S.S.C. Napoli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 96:
Napoli memulakan musim 2009-10 di Serie A dengan beberapa keputusan yang tidak memuaskan. Selepas tewas 2-1 kepada [[A.S. Roma|Roma]] pada Oktober 2009, Donadoni melepaskan tugasnya dan digantikan oleh [[Walter Mazzarri]]. Di bawah bimbingan Mazzarri, Napoli melonjak ke tangga enam liga dan menempah tempat ke [[Liga Europa UEFA|Liga Europa]]. Napoli membeli beberapa pemain terkenal antaranya [[Edinson Cavani]] untuk menghadapi musim 2010-11. Akhirnya, Napoli menduduki tempat ketiga liga dan layak ke [[Liga Juara-Juara UEFA 2011-12|Liga Juara-Juara]] untuk musim hadapan.
 
Pada musim 2011-12, Napoli menamatkan musim kelima di Serie A tetapi berjaya mengalahkan juara liga, [[Juventus F.C.|Juventus]] di [[Stadio Olimpico]] untuk menjulang [[Coppa Italia 2011-12|Coppa Italia]] buat kali keempat dalam sejarah kelab selepas 25 tahun penantiannya. Napoli juga melalui musim cemerlang dalam [[Liga Juara-Juara UEFA 2012-13|Liga Juara-Juara]] selepas penyertaan pertamanya pada musim [[Piala Eropah 1990-91|1990-91]]. Napoli menduduki tempat kedua kumpulan di belakang kelab gergasi Jerman, [[FC Bayern Munich|Bayern Munich]] dan memintas [[Manchester City F.C.|Manchester City]], akhirnya layak ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh [[Chelsea F.C.|Chelsea]].
 
Pada musim 2012-13, Napoli menduduki tempat kedua Serie A dan ini adalah kedudukan terbaik Napoli sejak memenangi [[scudetto]] pada musim 1989-90. [[Edinson Cavani]] menjadi [[Capocannoniere|penjaring terbanyak]] liga dengan menjaringkan 29 gol sebelum beliau dijual ke [[Paris Saint-Germain F.C.|Paris Saint-Germain]] untuk menjadi rekod perpindahan tertinggi kelab sebanyak 57 juta [[paun sterling]].