F.C. Internazionale Milano: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Moratti_coppa_campioni_1964.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh INeverCry
Baris 68:
 
===Grande Inter===
 
[[File:Moratti coppa campioni 1964.jpg|thumb|Presiden Inter, [[Angelo Moratti]] meraikan kejayaan [[Piala Eropah 1963-64|Piala Eropah]] bersama-sama pemain Inter, 1964.]]
Pada tahun 1960, [[Helenio Herrera]] menjadi pengurus baru Inter dari [[FC Barcelona|Barcelona]]. Beliau membawa pemain tengah dari Barcelona, [[Luis Suárez (pemain bola sepak, lahir 1935)|Luis Suárez]], yang memenangi anugerah [[Pemain Terbaik Eropah]] pada tahun yang sama oleh kerana peranannya ketika di Barcelona. Herrera kemudian membing Inter sehingga menjadi salah satu kelab gergasi Eropah. Beliau mengubah suai taktik 5-3-2 yang dikenali sebagai "''Verrou''" ("pintu selak") termasuk fleksibiliti yang besar bagi melakukan serangan balas. Sistem ''[[catenaccio]]'' telah diperkenalkan oleh seorang jurulatih dari Austria, [[Karl Rappan]]. Sistem asal Rappan dilaksanakan dengan empat pemain pertahanan, bermain secara sistem orang-ke-orang dan menambah seorang playmaker di tengah padang yang memainkan bola bersama dua pemain sayap. Herrera hanya menambah seorang pemain di bahagian pertahanan dan meletak ''sweeper'' dan ''libero'' di belakang posisi bek tengah. Sweeper dan libero berperanan sebagai pemain bebas untuk berhubung dengan mana-mana penyerang pasukan melalui bek tengah. Inter menamatkan kempen Serie A di tempat ketiga pada musim pertama, kedua dan ketiga Herrera sebagai pengurus. Kemudian, Inter meraih kejayaan [[Liga Juara-Juara UEFA|Piala Eropah]] pada 1964 dan 1965 dan seterusnya Herrera diberi gelaran "''il Mago''" ("Wizard").