Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 10:
Golongan Kalamukha juga dikenali sebagai Ekkoti Muni. Mereka mempunyai sedikit kaitan dengan keturunan Devavrata Muni dari Kashmir. Sekitar tahun 700-1200 Masihi, kumpulan ini amat berpengaruh di Andhra Pradesh dan Karnataka. Pusat mereka ketika itu ialah kuil Kedaresvara di Balligave (di daerah Shimoga, Karnataka) dan pekan kuil Srisaila (berhampiran Kurnool, Andhra Pradesh). Menurut suatu sumber, raja-raja Calukyan (kurun ke-11 Masihi) menyanjungi mazhab ini. Salah seorang guru mereka, Sarvesvara Saktideva, merupakan seorang pemilik 77 buah kuil-kuil. Mereka juga terkenal dengan kebijaksanaan dan displin rohani mereka.
 
NamunPenganut-penganut begitu,mazhab ini telah dicemuh dan disingkir oleh masyarakat disebabkan beberapa amalan mereka yang menggerikan, seperti tabiat meminum arak dalam tengkorak manusia, menyapukan badan mereka dengan abu dari tempat pembakaran mayat, kanibalisme, dan keciciran moral,. penganut-penganut mazhab ini telah dicemuh dan disingkir oleh masyarakat.
 
Guru-guru mazhab ini dibahagikan kepada dua kumpulan: Rasi dan Shakti.
 
Rajarajaguru (1370 Masihi), ialah seorang guru Kalamukha yang terkenal dan seorang yang kontemporari dengan Vidyaranya Muni (kurun ke-14 Masihi).
 
== Kapalika ==
Baris 21:
Mazhab ini juga mengamalkan perbuatan-perbuatan keji seperti meminum arak, memakan daging manusia dan abu, mempersenjatakan cokmar, dan hubungan seks bebas. Penganut-penganutnya menyembah Chandi dan Bhairava.
 
Menurut Sabara Tantra, terdapat 24 orang guru, bermula daripada Adinatha dan berakhir dengan Malayarjuna.
 
Penganut-penganut mazhab ini juga bersifat anti-[[Vaishnavisme]].
 
== Saivisme Kashmir / Pratyabhijna Darsana ==
 
=== Pengenalan ===
Baris 84:
* '''Karmendriya''' (lima organ tindakan iaitu pertuturan, tangan, kaki dan dua organ pembuangan)
* '''Tanmatra''' (lima unsur alam iaitu tanah, air, api, udara dan angkasa).
'''Prthivyanda -''' Kombinasi tanmatra menghasilkan lima '''mahabhuta''' atau elemen-elemen kasar. Ciptaan seterusya, lahir daripada mahabhuta. Kumpulan ini dikenali sebagai 'Prthivyanda'.
 
=== Kesimpulan ===
Baris 104:
Mazhab atau kultus Pasupata atau Pasupati ialah suatu mazhab purba. Kepercayaan ini dapat dibuktikan dengan beberapa penemuan berikut: Penggunaan perkataan 'Pati, 'Pasa', 'Prasada' telah disebut dalam ''Svetasvatara Upanishad'' (1.11; 6.9; 3.20), penyembahan Shiva dalam rupa Linga, amalan mengikat Sivalinga pada lengan seperti dalam candi Raja Pravarasena (428 Masihi), dan Sivalinga-Sivalinga yang ditemui di Cambodia (kini Kampuchia) dari 550 Masihi.
 
Kultus Pasupata adalah berasaskan kepada ''Saivāgama'', beberapa ''Purana'', dan beberapa [[Upanishad|''Upanishad'']] minor dari zaman selepas [[Veda|''Veda'']].
 
Antara ''Āgama-Āgama'' yang dirujuk ialah ''Kamika, Ajita, Amsuman, Suprabheda, Svayambhuva, Raurava, Mrgendra, Pauskara,'' dan ''Vatula''. ''Āgama-Āgama'' ini mungkin telah ditulis antara kurun pertama hingga kurun ke-14. Ianya lebih berpengaruh di India Selatan, terutamanya di Tamil Nadu. Terdapat percanggahan pendapat tentang sama ada beberapa ''Āgama'' telah dihasilkan pada asalnya dalam Bahasa Tamil dan kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Sanskrit, atau dihasilkan dalam bahasa Sanskrit terus.
 
