Perbezaan antara semakan "Kesan pemerhati"

2,985 bait ditambah ,  4 tahun lalu
''Mendapati'': Untuk menguji konsep "mendapati", Latané dan Darley (1968) telah mementaskan satu situasi kecemasan menggunakan pelajar-pelajar Universiti Columbia. Para pelajar diletakkan di dalam sebuah bilik dan dibiarkan sama ada secara individu atau dengan dua atau tiga individu lain yang tidak dikenali untuk melengkapkan satu kaji selidik sementara menunggu ahli eksperimen untuk balik semula. Semasa mereka sedang melengkapkan kaji selidik, asap telah dipamkan ke dalam bilik tersebut untuk mensimulasikan satu keadaan simulasi. Apabila pelajar berkerja secara bersendirian, mereka perasan akan kehadiran asap tersebut dalam masa lima saat. Walau bagaimanapun, pelajar yang berkerja secara berkumpulan mengambil masa yang lebih lama iaitu sehingga 20 saat untuk perasan kehadiran asap. Latané dan Darley mendakwa bahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan norma sosial di mana apa yang merupakan etika sopan dalam kalangan awam. Di dalam budaya Barat, ia merupakan tindakan yang tidak sopan untuk leka memandang sekeliling. Ini mungkin menunjukkan seseorang itu tidak sopan dan penyibuk. Akibatnya, seseorang pemerhati itu berkemungkinan lebih besar untuk menumpukan perhatian terhadap diri mereka apabila dikelilingi kumpulan yang besar, berbanding dengan berseorangan. Golongan individu yang berseorangan adalah besar kemungkinan lebih sedar akan keadaan sekeliling dan oleh itu akan lebih perasan akan seseorang yang memerlukan bantuan.
 
''Mentafsir'': Setelah sesuatu keadaan itu dikenal pasti ''(mendapati)'', untuk seseorang pemerhati campur tangan, mereka mesti mentafsir satu kejadian itu sebagai kes kecemasan. Menurut prinsip pengaruh sosial, para pemerhati mengawasi reaksi orang lain dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada orang lain juga berfikir ia adalah satu kemestian untuk campur tangan. Sekiranya orang lain didapati tidak bertindak balas terhadap sesuatu situasi, maka si pemerhati akan mentafsir situasi tersebut sebagai situasi bukan kecemasan dan tidak akan mencampur tangan. Ini merupakan contoh fenomena psikologikal, bukti sosial. Merujuk kepada eksperimen asap, walaupun pelajar yang berada di dalam kumpulan dengan jelasnya mendapati bahawa asap tebal yang terhasil mengganggu penglihatan mereka atau menyebabkan mereka batuk, mereka lebih kemungkinan untuk tidak melaporkannya. Hanya seorang pelajar yang berada dalam kumpulan yang melaporkan asap tersebut dalam tempoh empat minit dan pada akhir eksperimen, tiada sesiapa pun daripada lima per lapan kumpulan melaporkan kehadiran asap tersebut. Di dalam kumpulan yang tidak melaporkan kejadian asap itu, tafsiran punca dan kemungkinan ianya adalah berbahaya juga adalah lebih kurang serius, dengan tiada sesiapa yang mencadangkan api sebagai punca kemungkinan, akan tetapi sesetengahnya memilih penjelasan yang kurang berbahaya seperti penghawa dingin yang bocor. Sama juga, tafsiran konteks memainkan peranan yang penting dalam reaksi manusia terhadap seorang lelaki dan perempuan yang bergaduh di atas jalanan. Apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak mengenali kamu," golongan pemerhati yang campur tangan pada masa itu adalah sebanyak 65 peratus. Akan tetapi, hanya 19 peratus sahaja yang campur tangan apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak tahu kenapa saya mengahwini kamu."
''Mentafsir'':Setelah sesuatu keadaan itu dikenal pasti ''(mendapati)'', untuk seseorang pemerhati campur tangan, mereka mesti mentafsir satu kejadian itu sebagai kes kecemasan. Menurut prinsip pengaruh sosial, para pemerhati mengawasi reaksi orang lain dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada orang lain juga berfikir ia adalah satu kemestian untuk campur tangan.
 
Eksperimen kesan pemerhati biasanya dilaksanakan dalam keadaan yang tidak berbahaya dan tidak ganas. Satu kajian (2006) menguji kesan pemerhati dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada mereka akan mendapat keputusan yang sama daripada kajian lain yang menguji situasi bukan kecemasan. Dalam situasi dengan potensi bahaya yang rendah, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh seseorang itu berbanding mereka yang berada dengan orang lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, para peserta eksperimen yang berdepan dengan situasi kecemasan secara berseorangan atau dengan orang lain adalah lebih berkemungkinan untuk menolong si mangsa. Ini mencadangkan bahawa dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, seseorang itu akan mentafsir seseorang yang memerlukan pertolongan sememangnya memerlukan bantuan dan akan lebih kemungkinan untuk mencampur tangan.
==== Ketidakpastian dan akibat ====
 
''Tahap tanggungjawab'' yang dirasai: Latané dan Darley mengenal pasti tahap tanggungjawab yang dirasai seseorang pemerhati adalah bergantung kepada tiga perkara:
# Sama ada mereka merasai seseorang itu layak menerima bantuan
# Kemampuan pemerhati
# Hubungan antara si pemerhati dengan mangsa
''Bentuk bantuan'': Terdapat dua jenis kategori bantuan yang didefinisikan oleh Latané dan Darley:
# Campur tangan secara langsung: Membantu mangsa secara langsung
# Campur tangan yang berpusing: Melaporkan sesuatu kecemasan kepada pihak berkuasa (pihak polis, pihak bomba)
 
==== Ketidakpastian dan akibat ====
 
==== Pemahaman terhadap persekitaran ====
286

suntingan