Sri Jayanaga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
FaiqIQ (bincang | sumb.)
FaiqIQ (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Pada abad ke-7, Raja [[Chih Tu|Tanah Merah]] Prabhasadharma bergelar Sri Jayanaga telah mengasaskan empayar baharu. Baginda merupakan cicit kepada Raja Gautama. Baginda lebih terkenal dalam riwayat tradisi sebagai '''Raja Ahmad''' atau '''Tok Raja Jawa'''.
 
Baginda juga dikenali sebagai '''Maharaja Gegar Alam''', '''Maharaja Alif''', '''Maharaja Benua Rom''', '''Prabhu Wisnu Dewa''' dan lain-lain. Ibu empayar [[Srivijaya|Sriwijaya]] bernama Valai Penjuru. Pada tahun 667 Masihi, baginda telah menakluk seluruh Semenanjung termasuklah [[Kesultanan Kedah Pasai Ma]] dan membunuh [[Sultan Mudzafar Shah I]]. Baginda mengisytiharkan nama empayarnya sebagai [[Srivijaya|Sriwijaya]].
 
==Sejarah==
Pada tahun 673 M, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri Maharaja Sri Wijaya dan Dapunta Hyang. Baginda telah berjaya menakluk [[Segenting Kra]], Dvaravati ([[Thailand]]-[[Kemboja]]- [[Laos]]) dan Arimadana ([[Myanmar]]).
 
Dalam tahun 683 M (605 saka), baginda telah menakluk [[Sumatera]] Selatan melalui Kadaram dan ada tercatat di dalam [[Batu Bersurat Kedukan Bukit]]. Terdapat padanya bahawa baginda telah menyerang kawasan [[Palembang]] dengan 20,000 tentera. Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di [[Jambi]] dan menguasai seluruh [[Sumatera]].
Baris 13:
Setelah berjaya menakluk Malayu, Sri Maharaja [[Srivijaya|Sriwijaya]] telah menghantar berpuluh-puluh utusan kepada semua negara yang terdapat di Kepulauan dengan memberi kata dua iaitu '''bayar ufti atau perang'''. Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah.
 
[[Batu Bersurat Kota Kapur]] di [[Pulau Bangka]] bertarikh 686 Masihi ialah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan pertama Sriwijaya keatas Kalingga. Pada serangan kali ketiga ke atas Kalingga, Maharaja Sri Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura dalam tahun 692 Masihi. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke [[Sumatera]] kerana kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.
 
==Keluarga==