''Purana-puranaPurana'' yang dirujuk ialah ''Vayu Purana, Kurma Purana'', dan ''Siva Purana''.
 
Sistem Pasupata hampir sama dengan sistem Dvaita Vedanta oleh [[Madhvacharya|Madhva]] (1197-1276 Masihi). Satu-satunya perbezaan yang wujud ialah Shiva telah menggantikan tempat [[Maha Vishnu|Vishnu]], dalam sistem ini.
 
=== Rukun-Rukun Utama ===
Topik-topik yang dibincangkan dalam sastera Pasupata dinamakan secara teknikal sebagai '''Pancārthas''' atau Lima Subjek Asas. Topik-topik asas ini ialah karana, karya, yoga, vidhi, dan duhkhanta.
 
==== KĀRANA ====
Baris 120:
Shiva adalah anādi (tanpa permulaan atau asal-usul), avyaya (tidak boleh dihapuskan), dan punca ciptaan,pemeliharaan dan pemusnahan alam semesta. Shiva adalah menjangkaui dan meliputi alam semesta. Dia penuh kasih sayang. Simbol-Nya yang terbaik ialah Pranava atau Om.
 
Shiva atau Isvara adalah hanya punca efisien atau nimittakārana untuk ciptaan. Sebaliknya, dalam sistem [[Falsafah Vedanta|Vedanta]], Shiva adalah upādānakārana (punca material). Meskipun Roh Individu dan dunia wujud berasingan, kedua-duanya berada dalam kawalan Shiva. Shiva juga menyebabkan perubahan dalam dunia dan roh individu. Namun, sebagai 'prasadi' (yang mencurahkan rahmat), Shiva sentiasa penuh penyayang. Itulah sebabnya, kita dapat mencapai kebebasan dengan meditasibermeditasi ke atas-Nya.
 
==== KĀRYA ====
Subjek Asas kedua ialah Kārya. Kārya di sini bukan bermaksud sebagai suatu kesan, tetapi sebagai asvatantra atau bergantung. Sebaliknya, kārana adalah sesuatu yang bebas atau svatantra. Dalam konteks ini, hanya Shiva adalah bebas, kāranaatau dankārana. jagatJagat (dunia) dan jiva (roh individu) adalah kārya kerana kedua-duanya bergantung pada Shiva.
 
Meskipun Shiva adalah kārana, jiva juga, atas dorongan-Nya, Jiva juga boleh menjadi kārana dalam proses ciptaan berikutnya. Begitu juga dengan Prakrti atau Pradhāna yang bertanggungjawab untuk evolusi berterusan dunia. Oleh itu, kedua-dua ini dinamakan sebagai 'kārya-kārana'.
 
Evolusi dunia daripada Prakrti adalah sama seperti dalam sistem [[Falsafah India|falsafah Sankhya]].
 
Seperkara perlu diperhatikan di sini. Isvara sebagai kārana asal tidak akan dicemari oleh proses evolusi alam semesta. Sebaliknya, Prakrti sebagai kārya-kārana boleh terjejas. Dua contohContoh-contoh berikut boleh menjelaskan konsep ini. Teratai mekar apabila terkena cahaya matahari. Ketulan besi bergerak berdekatan magnet. Dalam kedua-dua keadaan ini, matahari dan magnet tidak terjejas tetapi teratai dan ketulan besi terjejas. Begitu juga, Isvara tidak terjejas dengan proses evolusi dunia melalui Prakrti dan Jiva.
 
Dalam kalangan kārya, Jivatman (roh individu) adalah yang paling penting. Jivatman dinamakan 'Pasu' kerana ia terikat dengan 'Pasa' (ikatan) dan melihat ('pasyati') dirinya sebagai kompleks badan-minda, melupakan bahawa dia adalah roh. Sebaliknya, Shiva ialah 'Pasupati (Tuan segala 'pasu').
Baris 135:
'Pasu' atau Jiva adalah abadi, dan mempunyai kesaktian untuk melihat ('drksakti) dan untuk bertindak ('kriyasakti').
 
