan datang. Vincent dan Jules datang untuk memberi beg tersebut. Pada keesokan harinya, Vincent membeli dadah heroin dari pengedarnya, Lance. Dia menyuntik dadah ke dalam saluran darahnya untuk menghabiskan masa yang seterusnya dan kemudiannya memandu untuk menemui Puan Mia Marsellus.
 
Vincent dan Mia menuju ke sebuah restoran yang bertemakan tahun 1950-an dan menyertai peraduan berjoget tari dan balik ke rumah Wallace dengan piala kemenangan. Semasa Vincent berada di dalam bilik air, Mia menemui dadah heroinnya dan menyangka ianya adalah dadah kokain. Dia menyedutnya dan kemudiannya terlebih dos. Vincent segera membawanya ke rumah Lance dan menghidupkannya kembali dengan satu suntikan adrenalin ke jantungnya.
 
=== Pengenalan kepada "Jam Tangan Emas" ===
Butch mengingat kembali satu lawatan dari veteran Perang Vietnam, Kapten Koons pada zaman kanak-kanaknya. Koons membawa sebuah jam tangan yang telah diturunkan selama tiga generasi keluarga Coolidge sejak Perang Dunia Pertama; Koons yang menuruti permintaan terakhir ayah Butch, menyembunyinya di dalam rektumnya selama dua tahun untuk menyerahkannya kepada Butch.
 
=== "Jam Tangan Emas" ===
Butch melarikan diri dari arena tinju setelah mengkhianati Marsellus dan memenangi perlawanan tinju tersebut. Pada keesokan paginya, dia dan teman wanitanya, Fabbiene yang menetap di sebuah motel mendapati bahawa teman wanitanya terlupa untuk mendapatkan jam tangan ayahnya dan mengamuk. Dia kembali ke pangsapurinya untuk mengambil jam tangan tersebut dan mendapati bahawa terdapat sepucuk senapang di atas meja dapurnya. Dia terdengar bunyi rinjisan air di dalam bilik air dan terus menembak Vincent hingga mati setelah dia keluar dari situ.
 
Semasa Butch sedang berhenti dan menunggu di lampu trafik di dalam keretanya, dia terserempak dengan Marsellus yang mengenalinya. Dia mengejar Butch hingga ke sebuah kedai pajak gadai. Pemilik kedai, Maynard memerangkap mereka dengan pistol dan mengikat mereka di bawah bilik bawah tanah. Maynard diiringi oleh Zed, seorang pengawal sekuriti yang membawa Marsellus ke sebuah bilik yang lain untuk merogolnya. Mereka meninggalkan seorang lelaki untuk mengawasi Butch.
 
Butch melepaskan diri dan memukul lelaki tersebut sehingga pengsan. Dia ingin melarikan diri tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan Marsellus. Semasa Zed merogol Marsellus, Butch membunuh Maynard dengan menggunakan sebilah pedang Jepun yang diambil dari kedai tersebut. Marsellus merampas pistol Zed dan menembaknya. Marsellus memberitahu Butch yang mereka sudah saling tidak berhutang dengan syarat dia tidak memberitahu sesiapa tentang rogol tersebut dan berjanji untuk meninggalkan Los Angeles untuk selama-lamanya. Butch menyambut Fabienne dengan sebuah [[Chopper|''chopper'']] milik Zed.
 
=== "Situasi Bonnie" ===
Selepas Vincent dan Jules menembak mati Brett, seorang lelaki keluar dari bilik air dan kemudiannya menembak secara rambang tanpa sebiji peluru pun mengenai mereka. Jules dan Vincent menembak lelaki tersebut. Jules menyatakan ia merupakan sebuah keajaiban yang mereka tidak tertembak, di mana Vincent tidak menyetujuinya.
 
Semasa Jules memandu, Vincent secara tidak sengaja telah menembak Marvin salah seorang rakan sekutu Brett, di bahagian muka. Mereka menyembunyikan kereta tersebut di rumah rakan sekutu mereka, Jimmie, yang bertegas bahawa mereka seharusnya menyelesaikan masalah tersebut sebelum isterinya Bonnie sampai di rumah. Marsellus menghantar seorang "pembersihnya", Winston Wolfe yang mengarah Jules dan Vincent untuk membersihkan kereta itu, menyembunyikan mayat di dalam but kereta dan membuang pakaian berdarah mereka. Mereka memandu kereta itu ke sebuah tapak pelupusan kereta dan kemudiannya mengambil keputusan untuk bersarapan pagi.
 
=== "Epilog - Premis Makanan" ===
Di dalam premis makanan di mana mereka bersarapan pagi, Jules menyatakan kepada Vincent yang dia ingin bersara dari kehidupan jenayah dan mengambil peristiwa ajaib itu sebagai tanda. Semasa Vincent berada di bilik air, Honey Bunny dan Pumpkin menawan premis tersebut. Apabila Jules memeras ugut Pumpkin dengan pistol, Honey Bunny mengalami histeria dan menumpukan pistolnya ke arah Jules. Vincent kembali dari bilik air dan juga mengarahkan pistol ke Honey Bunny, satu stail seri Mexico. Jules membaca satu perenggan kitab dan mempunyai perasaan konflik tentang kehidupan jenayahnya dan membenarkan perompak untuk mengambil wangnya dan pergi. Dia dan Vincent meninggalkan premis makanan dengan beg tersebut.
 
== Barisan pelakon ==