Perbezaan antara semakan "Pulp Fiction"

6 bait dibuang ,  4 tahun lalu
Butch melarikan diri dari arena tinju setelah mengkhianati Marsellus dan memenangi perlawanan tinju tersebut. Pada keesokan paginya, dia dan teman wanitanya, Fabbiene yang menetap di sebuah motel mendapati bahawa teman wanitanya terlupa untuk mendapatkan jam tangan ayahnya dan mengamuk. Dia kembali ke pangsapurinya untuk mengambil jam tangan tersebut dan mendapati bahawa terdapat sepucuk senapang di atas meja dapurnya. Dia terdengar bunyi rinjisan air di dalam bilik air dan terus menembak Vincent hingga mati setelah dia keluar dari situ.
 
Semasa Butch sedang berhenti dan menunggu di lampu trafik di dalam keretanya, dia terserempak dengan Marsellus yang mengenalinya. Dia mengejar Butch hingga ke sebuah kedai pajak gadai. Pemilik kedai, Maynard memerangkap mereka dengan pistol dan mengikat mereka di bawah bilik bawah tanah. Maynard diiringi oleh Zed, seorang pengawal sekuriti yang membawa Marsellus ke sebuah bilik yang lain untuk merogolnya. Mereka meninggalkan seorang lelaki untuk mengawasi Butch.
 
Butch melepaskan diri dan memukul lelaki tersebut sehingga pengsan. Dia ingin melarikan diri tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan Marsellus. Semasa Zed merogol Marsellus, Butch membunuh Maynard dengan menggunakan sebilah pedang Jepun yang diambil dari kedai tersebut. Marsellus merampas pistol Zed dan menembaknya. Marsellus memberitahu Butch yang mereka sudah saling tidak berhutang dengan syarat dia tidak memberitahu sesiapa tentang rogol tersebut dan berjanji untuk meninggalkan Los Angeles untuk selama-lamanya. Butch menyambut Fabienne dengan sebuah [[Chopper|''chopper'']] milik Zed.
286

suntingan