'Pasu' dibahagikan kepada dua kumpulan bergantung kepada tahap evolusi rohani masing-masing iaitu:
* '''sanjana''' (mereka yang terikat pada badan, pancaindera dan minda) dan
* '''niranjana''' (jiwa yang bebas).
 
'Pasa' atau ikatan yang mengikat 'pasu' dinamakan sebagai 'mala' atau kekotoran. Terdapat tiga 'mala': anavamala, mayiyamala dan karmamala.
Baris 156 ⟶ 158:
Ini ialah Pancartha terakhir. Ia bermaksud kesudahan segala duka dan penderitaan, sama seperti kebebasan atau Mukti. Ini dicapai dengan menarik minda daripada segala objek duniawi dan mengarahkannya pada Pasupati. Dengan ini, 'pasu' dapat berserah sepenuhnya pada Pasupati dan hidup berhampiran-Nya ('''samipa prapti'''). Dalam mukti ini, Jiva tidak akan 'hidup bersendirian' ('<nowiki/>'''Kaivalya'''<nowiki/>', seperti dalam sistem Sankhya) atau penyatuan sepenuhnya (''''Aikya'''<nowiki/>' seperti dalam Advaita Vedanta). 'Pasu' akan berada selama-lamanya bersama Pasupati.
 
Menurut karya-karya Pasupata, kuasa-kuasa ajaib akan diperolehi pada tahap duhkhanta. Namum, seorang Yogi tidak digalakkan untuk memberi perhatian kepada kuasa ajaib kerana ia akan menghalangnya daripada mencapai mukti.
 
== Saiva Siddhanta ==
'Saiva Siddhanta' bermaksud doktrin Saivisme pada amnya. Namun, ia telah menjadi terma yang digunapakai untuk mengenalpasti falsafah Saivisme dari Tamil Nadu selama 1300 tahun. Ia lebih merupakan suatu agama mistik daripada suatu sistem falsafah yang teratur dan spekulatif. Agama ini berasaskan kepada karya-karya 63 orang Nayanar atau [[Nayanmar]] yang telah hiduohidup antara kurun ke-7 hingga ke-12 Masihi.
 
Karya-karya utama Saiva Siddhanta yang disenaraikan oleh Nambi Andar Nambi (1000 Masihi) adalah seperti berikut:
Baris 205 ⟶ 207:
S''ivajnanabodham'' menyebut dan menghuraikan tiga konsep asas utama - Pati, pasu dan pasa dan memberikan sadhana untuk pasu menyedari Pati dan phala atau hasil amalan rohani yang diperolehi oleh seseorang.
 
Falsafah Saiva Siddhanta adalah hampir serupa dengan falsafah kultus Pasupata,. perbezaannyaPerbezaannya ialah Saiva Siddhanta menerima 36 prinsip asas (seperti Saivisme Kashmir) sementara Pasupata hanya menerima 25.
 
== Vira Saivisme / Lingayat ==
 
=== Pengenalan ===
Vira Saivisme atau Agama Lingayat, ialah suatu Saivisme yang berleluasa di Karnataka, India Selatan. Menurut pendapat orthodoks, agama ini ialah suatu agama purba yang berasal daripada guru-guru seperti Revanaradhya, Marularadhya, Panditaradhya, dan lain-lain. Namun, ini disangkal oleh segolongan yang lain.
 
Dalam zaman sejarah, Basavesvara (1186 Masihi), juga dikenali sebagai Basavanna atau Basava, yang menjadi perdana menteri Raja Bijjala (yang memerintah daripada 1157 - 1167 Masihi) ialah reformis utama (jikakalau bukan pengasas) mazhab ini.
 
Mazhab ini juga telah diperkayakan oleh lebih 300 guru-guru dan orang-orang alim seperti Allama Prabhu, Cannabasavanna dan Akkamahadevi. Mereka telah memperbaharui gerakan agama dan sosial pada zaman mereka.