Perbezaan antara semakan "Quentin Tarantino"

tiada ringkasan suntingan
Kariernya bermula pada akhir tahun 1980-an, di mana dia menulis dan mengarah ''"My Best Friend's Birthday",'' hasil kerja skrin yang menjadi asas kepada ''"True Romance"''. Pada awal tahun 1990-an, dia memulakan karier sebagai pembikin filem bebas dengan terbitan filem ''[[Filem Reservoir Dogs|"Reservoir Dogs"]]'' pada tahun 1992, di mana filem tersebut dianggap sebagai filem klasik dan kultus yang terkenal. Populariti filem itu turut diperhebatkan dengan filem keduannya, [[Pulp Fiction|''"Pulp Fiction"'']] (1994), sebuah filem jenayah komedi kelam yang berjaya dalam kalangan pengkritik filem dan penonton. Filem ini dinilai sebagai filem yang terhebat dari tahun 1983 hingga tahun 2008 oleh ''Entertainment Weekly''. Banyak pengkritik dan sarjana juga menamakan ia sebagai hasil kerja yang paling signifikan dalam sejarah pawagam moden. Usaha beliau yang seterusnya, dia memberi penghormatan kepada filem eksploitasi-hitam daripada tahun 1970-an dengan filem ''"Jackie Brown"'' (1997), satu adaptasi daripada novel ''"Rum Punch".''
 
[[Kill Bill]], yang difilemkan dengan bergaya dalaam tradisi sinematik filem Kung Fu, seni pertahanan diri Jepun, [[Spageti Barat]], seram Itali, berikutan enam tahun yang seterusnya dan ianya ditayangkan sebagai dua buah filem: Jilid Satu (2003) dan Jilid Dua (2004). Tarantino mengarah ''"Death Proof"'' (2007) sebagai salah satu dua bahagian filem dengan rakannya Robert Rodriguez, di bawah tajuk besar ''"Grindhouse"''. Projek filem yang lama ditangguhkan, ''[[Filem Inglourious Basterds|"Inglourious Basterds"]]'' yang menceritakan fiksyen alternatif dua plot untuk menghapuskan pemerintahan politik Jerman Nazi, telah dikeluarkan pada tahun 2009 dan menerima ulasan positif.
 
== Kehidupan awal ==
286

suntingan