Perbezaan antara semakan "Kesan pemerhati"

376 bait ditambah ,  4 tahun lalu
# ''Melakukan tindakan pilihan''
''Mendapati'': Untuk menguji konsep "mendapati", Latané dan Darley (1968) telah mementaskan satu situasi kecemasan menggunakan pelajar-pelajar Universiti Columbia. Para pelajar diletakkan di dalam sebuah bilik dan dibiarkan sama ada secara individu atau dengan dua atau tiga individu lain yang tidak dikenali untuk melengkapkan satu kaji selidik sementara menunggu ahli eksperimen untuk balik semula. Semasa mereka sedang melengkapkan kaji selidik, asap telah dipamkan ke dalam bilik tersebut untuk mensimulasikan satu keadaan simulasi. Apabila pelajar berkerja secara bersendirian, mereka perasan akan kehadiran asap tersebut dalam masa lima saat. Walau bagaimanapun, pelajar yang berkerja secara berkumpulan mengambil masa yang lebih lama iaitu sehingga 20 saat untuk perasan kehadiran asap. Latané dan Darley mendakwa bahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan norma sosial di mana apa yang merupakan etika sopan dalam kalangan awam. Di dalam budaya Barat, ia merupakan tindakan yang tidak sopan untuk leka memandang sekeliling. Ini mungkin menunjukkan seseorang itu tidak sopan dan penyibuk. Akibatnya, seseorang pemerhati itu berkemungkinan lebih besar untuk menumpukan perhatian terhadap diri mereka apabila dikelilingi kumpulan yang besar, berbanding dengan berseorangan. Golongan individu yang berseorangan adalah besar kemungkinan lebih sedar akan keadaan sekeliling dan oleh itu akan lebih perasan akan seseorang yang memerlukan bantuan.
 
''Mentafsir'':Setelah sesuatu keadaan itu dikenal pasti ''(mendapati)'', untuk seseorang pemerhati campur tangan, mereka mesti mentafsir satu kejadian itu sebagai kes kecemasan. Menurut prinsip pengaruh sosial, para pemerhati mengawasi reaksi orang lain dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada orang lain juga berfikir ia adalah satu kemestian untuk campur tangan.
 
==== Ketidakpastian dan akibat ====
286

suntingan