Harimau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k
Baris 1:
{{Kotak info taksonomi
| status = EN
| status_system = iucn3.1
| trend = down
| status_ref = <ref name="iucn">{{IUCN2008|assessors=Chundawat, R.S., Habib, B., Karanth, U., Kawanishi, K., Ahmad Khan, J., Lynam, T., Miquelle, D., Nyhus, P., Sunarto, Tilson, R. & Sonam Wang|year=2008|id=15955|title=Panthera tigris|downloaded=9 Oktober 2008}}</ref>
| image = Tigerramki.jpg
| image_caption = [[Harimau Benggala]] (''P. tigris tigris'') di [[Taman Negara Bandhavgarh]], India.
| image_width = 250px
| regnum = [[Animalia]]
| phylum = [[Chordata]]
| classis = [[Mamalia|Mammalia]]
| ordo = [[Carnivora]]
| familia = [[Felidae]]
| subfamilia = [[Pantherinae]]
| genus = ''[[Panthera]]''
| species = '''''P. tigris'''''
| binomial = ''Panthera tigris''
| binomial_authority = ([[Carl Linnaeus|Linnaeus]], 1758)
| synonyms =
'''''Felis tigris''''' [[Carl Linnaeus|Linnaeus]], 1758''.<ref name="Linn1758">{{cite book|last=Linnaeus|first=Carolus|authorlink=Carolus Linnaeus|title=Systema naturae per regna tria naturae:secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis.|publisher=Holmiae (Laurentii Salvii)|year=1758|page=41|url=http://www.biodiversitylibrary.org/page/726936|accessdate=8 September 2008|volume=1|edition=ke-10}}</ref>

'''''Tigris striatus''''' [[Nikolai Severtzov|Severtzov]], 1858

'''''Tigris regalis''''' [[John Edward Gray|Gray]], 1867
| range_map = Tiger_map.jpg
| range_map_width = 250px
| range_map_caption = Taburan harimau bersejarah (kuning tua) dan 2006 (hijau).<ref>{{cite web|url=http://www.savethetigerfund.org|title=Wild Tiger Conservation|publisher=Save The Tiger Fund|date=|accessdate=7 September 2009}}</ref>
| subdivision_ranks = [[Subspesies]]
| subdivision =
''[[Harimau Benggala|P. t. tigris]]''

''[[Harimau Indochina|P. t. corbetti]]''

''[[Harimau Malaya|P. t. jacksoni]]''

''[[Harimau Sumatera|P. t. sumatrae]]''

''[[Harimau Siberia|P. t. altaica]]''

''[[Harimau Cina Selatan|P. t. amoyensis]]''

†''[[Harimau Bali|P. t. balica]]''

†''[[Harimau Jawa|P. t. sondaica]]''

†''[[Harimau Kaspia|P. t. virgata]]''

'''Harimau''' (''Panthera tigris'') (juga dipanggil '''harimau belang''' atau '''pak belang''') merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "[[kucing besar]]" dalam [[genus]] ''[[Panthera]]'', dan anggota famili [[Felidae]].<ref name="britannica">{{cite web|url=http://www.britannica.com/eb/article-9072439/tiger|title=Encyclopaedia Britannica Online - Tiger (''Panthera tigris'')|dateformat=dmy|accessdate=25 September 2007}}</ref> Harimau yang berasal dari [[Asia]] timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan [[pemangsa]] dan [[maging]]. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang {{convert|3.3|m|ft|abbr=off}} dan berat 300 kilogram (660 paun).<ref name="Lynx">[http://lynx.uio.no/lynx/catsgportal/cat-website/20_cat-website/home/index_en.htm Cat Specialist Group].</ref><ref name="bbc">{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/nature/wildfacts/factfiles/19.shtml|title=BBC Wildfacts – Tiger|archiveurl=https://archive.is/gNfs|archivedate=2012-12-05}}</ref> Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan [[taiga]] Siberia, ke [[padang rumput]] terbuka, ke paya [[bakau]] tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan [[kepupusan|pupus]] dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai [[spesies terancam|terancam]]. Punca-punca utama harimau terancam ialah [[kemusnahan habitat|kemusnahan]] dan [[fragmentasi habitat]], dan juga [[pemburuan|kegiatan memburu]]. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas [[Mesopotamia]] dan [[Caucasus]] hingga [[Asia Selatan]] dan [[Asia Timur|Timur]], kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan

undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan [[kemurungan pembiakbakaan dalam]] tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis [[megafauna berkarisma]] yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam [[mitos]] dan [[budaya rakyat]], di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada [[bendera]] dan [[jata]] negara, sebagai [[maskot]] sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk [[Malaysia]].

==Taksonomi dan etimologi==
Pada 1758, [[Carl Linnaeus|Linnaeus]] pertama kalinya menggambarkan spesies ini dalam karyanya ''[[Systema Naturae]]'' di bawah [[nama saintifik]] ''Felis tigris''.<ref name="Linn1758">{{la icon}}Linnaeus, C. (1758) [http://www.archive.org/stream/carolilinnaeisys11linn#page/n96/mode/1up ''Felis tigris''] In: ''Caroli Linnæi Systema naturæ per regna tria naturæ, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis''. Tomus I. Halae Magdeburgicae. Page 41.</ref> Pada 1929, ahli taksonomi British [[Reginald Innes Pocock]] mengetepikan spesies ini di bawah genus ''[[Panthera]]'' di bawah nama saintifik ''Panthera tigris''.<ref name=pocock1939>Pocock, R.I. (1939) [http://www.archive.org/stream/PocockMammalia1/pocock1#page/n247/mode/2up ''Panthera tigris'']. In ''The Fauna of British India, Including Ceylon and Burma''. Mammalia: Volume 1. Taylor and Francis, Ltd., London. Muka surat 197–210.</ref>

Perkataan ''Panthera'' mungkin berasal usul [[Orient]] dan boleh dijejak semula ke perkataan [[bahasa Yunani Purba]] ''panther'', perkataan [[bahasa Latin]] ''panthera'', perkataan [[bahasa Perancis Kuno]] ''pantere'', mungkin sekali bermaksud "haiwan kekuningan", atau daripada ''pandarah'' bermaksud ''kuning keputihan''. Pemerolehan daripada ''pan-'' ("semua") [[bahasa Yunani]] dan ''ther'' ("binatang") mungkin merupakan [[etimologi rakyat]] yang membawa kepada dongeng aneh.<ref>{{cite web|author=Harper, D.|year=2001–2011|url=http://www.etymonline.com/index.php?term=panther|title=Panther|work=Online Etymology Dictionary|publisher=[[Douglas Harper]]|accessdate=24 Oktober 2011}}</ref>

Perkataan ''tigris'' boleh dijejak semula ke perkataan bahasa Latin ''tigris'' yang bermaksud ''anjing pemburu harimau berbintik dari Actaeon''.<ref>Lewis, C. T. (1890) [http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perseus:text:1999.04.0060:entry=tigris ''Tigris'']. ''An Elementary Latin Dictionary''. American Book Company, New York, Cincinnati, Chicago.</ref> Perkataan ''tigris'' bahasa Yunani mungkin diperoleh daripada sumber [[bahasa Parsi]].<ref>{{cite web|author=Harper, D.|year=2001–2011|url=http://www.etymonline.com/index.php?term=tiger|title=Tiger|work=Online Etymology Dictionary|publisher=Etymonline.com|accessdate=24 Oktober 2011}}</ref>

Perkataan "harimau" bahasa Melayu pula berpunca daripada "*qari-maquŋ" <ref>[http://www.trussel2.com/ACD/acd-s_q.htm#27633 Austronesian Comparative Dictionary - *qari-maquŋ]</ref> dalam bahasa Austronesia Purba. Perkataan "harimau" juga sepunca dengan bahasa lain seperti ''rimuëng'' [[bahasa Aceh]] dan ''maung'' [[bahasa Sunda]].

