Madu Tiga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
 
==Ringkasan==
Watak utama filem ini, Jamil ''([[P. Ramlee]])'' mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka [[poligami|berpoligami]]. Sebelum ini, Jamil dan Latifah ([[Zaharah Agus]]) sudah berkahwin selama 12 tahun. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah ([[Jah Mahadi]]), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya ([[Ahmad Nisfu]]) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, ([[Sarimah]]) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.
 
==Pelakon==