Sungai Dua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 124.13.16.149 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Sungai Dua''' merupakan sebuah bandar satelituniversiti [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]] di [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Ia terletak di kawasan timur Bandaraya Georgetown. Bandar yang paling hampir dengan Sungai Dua ialah [[Gelugor]]. Nama Sungai Dua ini diambil kerana ia terletak di antara dua batang sungai lalu dinamakan Sungai Dua. Populasi penduduknya berkembang selepas pembukaan [[USM]] (Universiti Sains Malaysia) pada 1969. Tapak asal USM ialah berek tentera British dan berkhidmat sebagai kem pendudukan tentera Jepun semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Majoriti penduduk awal ialah Cina Hokkien. Kebanyakan penduduk Cina Hokkien kemudian tinggal di [[kampung]] dan tahap pendidikan berada di peringkat rendah atau menengah. Ramai yang menggunakan status pendidikan bagi membasmi kemiskinan melanda mereka. Sekolah pertama diasaskan di Sungai Dua ialah Sekolah Keong Hoe yang mana ia kemudian dialihkan pada tahun 80-an..
 
Kebanyakan pelajar USM dari luar Pulau Pinang menjana pertumbuhan dan penambahan populasi penduduk di Sungai Dua. Secara terkini, Sungai Dua merupakan sebuah bandar yang sedang dibangunkan dan kemudahan infrastruktur yang canggih serta tapak perumahan. Restoran yang beroperasi 24 jam dan kedai runcit dan apartmen banyak tingkat turut bertambah di kawasan ini. Cawangan pusat membeli belah besar iaitu TESCO extra (lebih dikenali sebagai Makro) dibuka (21 Mei 2007) di Sungai Dua sebagai keperluan semasa kepada masyarakat setempat. Restoran makanan segera seperti [[McDonald's]], [[KFC]], [[Pizza Hut]], dan [[Baskin Robins]] turut membuka cawangannya di Sungai Dua.