[[Fail:Tiger distribution3.PNG|thumb|Wilayah harimau pada 1900 dan 1990]]

==Habitat==
[[Fail:Tigerwater edit2.jpg|thumb|upright|Seekor harimau berenang di taman Six Flags Great Adventure di Jackson Township, [[New Jersey]].]]
[[Kawasan]] harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki [[penyamaran|perlindungan]] bagus, terletak berhampiran [[air]] dan terdapat banyak [[pemangsaan|mangsa]]. [[Harimau Benggala]] tinggal di semua jenis hutan, termasuk hutan basah, [[malar hijau]], separa-malar hijau [[Assam]] dan timur [[Benggala]]; hutan bakau Delta [[Ganges]]; [[hutan daun luruh]] [[Nepal]] dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing besar, cuma harimau dan [[jaguar]] yang pandai [[renang|berenang]]; harimau sering ditemui mandi dalam [[kolam]], [[tasik]] dan [[sungai]]. Berbeza dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara aktif. Semasa [[tengah hari|waktu panas]] hari, harimau sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau merupakan perenang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.

==Sifat fizikal dan evolusi==
Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu ''[[Panthera palaeosinensis]]'', yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman [[Pleistosen]], tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Fosil-fosil harimau sebenar terawal yang dikenal pasti dijumpai di Jawa, berusia antara 1.6 hingga 1.8 juta tahun. Fosil-fosil yang berbeza dari zaman awal dan pertengahan Pleistosen juga ditemui dalam mendapan tanah dari China dan Sumatera. Satu subspesies bernama '''[[harimau Trinil]]''' (''Panthera tigris trinilensis'') pernah hidup sekitar 1.2 juta tahun dahulu, dan fosil-fosilnya ditemui di [[Trinil]], [[Jawa]].<ref>Van den Hoek Ostende. 1999. Javan Tiger - Ruthlessly hunted down. [http://www.naturalis.nl/300pearls 300 Pearls - Museum highlights of natural diversity]. Dicapai pada 11 Ogos 2006.</ref>

Harimau mula menjejak kaki di India dan Asia Utara pada zaman akhir Pleistosen, mencapai [[Beringia]] (tetapi tidak benua Amerika), [[Jepun]], dan [[Sakhalin]]. Fosil-fosil yang ditemui di Jepun menandakan harimau-harimau tempatan dahulu kala, seperti subspesies yang masih wujud di kepulauan tersebut, adalah lebih kecil berbanding harimau di tanah besar. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa. Sehingga zaman [[Holosen]], harimau juga berhabitat di [[Borneo]] dan juga pulau [[Palawan]] di [[Filipina]].<ref> Piper et al. ''The first evidence for the past presence of the tiger Panthera tigris on the island of Palawan, Philippines: Extinction in an island population.'' Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology 264 (2008) 123–127</ref>

===Ciri-ciri fizikal===
[[Fail:Siberian Tiger sf.jpg|left|thumb|Harimau Siberia.]]
Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain [[singa]]). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana [[cap jari]] digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat [[penyamaran]] untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.
[[Fail:TigerSkelLyd1.png|thumb|right|Rangka harimau.]]
Harimau juga digeruni sebagai kucing yang paling berat di hutan belantara.<ref name="WWF">{{cite web|url=http://www.worldwildlife.org/tigers/ecology.m|title=WWF – Tigers – Ecology}}</ref> Harimau juga memiliki kaki dan bahu yang amat kuat, yang membolehkannya mengheret mangsa yang lebih berat daripada dirinya. Bagaimanapun, setiap subspesies berlainan saiznya dengan satu sama lain, apalagi lebih tinggi [[latitud]] habitatnya maka lebih besar subspesiesnya, selaras dengan [[hukum Bergmann]]. Maka, [[harimau Siberia]] (''Panthera tigris altaica'') jantan yang lebih besar boleh mencapai kepanjangan 3.5 m "ikut lengkung" (3.3 m. "ukuran lurus") dan berat 306 kilogram,<ref name="der-tiger">{{de icon}} Vratislav Mazak: ''Der Tiger''. Nachdruck der 3. Auflage von 1983. Westarp Wissenschaften Hohenwarsleben, 2004 ISBN 3 894327596</ref> iaitu lebih besar berbanding harimau-harimau yang tinggal di kepulauan seperti harimau Sumatera, iaitu subspesies hidup yang terkecil dengan berat badan setakat 75–140 kg sahaja.<ref name="der-tiger"/> Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies. Perbezaan saiz antara harimau jantan dan betina lebih ketara dalam subspesies yang lebih besar, iaitu berat harimau jantan bersamaan dengan 1.7 kali berat harimau betina.<ref>Matthiessen, Peter. 2000. Tigers in the Snow, m/s. 47. The Harvill Press, London.</ref> Selain itu, harimau jantan lebih luas tapak kaki depannya berbanding harimau betina. Perbezaan ini sering digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan jantina harimau apabila memerhati kesan tapak kakinya.<ref name="Tigersnow"/> Tengkorak harimau amat serupa dengan tengkorak singa, cuma bahagian hadapannya tidak begitu tertekan atau rata, dengan kawasan postorbital yang lebih panjang sedikit berbanding tengkorak singa yang lebih lebar lubang hidungnya. Namun begitu, disebabkan perbezaan tengkorak kedua-dua spesies tersebut tidak begitu ketara, spesies pemilik tengkorak biasanya hanya dapat ditentukan melalui struktur rahang bawahnya.<ref name="USSR">{{cite book|author=V.G. Heptner & A.A. Sludskii|title=Mammals of the Soviet Union, Volume II, Part 2|year=|pages=|isbn=9004088768}}</ref>

===Subspesies===
Terdapat enam sub-spesies harimau dalam genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

====Masih wujud====
* '''[[Harimau Siberia]]''' (''Panthera tigris altaica'') - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

* '''[[Harimau Cina Selatan]]''' (''Panthera tigris amoyensis'') - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat [[Republik Rakyat China]]. Harimau ini pernah digelar oleh [[Mao Zedong]] sebagai satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.

* '''[[Harimau Indochina]]''' (''Panthera tigris corbetti'') - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput [[Malaysia]], [[Kemboja]], [[Republik Rakyat China]], [[Laos]], [[Myanmar]], [[Thailand]], dan [[Vietnam]].

* '''[[Harimau Benggala]]''' (''Panthera tigris tigris'') - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput [[Bangladesh]], [[Bhutan]], [[Republik Rakyat China]], [[India]], dan [[Nepal]].

* '''[[Harimau Sumatra]]''' (''Panthera tigris sumatrae'') - yang tinggal hanya di kepulauan [[Sumatera]].

* '''[[Harimau Malaya]]''' (''Panthera tigris malayensis'') - yang terdapat di kawasan [[Semenanjung Malaysia]]. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

====Pupus====
* '''[[Harimau Bali]]''' (''Panthera tigris balica'') - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan [[kepulauan Bali]], [[Indonesia]].

* '''[[Harimau Jawa]]''' (''Panthera tigris sondaica'') - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan [[kepulauan Jawa]], Indonesia.

* '''[[Harimau Kaspia]]''' atau '''Harimau Parsi''' (''Panthera tigris virgata'') - yang telah pupus sekitar 1950-an. Harimau Kaspia ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput [[Afghanistan]], [[Iran]], [[Mongolia]], [[Turki]], dan kawasan Asia tengah [[Rusia]].

