Galilee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
===Zaman Khilafah Utmaniyyah===
[[File:Beirut Vilayet, Ottoman Empire (1900).svg|thumb|Wilayah [[Vilayet Beirut]] Uthmaniyyah, termasuk Galilee]]
Populasi Yahudi di Galilee meningkat dengan mendadak berikutan [[Dekri Alhambra|pengusiran mereka daripada Sepanyol]] dan kedatangan yang dialu-alukan oleh [[empayar Uthmaniyyah]]. Komuniti ini menjadikan [[Safed]] sebagai sebuah pusat menenun dan mengeluarkan pakaian antarabangsa, selain menjadi tapak utama bagi pembelajaran Yahudi.<ref name="jafi">{{cite web|url=http://www.jafi.org.il/education/noar/sites/tsfat.htm |title=The Jewish Agency for Israel |publisher=jafi.org.il|accessdate=2015-05-18}}</ref> Hari ini, Galilee masih menjadi salah sebuah daripada [[Empat Buah Kota Suci|empat kota suci]] Yahudi dan pusat [[kabbalah]].
 
Pada pertengahan kurun ke-18, Galilee telah tersepit ditengah-tengah pertikaian antara pemimpin Arab, [[Zahir al-Umar]] dengan pihak berkuasa Uthmaniyyah yang berpusat di [[Damsyik]]. Zahir memerintah Galilee selama 25 tahun sehingga seorang penyokong Uthmaniyyah, [[Jezzar Pasha]] berjaya menakluk wilayah ini pada tahun 1775.
 
Pada tahun 1831, Galilee yang mana merupakan sebahagian daripada [[Syria Uthmaniyyah]], bertukar tangan dari bawah kekuasaan Uthmaniyyah kepada [[Ibrahim Pasha dari Mesir]] sehingga tahun 1840. Semasa tempoh ini, polisi-polisi agresif sosial dan politik telah diperkenalkan, yang mana menyebabkan [[Pemberontakkan Arab di Palestin 1834|pemerontakkan Arab 1834]]. Semasa tempoh pemberontakkan ini, populasi komuniti Yahudi menurun dengan mendadak, ekoran kejadian [[Perompakan Safed]] oleh para pemberontak. Pemberontak Arab akhirnya berjaya mengalahkan tentera Mesir. Walaubagaimanapun pada tahun 1838, puak Druze di Galilee melakukan satu lagi [[Pemberontakkan Druze 1838|pemberontakkan]]. Pada tahun 1834 dan 1837, gempa bumi yang besar meranapkan hampir keseluruhan bandar dan mengorbankan ramai nyawa. Pada tahun 1866, hospital pertama Galilee, [[Hospital Nazareth]], telah dibina diketuai oleh pendakwah Amerika-Armenia Dr. [[Kaloost Vartan]], dibantu oleh pendakwah Jerman [[John Zeller]].
 
Pada awal kurun ke-20, Galilee kekal sebahagian daripada Syria Uthmaniyyah. Ia ditadbir sebagai wilayah paling selatan dalam Vilayet Beirut (diwujudkan pada tahun 1888).
 
===Pentadbiran British dan pemerintahan Israel===