S.S.C. Napoli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 96:
Napoli memulakan musim 2009-10 di Serie A dengan beberapa keputusan yang tidak memuaskan. Selepas tewas 2-1 kepada [[A.S. Roma|Roma]] pada Oktober 2009, Donadoni melepaskan tugasnya dan digantikan oleh [[Walter Mazzarri]]. Di bawah bimbingan Mazzarri, Napoli melonjak ke tangga enam liga dan menempah tempat ke [[Liga Europa UEFA|Liga Europa]]. Napoli membeli beberapa pemain terkenal antaranya [[Edinson Cavani]] untuk menghadapi musim 2010-11. Akhirnya, Napoli menduduki tempat ketiga liga dan layak ke [[Liga Juara-Juara UEFA 2011-12|Liga Juara-Juara]] untuk musim hadapan.
 
[[File:Dnepr-Napoli (2).jpg|thumb|250px|Barisan pemain Napoli pada tahun 2015]]
Pada musim 2011-12, Napoli menamatkan musim kelima di Serie A tetapi berjaya mengalahkan juara liga, [[Juventus F.C.|Juventus]] di [[Stadio Olimpico]] untuk menjulang [[Coppa Italia 2011-12|Coppa Italia]] buat kali keempat dalam sejarah kelab selepas 25 tahun penantiannya. Napoli juga melalui musim cemerlang dalam [[Liga Juara-Juara UEFA 2012-13|Liga Juara-Juara]] selepas penyertaan pertamanya pada musim [[Piala Eropah 1990-91|1990-91]]. Napoli menduduki tempat kedua kumpulan di belakang kelab gergasi Jerman, [[FC Bayern Munich|Bayern Munich]] dan memintas [[Manchester City F.C.|Manchester City]], akhirnya layak ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh [[Chelsea F.C.|Chelsea]].
 
Baris 102 ⟶ 103:
Untuk menghadapi musim seterusnya, [[Walter Mazzarri]] meninggalkan Napoli untuk menjadi jurulatih [[Internazionale Milano F.C.|Internazionale]] dan digantikan oleh pengurus dari Sepanyol, [[Rafael Benítez]], ini membuatkan beliau menjadi jurulatih asing membiming Napoli sejak [[Zdeněk Zeman]] dari Republik Czech pada tahun 2000.<ref>{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/22684637|title=Rafa Benitez Is Napoli Manager|publisher=BBC|accessdate=27 May 2013}}</ref> Hasil penjualan Cavani, Napoli membeli tiga pemain [[Real Madrid]] iaitu [[Gonzalo Higuaín]], [[Raúl Albiol]] dan [[José Callejón]] selain [[Dries Mertens]] dan [[Pepe Reina]]. Mereka menamatkan musim ini dengan menjuarai [[Coppa Italia 2013-14|Coppa Italia]] selepas mengalahkan [[ACF Fiorentina|Fiorentina]], 3-1 dan menjadikan trofi kelima buat Napoli. Selain itu, Napoli juga menduduki tempat ketiga di Serie A dan membolehkannya untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan. Menurut Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), Napoli dipilih sebagai kelab ketiga terbaik dunia pada tahun 2015 walaupun gagal layak ke peringkat kumpulan [[Liga Juara-Juara UEFA 2014-15]].
 
[[File:Dnepr-Napoli (2).jpg|thumb|250px|Barisan pemain Napoli pada tahun 2015]]
Pada 1 Disember 2015, selepas mengalahkan [[Inter Milan]], 2-1 di halaman sendiri, Napoli gah di tangga teratas Serie A buat pertama kali dalam masa 25 tahun. Pada 10 Januari 2016, kemenangan 5-1 ke atas Frosinone di tempat lawan membolehkan Napoli juara liga buat separuh musim dan berterima kasih kepada Sassuolo yang menang tipis 1-0 ke atas Inter di San Siro.