===Kacukan===
Pengacukan antara kucing-kucing besar, termasuk sekali harimau, mula-mula dikonsepkan pada abad ke-19, ketika pihak zoo berminat untuk mencari haiwan aneh untuk dipamerkan demi mengaut keuntungan.<ref name="hybridisation">{{cite web|url=http://www.lairweb.org.nz/tiger/hybridisation.html|title=History of big cat hybridisation|dateformat=dmy|accessdate=28 September 2007}}</ref> Adalah diketahui bahawa [[singa]] boleh membiak bersama harimau (terutamanya subspesies [[Harimau Siberia|Amur]] dan [[Harimau Benggala|Benggala]]) untuk melahirkan [[kacukan]] yang bergelar [[liger]] dan [[tiglon]] (atau tigon).<ref>{{cite book|last=Guggisberg|first=C. A. W.|title=Wild Cats of the World|year=1975|publisher=Taplinger Publishing|location=New York|isbn=0-8008-8324-1}}</ref> Kacukan sebegini pernah sering dibakakan dalam zoo, tetapi kini tidak digalakkan kerana penekanan diberi kepada pemuliharaan spesies dan subspesies. Sungguhpun begitu, kacukan sedemikian masih dibakakan dalam taman haiwan persendirian di [[China]].

[[Fail:Coat of arms of Malaysia.png|200px|left|thumb|Harimau pada lambang negara [[Malaysia]]]]
Liger ialah hasil kacukan singa jantan dengan harimau betina ({{lang-en|''''li'''on'' + ''ti'''ger'''''}}).<ref name="liger">{{cite book|last=Markel|first=Scott|coauthors=Darryl León|year=2003|title=Sequence Analysis in a Nutshell: a guide to common tools and databases|publisher=O'Reily|location=Sebastopol, California|isbn=0-596-00494-X}}</ref> Disebabkan singa jantan menurunkan gen penggalak pertumbuhan tanpa dipadani oleh gen pembantut pertumbuhan dari harimau betina, maka liger membesar lebih cepat berbanding kedua-dua induknya, selain mencampuri sifat-sifat fizikal dan tabii dari kedua-dua spesies induknya (bintik dan belang kelihatan pada latar perang muda). Liger yang jantan adalah mandul, tetapi yang betina pula biasanya subur. Liger jantan cuma ada 50% peluang bersurai, jika ya pun, surainya cuma separuh tebalnya berbanding singa sejati. Liger biasanya berukuran antara 10 hingga 12 kaki panjangnya, dan juga boleh mencapai berat antara 800 dan 1,000 paun atau lebih lagi.<ref name=liger/>

Lebih jarang ditemui pula ialah tigon, yang merupakan kacukan antara harimau jantan dan singa betina ({{lang-en|'''''tig'''er'' + ''li'''on'''''}}).<ref>{{cite web|url=http://www.britannica.com/eb/article-9001344/tigon|title=tigon - Encyclopædia Britannica Article|dateformat=dmy|accessdate=12 September 2007}}</ref>

===Variasi warna===

====Harimau putih====
[[Fail:Singapore Zoo Tigers.jpg|thumb|right|Sepasang harimau putih di [[Taman Haiwan Singapura]].]]
DHasil daripada mutasi, wujudnya [[harimau putih]] atau ''chinchilla albinistic''<ref name="nz">{{cite web|url=http://www.lairweb.org.nz/tiger/white.html|title=White tigers|dateformat=dmy|accessdate=25 September 2007}}</ref> yang jarang ditemui di alam liar, tetapi banyak terdapat dalam zoo. Cubaan membiak baka harimau putih sering mengakibatkan [[pembiakbakaan dalam]] (kerana ciri ini adalah [[resesif]]). Banyak inisiatif telah diambil untuk mengawankan harimau putih bersama harimau jingga untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk mencampurkan subspesies. Pembiakbakaan dalaman sebegini boleh menyebabkan harimau putih mengalami kecacatan fizikal seperti lelangit rekah dan [[skoliosis]] (kelengkungan tulang belakang).<ref name="unusual1">[http://www.lairweb.org.nz/tiger/white.html The white tiger today and the unusual white lion]</ref><ref>[http://www.bigcatrescue.org/cats/wild/white_tigers.htm White Tigers]</ref> Lebih-lebih lagi, harimau putih cenderung bermata juling (iaitu [[strabismus]]). Walaupun kelihatan sihat, hayat harimau putih selalunya tidak sepanjang harimau jingga. Catatan mengenai harimau putih mula-mula dirakamkan pada awal abad ke-19.<ref>{{cite web|url=http://www.indiantiger.org/white-tigers/white-tiger-facts.html|title=White Tiger Facts|dateformat=dmy|accessdate=26 September 2007}}</ref> Harimau putih hanya lahir kepada kedua-dua induk yang membawa gen jarang yang ditemui dalam harimau putih; dihitungkan hanya satu daripada 10,000 kelahiran yang berjaya mewarisi gen ini. Harimau putih ini bukan subspesies yang berasingan, cuma sekadar kelainan warna; memandangkan subspesies Benggala sahajalah yang diperhatikan adanya harimau putih di kalangannya dalam alam liar<ref>[http://bigcathaven.org/cats/wild/white_tigers_genetics.htm White Tigers]</ref> (di samping semua harimau putih dalam kurungan sekurang-kurangnya berkacukan Benggala), maka adalah sangkaan ramai bahawa gen resesif inilah yang menyebabkan pemutihan ini hanya dibawa oleh harimau Benggala, itupun tidak diketahui sebab-sebabnya.<ref name="unusual1"/><ref>[http://www.bigcatrescue.org/cats/wild/snowtigers.htm Snow Tigers]</ref>

====Harimau belang emas====
[[Fail:Golden tiger 1 - Buffalo Zoo.jpg|thumb|left|180px|Seekor harimau belang emas/strawberi di Zoo Buffalo.]]
Selain harimau putih, wujudnya satu lagi jenis gen resesif yang boleh menzahirkan kelainan warna "belang emas" (''golden tabby'') atau "strawberi" yang luar biasa sekali. Dari segi warna, harimau belang emas berbulu emas muda, berkaki pucat dan berbelang jingga pudar. Bulunya juga lebih tebal dari biasa.<ref>{{cite web|url=http://www.lairweb.org.nz/tiger/tabby.html|title=Golden tabby Bengal tigers|publisher=Lairweb.org.nz|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref> Dalam kurungan cuma ada 30 ekor harimau ini. Seperti harimau putih juga, harimau strawberi ini sekurang-kurangnya berkacukan Benggala. Sesetengah harimau belang emas, iaitu [[harimau heterozigot]], membawa gen harimau putih, dan apabila dua ekor harimau sebegini mengawan, maka boleh terlahirnya anak harimau putih tanpa belang. Kedua-dua harimau putih dan belang emas selalunya lebih besar berbanding harimau Benggala yang biasa.

==Biologi dan tabiat==

===Kewilayahan===
Pada pokoknya, harimau merupakan haiwan yang berkelakuan bersendirian dan kewilayahan. Saiz liputan tempat tinggal harimau banyak bergantung pada kecukupan mangsa dan peluang mengawan. Seekor harimau betina boleh menguasai wilayah seluas 20 [[kilometer persegi]], manakala harimau jantan pula lebih luas wilayahnnya, iaitu sekitar 60–100 km2. Liputan wilayah seekor harimau jantan sering bertindan dengan beberapa wilayah harimau betina.

[[Fail:Sumatraanse Tijger.jpg|thumb|right|Kebanyakan harimau gemar bersendirian.]]
Hubungan antara harimau individu agak kompleks, kerana nampaknya harimau tidak mengikuti apa-apa "ketetapan" berkenaan hak kewilayahan dan pencerobohan wilayah. Contohnya, walaupun sering mengelakkan diri dari satu sama lain, namun pernah dirakamkan juga harimau jantan mahupun betina berkongsi habuan buruannya. Misalnya, George Schaller memerhati seekor harimau jantan berkongsi habuan dengan dua ekor harimau betina dan empat ekor anak harimau. Harimau betina biasanya keberatan untuk membenarkan harimau jantan mendekati anak-anaknya, tetapi Schaller memerhati harimau betina tersebut tidak berbuat apa-apa untuk melindungi anak-anaknya dari harimau jantan, jadi mungkin sekali harimau jantan itu merupakan bapa kepada anak-anak harimau itu. Harimau jantan membenarkan harimau betina dan anak-anaknya memakan habuan dahulu. Lebih-lebih lagi, harimau kelihatan agak berbaik-baik berkongsi habuan, berbanding dengan singa yang cenderung berkelahi dan berbalah. Pernah diperhatikan juga harimau bukan saudara memakan mangsa bersama-sama. Rangkap berikut dipetik dari buku Stephen Mills yang berjudul ''Tiger'', yang mana beliau mengisahkan peristiwa yang disaksikan oleh Valmik Thapar dan Fateh Singh Rathore di Ranthambhore:<ref>Mills, Stephen. (2004). Tiger. m/s. 89. BBC Books, London</ref>

Seekor harimau betina dominan yang bergelar Padmini membunuh seekor ''nilgai'' (sejenis antelop besar) jantan seberat 250 kg (550-lb). Mereka menemui Padmini bersama habuannya dan anak-anaknya yang berusia 14 bulan, sebaik sahaja selepas waktu subuh lalu memerhatinya tanpa henti selama sepuluh jam. Sepanjang berjam-jam ini, keluarga Padmini disertai oleh dua harimau betina dan seekor harimau jantan, ketiga-tiganya juga kelahiran seperanak Padmini yang dahulu; ditambah oleh dua harimau bukan saudara, iaitu seekor betina dan seekor lagi tidak pasti jantinanya. Pada pukul tiga, terdapat sembilan ekor harimau di sekeliling habuan itu.

Harimau betina muda cenderung mengasaskan wilayah pertamanya berhampiran dengan kawasan induknya. Lama-kelamaan pertindanan wilayah harimau betina muda itu dengan ibunya semakin berkurangan. Harimau jantan pula lebih berjauhan dari induk berbanding harimau betina, iaitu keluar pada usia yang agak muda untuk menandakan kawasan sendiri. Seekor harimau jantan muda memperoleh wilayahnya sama ada dengan mencari liputan yang tiada harimau jantan yang lain, atau tinggal dalam wilayah harimau jantan lain buat seketika, sehingga usianya dan kekuatannya mencukupi untuk mencabar tuan rumahnya. Kadar kematian tertinggi (30-35% setahun) di kalangan harimau jantan berlaku di kalangan harimau jantan muda yang baru meninggalkan kawasan induknya untuk mencari wilayah sendiri.<ref name="Mills, Stephen. pg. 86">Mills, Stephen. m/s. 86</ref>

Harimau jantan lebih tidak tahan dengan kehadiran jantan yang lain dalam wilayahnya berbanding harimau betina terhadap betina yang lain. Walaupun begitu, perbalahan wilayah selalunya dileraikan dengan sekadar menakut-nakutkan satu sama lain daripada tindakan agresif terang-terangan. Beginilah yang diperhati dalam peristiwa-peristiwa sedemikan, yang mana harimau menandakan penyerahan kalah dengan bergolek pada belakangnya sambil mendedahkan dadanya secara postur menyerah.<ref>Thapar, Valmik. (1989). Tiger: Portrait of a Predator. m/s. 88. Smithmark Pub, New York</ref> Selepas itu, harimau jantan yang dominan boleh bertoleransi dengan peserahnya dalam liputannya, asalkan tidak terlalu berhampiran sesama sendiri.<ref name="Mills, Stephen. pg. 86"/> Perbalahan yang ganas sekali boleh tercetus antara dua ekor harimau jantan apabila seekor harimau betina sedang mengalami [[kitaran estrus|estrus]], hingga boleh berakhir dengan kematian sebelah pihak, inipun jarang berlaku.<ref name="Mills, Stephen. pg. 86"/><ref>Thapar, Valmik. m/s. 88</ref>

Untuk menandakan wilayahnya, harimau jantan membuang air pada pokok, di samping meninggalkan jejak dengan [[tinja]]nya. Harimau jantan mengerut mukanya apabila mengesan kesuburan seekor harimau betina dengan menghidu air kencing harimau betina.

Pelbagai teknik telah digunakan untuk mengkaji harimau di alam liar. Pada awalnya, bilangan harimau dianggarkan dengan mengisi kesan jejak kakinya dengan acuan lepa, sehingga kaedah ini didapati kurang berkesan<ref>Karanth, K.U., Nichols, J.D., Seidensticker, J., Dinerstein, E., Smith, J.L.D., McDougal, C., Johnsingh, A.J.T., Chundawat, R.S. (2003) Science deficiency in conservation practice: the monitoring of tiger populations in India. Animal Conservation (61): 141-146 [http://hdl.handle.net/10088/338 Teks penuh]</ref> lalu diganti oleh cubaan kaedah menggunakan rakaman kamera. Teknik-teknik terkini yang menggunakan [[DNA]] yang dipetik pada tinjanya juga dinilai. Kaedah relang leber radio juga diterima secara meluas untuk menjejaki harimau liar untuk tujuan penyelidikan.

===Pemburuan dan pemakanan===
[[Fail:037tiger.jpg|thumb|LoL hi
ffAKegigian harimau (atas), dibandingkan dengan kegigian [[beruang hitam Asia]] (bawah). Gigi taring besar digunakan untuk melakukan gigitan pembunuh, tetapi karnasial gigi pula digunakan untuk mengoyak daging ketika makan.

Di alam liar, harimau biasanya memakan haiwan bersaiz besar atau sederhana. [[Rusa sambar|Sambar]], [[seladang]], [[chital|rusa bintik]], [[babi hutan]], [[nilgai]] dan [[kerbau]] merupakan mangsa kegemaran harimau di [[India]]. Adakalanya, harimau juga memburu [[harimau bintang]], [[ular sawa]], [[beruang sloth]] dan [[buaya]]. Di Siberia, spesies mangsa utamanya ialah [[wapiti Manchuria]], babi hutan, [[rusa sika]], ''[[moose]]'', [[Kijang Siberia|kijang]], dan [[rusa kesturi]]. Di Sumatera pula, sambar, [[kijang]], babi hutan, dan [[Tenuk Malaysia|tenuk]] dimangsakan pula. Seperti haiwan pemangsa yang lain, harimau mencuri peluang memakan mangsa yang lebih kecil seperti [[monyet]], [[burung merak]], [[Lepus|kelinci]], dan [[ikan]].

[[Gajah]] dewasa sememangnya terlalu besar untuk dijadikan mangsa utama harimau, tetapi selalunya terjadi perbalahan antara harimau dan gajah. Pernah diperhatikan juga seekor harimau membunuh seekor [[Badak Sumbu India]].<ref name="Haemig">{{cite web|url=http://www.ecology.info/tiger-leopard.htm|title=Sympatric Tiger and Leopard: How two big cats coexist in the same area}} Ecology.info</ref> Adakalanya anak gajah dan anak badak dijadikan mangsa harimau, begitu juga dengan haiwan jinak seperti anjing, lembu, kuda dan keldai.<ref name="Perry" />

Harimau yang berusia lanjut atau tercedera, hingga tidak mampu mengejar mangsa semula jadinya, boleh bertukar menjadi pemakan manusia, terutamanya di seluruh India. Di kawasan [[Sundarban]] pula, adanya juga harimau sihat yang mengejar nelayan dan penduduk kampung yang mencari hasil hutan, menjadikan manusia sebagai sebahagian kecil dalam pemakanan harimau.<ref name=lairweb/> Sekali-sekala harimau memakan tumbuh-tumbuhan untuk memperoleh [[serabut diet]], terutamanya sekali buah ''[[Careya arborea]]''.<ref name="Perry" />

[[Fail:Tigergebiss.jpg|thumb|left|Keunggulan harimau sebagai pemangsa hebat terletak pada rahangnya yang amat kuat serta giginya yang tajam sekali.]]
Harimau biasanya berburu pada waktu malam<ref name="animaldiversity1">ADW:Panthera tigris: Information, http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Panthera_tigris.html</ref>, secara bersendirian dan menyerang hendap mangsa seperti jenis-jenis kucing yang lain, mengatasi mangsa dari mana-mana sudut, menggunakan kebesaran dan kekuatannya untuk menjatuhkan mangsa yang besar. Walau begitu berat sekalipun, harimau boleh berlari sepantas 49-65 [[kilometer sejam]] (35-40 [[batu sejam]]), tetapi hanya boleh memecut untuk masa yang singkat kerana stamina yang terhad. Oleh itu, harimau mesti cukup dekat dengan mangsa sebelum menyerang. Harimau begitu hebat lompatannya, iaitu dilaporkan melompat secara mengufuk melebihi 10 meter, tetapi biasanya banyak melompat sepanjang separuh jarak tersebut. Sungguhpun demikian, hanya satu daripada dua puluh buruan berjaya memperoleh habuan.<ref name="animaldiversity1"/>

Ketika memburu mangsa yang lebih besar, harimau lebih gemar menahan mangsa pada tanah dengan kaki hadapannya, sambil menggonggong kerongkong mangsa sehingga mati.<ref>Schaller. G ''The Deer and the Tiger: A Study of Wildlife in India'' 1984, University Of Chicago Press</ref> Dengan cara inilah, seladang dan kerbau seberat satu tan pun boleh tewas kepada harimau yang hanya seberat satu perenam berat mangsanya.<ref>{{Harvnb|Sankhala|1997|p=17}}</ref> Bagi mangsa yang lebih kecil, harimau menggigit [[tengkuk]]nya hingga terpatah [[saraf tunjang]]nya, menusuk [[trakea vertebrat|salur udaranya]], atau memutuskan [[urat jugulum]] atau [[arteri karotid am]]nya.<ref>{{Harvnb|Sankhala|1997|p=23}}</ref> Walaupun jarang diperhatikan, ada sebilangan harimau yang dicatatkan memukul mangsa hingga mati dengan tapak kakinya yang cukup kuat untuk menghancurkan tengkorak lembu ternakan,<ref name="Perry" /> mahupun mematahkan tulang belakang beruang sloth.<ref name="DHOLE" />

Pada 1980-an, seekor harimau bernama "Genghis" di [[Taman Negara Ranthambhore]] diperhatikan sering memburu mangsa melalui air tasik yang dalam,<ref name="publishers1992">Thapar, Valmik. (1992). The Tiger's Destiny. Kyle Cathie Ltd: Publishers, London</ref> iaitu corak kelakuan yang tidak pernah disaksikan sepanjang dua abad lebih pemerhatian harimau. Lebih-lebih lagi, Genghis menunjukkan prestasi cemerlang sebagai seekor harimau kerana sebanyak 20% buruan berjaya dibunuhnya.

===Pembiakan===
[[Fail:Tigeress with cubs in Kanha Tiger reserve.jpg|thumb|right|Seekor harimau betina bersama anak-anaknya di Taman Simpanan Harimau Kanha, India.]]
Harimau boleh mengawan bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi bulan November hingga April menjadi pilihan kebanyakan haiwan ini.<ref name="university1999">Nowak, Ronald M. (1999). Walker's Mammals of the World. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-5789-9</ref> Seekor harimau betina hanya membuka dirinya kepada pasangan selama beberapa hari, dan ketika inilah [[pengawanan]] kerap berlaku. Sepasangan harimau bersanggama dengan kerap dan bisingnya, seperti jenis kucing yang lain. Tempoh kebuntingan harimau adalah selama 16 minggu, kemudian menghasilkan seperinduk tiga atau empat anak harimau yang beratnya {{convert|1|kg|lb}} seekor dan lahir dalam keadaan buta dan lemah. Ibu harimau bersendirian melindungi anaknya dengan melindunginya jerumun seperti belukar dan rekahan batu. Bapa harimau pula biasanya tidak berbuat apa-apa pun untuk menjaga anak-anaknya. Harimau jantan yang tiada pertalian saudara juga boleh membunuh anak harimau semata-mata untuk membukakan hati harimau betina, kerana harimau betina boleh beranak lagi dalam masa 5 bulan sekiranya kehilangan anak-anak yang sebelumnya.<ref name="university1999"/> Kadar kematian anak harimau agak tinggi, iaitu kira-kira separuh darinya tidak sempat mencecah usia dua tahun.<ref name="university1999"/>

Dalam setiap seperinduk wujudnya seekor anak harimau dominan, biasanya jantan.<ref name="publishers1992"/> Anak ini biasanya menguasai adik-beradiknya ketika bermain dan selalunya lebih cukup aktif sehingga boleh meninggalkan induknya lebih awal dari biasa. Pada usia lapan minggu, anak-anak harimau sedia mengikuti induknya keluar dari jerumun, tetapi tidak bersiar-siar bersama induknya yang merayau-rayau di wilayahnya sehingga usianya cukup matang. Anak harimau mula berdikari pada usia sekitar 18 bulan, tetapi ketika mencecah usia 2–2½ tahun barulah boleh menjauhi ibunya. Harimau betina mencapai kematangan seks pada usia 3–4 tahun, manakala yang jantan pula 4–5 tahun.<ref name="university1999"/>

Sepanjang hayatnya, seekor harimau betina melahirkan bilangan anak jantan dan betina yang lebih kurang sama rata. Harimau juga membiak dengan sihat dalam kurungan, hinggakan bilangan harimau dalam kurungan di Amerika Syarikat mampu mengatasi bilangan harimau liar sedunia.<ref name="zoogoer">{{cite web|url=http://nationalzoo.si.edu/Publications/ZooGoer/1998/2/tigerfacts.cfm|title=Zoogoer - Tiger, ''Panthera tigris''|dateformat=dmy|accessdate=5 Oktober 2007}}</ref>

===Hubungan dengan pemangsa lain===
Harimau belang sekali-sekala boleh membunuh pemangsa yang cukup menggerunkan seperti [[harimau bintang]], [[ular sawa]] dan [[buaya]],<ref>{{cite web|url=http://www.bangalinet.com/tiger1.htm|title=Tiger –|publisher=Bangalinet.com|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.oaklandzoo.org/meet_the_animals/tiger|title=Tiger – Oakland Zoo|publisher=Oaklandzoo.org|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref><ref>Sunquist, Fiona & Mel Sunquist. 1988. Tiger Moon. The University of Chicago Press, Chicago.</ref> walaupun haiwan pemangsa biasanya menjauhi satu sama lain. Apabila ditangkap oleh buaya, harimau boleh menyerang mata buaya dengan tapak kakinya.<ref name="Perry">{{cite book|author=Perry, Richard|title=The World of the Tiger|year=1965|pages=260|id=ASIN: B0007DU2IU}}</ref> Harimau bintang mengelak persaingan harimau belang dengan memburu mangsa yang berlainan pada waktu yang berlainan.<ref name="Haemig"/> Disebabkan begitu banyak mangsanya, harimau belang dan harimau bintang kelihatan tidak sukar hidup bersama tanpa terjejas oleh persaingan atau hierarki kedominanan antara spesies yang lebih kerap ditemui di kawasan savana.<ref>{{cite journal|last=Karanth|first=K. Ullas|coauthors=Sunquist, Melvin E.|year=2000|title=Behavioural correlates of predation by tiger (''Panthera tigris''), leopard (''Panthera pardus'') and dhole (''Cuon alpinus'') in Nagarahole, India|journal=Journal of Zoology|volume=250|pages=255–265|url=http://journals.cambridge.org/action/displayAbstract?fromPage=online&aid=40765|accessdate=5 Jun 2008|doi=10.1111/j.1469-7998.2000.tb01076.x}}</ref> Diketahui juga bahawa harimau boleh menindas [[serigala]] di kawasan-kawasan yang diduduki bersama oleh kedua-dua spesies.<ref name="IUCN-Reuters">{{cite web|url=http://www.iucn.org/reuters/2000/eeurope.html|title=The IUCN-Reuters Media Awards 2000|publisher=[[World Conservation Union|IUCN]]|accessdate=17 Ogos 2007}}</ref><ref name="savethetiger">{{cite web|url=http://www.savethetigerfund.org/Content/NavigationMenu2/Community/GeneralPublic/TigerSubspecies/AmurSiberianTigers/default.htm|title=Amur Tiger|publisher=Save The Tiger Fund|accessdate=17 Ogos 2007}}</ref> Diperhatikan juga gerombolan [[anjing hutan]] bermati-matian menyerang lalu membunuh harimau kerana merebut makanan.<ref name="DHOLE">{{cite book|author=Mills, Stephen|title=Tiger|year=2004|pages=168|isbn=1552979490|publisher=Firefly Books|location=Richmond Hill., Ont.}}</ref> [[Harimau Siberia]] dan [[beruang perang]] boleh bersaing sesama sendiri dan selalunya mengelak daripada bertembung; namun demikian, harimau boleh membunuh anak beruang dan adakalanya beruang dewasa juga. [[Beruang hitam Asia]] dan beruang perang merupakan 5-8% makanan harimau di [[Timur Jauh Rusia]].<ref name="der-tiger"/> Juga dicatatkan pula beruang perang membunuh harimau sama ada untuk mempertahankan diri mahupun merebut makanan.<ref name="USSR">{{cite book|author=V.G. Heptner & A.A. Sludskii|title=Mammals of the Soviet Union, Volume II, Part 2|year=1992|pages=|isbn=9004088768|publisher=Brill|location=Leiden u.a.}}</ref> Sebilangan beruang yang bangun dari hibernasi boleh cuba mencuri habuan harimau, namun adakalanya harimau sedia melindungi makanannya. [[Beruang sloth]] agak agresif dan adakalanya mengusir harimau muda agar menjauhi makanannya, walaupun adalah lebih kerap bagi harimau Benggala menjadikan beruang sloth sebagai mangsa.<ref name="der-tiger">Vratislav Mazak: ''Der Tiger''. Nachdruck der 3. Auflage von 1983. Westarp Wissenschaften Hohenwarsleben, 2004 ISBN 3 894327596</ref>

==Hubungan dengan manusia==

===Mangsa manusia===
[[Fail:ElephantbackTigerHunt.jpg|thumb|right|Lukisan kegiatan memburu harimau sambil menunggang gajah, India, awal abad ke-19.]]
Harimau merupakan antara haiwan buruan yang utama [[Asia]], diburu secara besar-besaran dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20 di kawasan India, sebagai kegiatan sukan yang digemari oleh penjajah British dan juga golongan maharaja dan bangsawan yang memerintah negeri-negeri kecil yang wujud sebelum kemerdekaan India. Kegiatan memburu harimau dilakukan oleh pemburu bersenjata yang berjalan kaki atau menunggang gajah, ataupun dengan menyediakan perangkap yang diisi umpan kambing atau kerbau.<ref name="Tiger-hunting">vide ''Royal Tiger'' (nom-de-plume) in ''The Manpoora Tiger - about a Tiger Hunt in Rajpootanah''. (1836) ''Bengal Sporting Magazine, Vol IV. reproduced in ''The Treasures of Indian Wildlife''</ref> Sekali-sekala, penduduk kampung memalun gendang secara berkumpulan untuk mengumpan harimau ke akhir riwayatnya. Terdapat panduan terperinci untuk menguliti harimau, di samping dibantu oleh ahli taksidermi yang berkepakaran menyediakan kulit harimau.

===Pemakan manusia===
Walaupun jarang memakan manusia, namun harimau telah membunuh lebih ramai orang berbanding mana-mana kucing, khususnya di kawasan-kawasan di mana pertumbuhan kependudukan manusia, kegiatan pembalakan, dan pertanian telah menjejaskan habitat harimau. Kebanyakan harimau pemakan manusia lanjut usia dan kehilangan gigi, dan beralih ke daging manusia kerana tidak mampu menawan jenis mangsa yang lebih digemari.<ref name=lairweb>{{cite web|url=http://www.lairweb.org.nz/tiger/maneating.html|title=Man-eaters. The tiger and lion, attacks on humans|publisher=Lairweb.org.nz|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref> Hampir kesemua harimau yang dikenal pasti sebagai pemakan manusia ditangkap, ditembak, atau diracuni begitu sahaja. Harimau yang tegar memakan manusia sebenarnya jarang mencerobohi kawasan penempatan manusia, sebaliknya berdiam di pinggiran kampung sahaja.<ref name=lairweb/> Apapun, harimau juga boleh menyerang dalam kampung.<ref>{{cite web|url=http://www.indianexpress.com/news/increasing-tiger-attacks-trigger-panic-around-tadobaandhari-reserve/229533/|title=Increasing tiger attacks trigger panic around Tadoba-Andhari reserve|publisher=Indianexpress.com|date=18 Oktober 2007|accessdate=7 Mac 2009}}</ref> Harimau pemakan manusia menjadi satu masalah di India dan Bangladesh, khususnya di [[Bahagian Kumaon|Kumaon]], [[bahagian Garhwal|Garhwal]] dan paya bakau [[Sundarban]] di [[Benggala]], di mana diketahuinya beberapa ekor harimau yang sihat yang memburu manusia. Berikutan kemusnahan habitat secara mendadak dan perubahan iklim, maka banyaklah lagi serangan harimau terhadap manusia di kawasan Sundarban.<ref>{{cite web|url=http://www.enn.com/wildlife/article/38442|title=Climate change linked to Indian tiger attacks|dateformat=dmy|accessdate=27 Oktober 2008}}</ref>

===Perubatan tradisional Asia===
Ramai penduduk negara China percaya bahawa sesetengah anggota badan harimau menyimpan sifat perubatan, seperti pengubat kesakitan dan [[afrodisiak]].<ref>{{cite news|last=Harding|first=Andrew|url=http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/from_our_own_correspondent/5371500.stm|title=Programmes | From Our Own Correspondent | Beijing's penis emporium|publisher=BBC News|date=23 September 2006|accessdate=7 Mac 2009}}</ref> Namun, tiadanya bukti saintifik yang menyokong dakwaan-dakwaan tersebut. Penggunaan anggota badan harimau dalam penghasilan perubatan farmasi di China sudahpun diharamkan, manakala pihak kerajaannya telah menetapkan kesalahan undang-undang berkenaan pemburuan harimau yang boleh dikenakan hukuman mati. Lebih-lebih lagi, segala kegiatan perdagangan anggota badan harimau adalah haram di sisi [[CITES|Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar Antarabangsa]] sementara China telah mengharamkan perdagangan bahan-bahan sedemikian sejak tahun 1993. Sungguhpun begitu, masih terdapat sebilangan ladang harimau di negara itu yang dikhususkan menternak harimau untuk tujuan keuntungan. Dianggarkan bahawa antara 4,000 dan 5,000 ekor haiwan yang separa jinak tinggal dalam ladang-ladang sedemikian hari ini.<ref>{{cite web|url=http://www.wwf.org.uk/news/n_0000003865.asp|title=Chinese tiger farms must be investigated|publisher=WWF|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.panda.org/about_wwf/where_we_work/asia_pacific/where/bhutan/index.cfm?uNewsID=106740|title=WWF: Breeding tigers for trade soundly rejected at cites|publisher=Panda.org|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref>

===Haiwan peliharaan===
[[Persatuan Zoo dan Akuarium]] menganggarkan sebanyak 12,000 ekor harimau dibela sebagai haiwan peliharaan persendirian di [[Amerika Syarikat]], iaitu jauh lebih banyak berbanding jumlah harimau liar di dunia,<ref name="book-of-general-ignorance">[[John Lloyd (penulis)|Lloyd, J]] & [[John Mitchinson|Mitchinson, J]]: "[[The Book of General Ignorance]]". Faber & Faber, 2006.</ref> termasuk 4,000 ekor di negeri [[Texas]] sahaja.<ref name="book-of-general-ignorance"/>

Salah satu punca bilangan harimau begitu banyak di Amerika ialah undang-undangnya, yang mana hanya 19 buah negeri mengharamkan pemilikan harimau secara persendirian, 15 negeri sekadar mewajibkan lesen, dan 16 negeri pula langsung tiada peraturannya.<ref name="book-of-general-ignorance"/>

Kejayaan program pembiakan di taman haiwan dan sarkas Amerika telah menyebabkan bilangan anak harimau lahir terlalu ramai pada 1980-an dan 1990-an, sekaligus menjatuhkan harga haiwan-haiwan tersebut.<ref name="book-of-general-ignorance"/> [[Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan|SPCA]] menganggarkan kini terdapat 500 ekor singa, harimau dan kucing besar yang lain yang dimiliki persendirian di kawasan [[Houston, Texas|Houston]] sahaja.<ref name="book-of-general-ignorance"/>

===Gambaran kebudayaan===
[[Fail:Kuniyoshi Utagawa, Tiger.jpg|thumb|right|upright|Lukisan harimau oleh [[Kuniyoshi Utagawa]] dari abad ke-19.]]
Harimau menduduki takhta Raja Segala Haiwan di kebanyakan budaya Asia timur,<ref>{{cite web|url=http://english.savechinastigers.org/node/316|title=Tiger Culture | Save China's Tigers|publisher=English.savechinastigers.org|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref> melambangkan kerajaan, keberanian dan kemarahan.<ref name="Cooper92">{{cite book|last=Cooper|first=JC|title=Symbolic and Mythological Animals|pages=226–27|year=1992|publisher=Aquarian Press|location=London|isbn=1-85538-118-4}}</ref>

Sebagai salah seekor haiwan terpenting dalam mitos dan kebudayaan Cina, [[Harimau (zodiak)|harimau]] mendapat tempat di kalangan 12 haiwan dalam [[zodiak Cina]]. Harimau digambarkan sebagai lambang duniawi menyaingi [[naga Cina|naga]] yang melambangkan rohani, bagai buku bertemu ruas. Sebenarnya, seni bela diri [[Hung Ga]] dari Cina Selatan adalah berasaskan pergerakan harimau dan burung jenjang. Sewaktu negara [[sejarah China|China diperintah oleh maharaja]], harimau mempersonifikasi perang dan melambangkan panglima tentera tertinggi,<ref name="Cooper92"/> sementara maharaja dan maharani masing-masing dilambangkan oleh [[naga]] dan [[Fenghuang|cenderawasih]]. Buruj [[Baihu|Harimau Putih]] ialah salah satu daripada [[Empat Lambang (buruj Cina)|Empat Lambang]] dalam ilmu [[buruj Cina]]. Buruj tersebut adakalanya dikenali sebagai Harimau Putih Barat, kerana melambangkan arah [[barat]] dan [[musim luruh]].<ref name="Cooper92"/>

Dalam [[agama Buddha]], harimau merupakan salah satu daripada Tiga Makhluk Jahil, iaitu melambangkan kemarahan, di samping monyet sebagai lambang ketamakan dan rusa sebagai ketagihan cinta.<ref name="Cooper92">{{cite book|last=Cooper|first=JC|title=Symbolic and Mythological Animals|pages=161–62|year=1992|publisher=Aquarian Press|location=London|isbn=1-85538-118-4}}</ref>

[[Fail:Hoysala emblem.JPG|thumb|upright|left|Patung pahlawan Sala melawan harimau, lambang [[Empayar Hoysala]] di [[Belur]], [[Karnataka]], [[India]].]]
[[Orang Tungus]] memuja harimau Siberia seolah-olah separa dewa dan sering memanggilnya "datuk" atau "orang tua". Orang-orang [[Orang Udege|Udege]] dan [[Orang Nanai|Nanai]] memanggilnya "Amba". [[Orang Manchu]] menggelar harimau Siberia sebagai "Hu Lin", iaitu raja.<ref name="Tigersnow">{{cite book|last=Matthiessen|first=Peter|coauthors=Hornocker, Maurice|year=2001|title=Tigers In The Snow|publisher=North Point Press|isbn=0865475962}}</ref>

Dewi Hindu [[Durga]] berupa wirawati berlengan sepuluh yang menunggang harimau (atau singa) betina yang bernama Damon ketika berperang. Di India selatan, dewa Aiyappa berlambangkan harimau.<ref>{{cite web|last=Balambal|first=V|title=19. Religion - Identity - Human Values - Indian Context|work=Bioethics in India: Proceedings of the International Bioethics Workshop in Madras: Biomanagement of Biogeoresources, 16-19 Januari 1997|publisher=Eubios Ethics Institute|year=1997|url=http://www.eubios.info/india/BII19.HTM|accessdate=8 Oktober 2007}}</ref>

Harimau juga menjadi bahan penting dalam bidang sastera. Dalam novel ''[[The Jungle Book]]'' karya [[Rudyard Kipling]], si harimau [[Shere Khan]] ialah musuh ketat kepada watak utama, [[Mowgli]]. ''[[Songs of Innocence and of Experience#Songs of Experience|Songs of Experience]]'' karya [[William Blake]] juga menggambarkan harimau sebagai makhluk yang ganas dan menggerunkan. Berlawanan dengan karya-karya tadi, harimau juga boleh dijadikan baik dan lembut seperti [[Tigger]] dalam cerita [[Winnie-the-Pooh]] oleh [[A. A. Milne]]. Dalam novel ''[[Life of Pi]]'', watak utama Pi Patel, satu-satunya mangsa manusia yang terselamat dari nahas kapal di [[Lautan Hindi]], bersahabat dengan seekor harimau Benggala gergasi yang pernah menaiki kapal tersebut. Komik ''[[Calvin and Hobbes]]'' dibintangi seorang kanak-kanak bernama Calvin dan anak patung harimaunya, Hobbes.

Harimau ialah haiwan kebangsaan negara-negara [[Bangladesh]], [[Nepal]], [[India]]<ref>[http://india.gov.in/knowindia/national_animal.php National Animal] tapak web Kerajaan India,</ref> ([[Harimau Benggala]])<ref>{{cite web|url=http://www.hcilondon.net/india-overview/land-people/national-symbols.html|title=National Symbols of India|accessdate=25 Oktober 2007|work=|publisher=High Commission of India, London }}</ref> [[Malaysia]] ([[Harimau Malaya]]), [[Korea Utara]] dan [[Korea Selatan]] ([[Harimau Siberia]]).

Di Malaysia, selain [[lambang negara Malaysia|Jata Negara]] yang mempamerkan dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai sebagai lambang kekuatan dan keberanian, lambang harimau juga terdapat pada logo syarikat tersohor di Malaysia seperti [[Maybank]] dan [[Proton (pengilang kereta)|Proton]].

==Usaha pemuliharaan==
Kegiatan memburu harimau untuk bulunya serta kemusnahan [[habitat]] telah mengakibatkan bilangan harimau liar menjunam dengan teruk sekali. Pada permulaan abad ke-20, dianggarkan ada lebih 100,000 ekor harimau di dunia, tetapi kini tinggal kira-kira 2,000 ekor harimau liar sahaja.<ref>{{cite web|url=http://www.bigcatrescue.org/cats/wild/tiger.htm|title=Tiger|publisher=Big Cat Rescue|date=|accessdate=7 Mac 2009}}</ref>

===India===
[[India]] selaku negara yang paling banyak bilangan harimau liar di dunia<ref>[http://books.google.com/books?id=DPP7O3nb3g0C&pg=PA153&dq=india+tiger+largest&client=firefox-a Students' Britannica India - By Dale Hoiberg, Indu Ramchandani]</ref>, sedang menjalankan sebuah usaha pemuliharaan bersepadu besar-besaran bernama ''Project Tiger'' sejak tahun 1973, melibatkan pembukaan hutan-hutan simpanan baru untuk memulihkan populasi [[harimau Benggala]] liar. Selain itu, langkah-langkah juga diambil oleh pihak kerajaan India untuk membasmi kegiatan memburu harimau secara haram, ditambah dengan pemindahan beratus-ribu penduduk kampung jauh dari habitat harimau agar mengurangkan pertembungan yang tidak diingini antara manusia dan harimau.<ref>[http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article4272945.ece Tigers flown by helicopter to Sariska reserve to lift numbers in western India - Times Online]</ref> Setakat ini terdapat kira-kira 1,400 ekor harimau Benggala.

===Rusia===
[[Harimau Siberia]] menghampiri kancah kepupusan dengan 40 ekor yang tinggal pada 1940-an, tetapi akhirnya diselamatkan apabila pihak pentadbiran [[Kesatuan Soviet]] menetapkan kawasan terlindung untuk membasmi kegiatan memburu. Pada 1990-an, kegiatan memburu harimau untuk pasaran China serta pembasmian hutan menjadi cabaran utama kepada usaha pemuliharaan subspesies harimau ini. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah memujuk para pemburu untuk memberi tumpuan kepada serigala, kerana harimau tidak banyak mengehadkan bilangan mangsa berbanding serigala, oleh itu ada baiknya mengawal populasi serigala.<ref>''Wildlife Science: Linking Ecological Theory and Management Applications'', By Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Contributor Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Published by [[CRC Press]], 2007, ISBN 0-8493-7487-1</ref> Kini, terdapat 400-550 ekor harimau Siberia yang liar.

===China===
Pertubuhan ''Save China's Tigers'' berusaha memperkenalkan Harimau Cina Selatan yang dikurung di Afrika Selatan ke dalam habitat aslinya yang dijadikan hutan simpanan, yang mana harimau-harimau berkenaan dilatih semula untuk mengasah kemahiran memburu seperti haiwan liar, di samping membiak secara semula jadi.<ref name="english.savechinastigers.org">[http://english.savechinastigers.org/node/255 FAQs|Save China's Tigers]</ref>

==Galeri==
<gallery widths="px" heights="px">
Fail:Harimau dalam air di Zoo Negara, Malaysia.JPG|Harimau di dalam air di Zoo Negara, Malaysia.
Fail:MalayanTiger.jpg|Harimau Malaya di Zoo Negara [[Malaysia]]
Fail:HarimauSumatera.jpg|Harimau Sumatera di Zoo Negara [[Malaysia]]
</gallery>

==Petikan==
{{reflist|2}}

==Rujukan==
* {{aut|Brakefield, T.}} (1993). Big cats kingdom of might, Voyageur press.
* {{aut|Dr. Tony Hare}}. (2001) ''Animal Habitats'' P. 172 ISBN 0-8160-4594-1
* {{aut|Kothari, Ashok S.}} & {{aut|Chhapgar, Boman F.}} (eds). 2005. ''The Treasures of Indian Wildlife''. Bombay Natural History Society and Oxford University Press, Mumbai.
* {{aut|[[Vratislav Mazák|Mazák, V]].}} (1981). [http://www.science.smith.edu/departments/Biology/VHAYSSEN/msi/pdf/i0076-3519-152-01-0001.pdf Panthera tigris.] (PDF). Mammalian Species, 152: 1-8. American Society of Mammalogists.
* {{aut|Nowak, Ronald M.}} (1999) ''Walker's Mammals of the World''. Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-5789-9
* {{Harvard reference|Surname=Sankhala|Given=K.|Year=1997|Title=Der indische Tiger und sein Reich|Publisher=Bechtermuenz Verlag|ID=ISBN 3-86047-734-X}} Abridged German translation of ''Return of the Tiger'', Lustre Press, 1993.
* {{aut|Seidensticker, John}}. (1999) ''Riding the Tiger. Tiger Conservation in Human-dominated Landscapes '' Cambridge University Press. ISBN 0-521-64835-1

==Pautan luar==
{{commons|Panthera tigris}}
{{Wikispecies|Panthera tigris}}

* [http://yosri.cwahi.net/FaktaHaiwanHarimau.html Fakta mengenai harimau belang.]
* [http://www.21stcenturytiger.org/ 21st Century Tiger]: information about tigers and conservation projects
* [http://www.biodiversitylibrary.org/name/Panthera_tigris Biodiversity Heritage Library bibliography] for ''Panthera tigris''
* [http://www.savethetigerfund.org/ Save The Tiger Fund]: Program of the National Fish and Wildlife Foundation
* [http://www.jvbigcats.co.za/ Tiger Canyons Homepage]: information about tigers and the Crossbred Tiger Rewilding project
* [http://www.tigersincrisis.com/ Tigers in Crisis]: Information about Earth's Endangered Tigers
* [http://www.panda.org/about_wwf/what_we_do/species/about_species/species_factsheets/tigers/index.cfm WWF – Tigers]
* [http://www.stampsbook.org/subject/Tiger.html Tiger Stamps]: Tiger images on postage stamps from many different countries.
* [http://english.savechinastigers.org/ Save China's Tigers]: information about tigers and the South China Tiger rewilding project in Africa
* [http://www.sundarbanstigerproject.info/ Sundarbans Tiger Project]: research and conservation of tigers in the largest remaining mangrove forest in the world
* [http://www.tigerfriends.com/ Explore T.I.G.E.R.S]: The Institute of Greatly Endangered and Rare Species
{{rencana pilihan}}