Rupiah Indonesia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 4:
'''Rupiah''' (Rp) adalah unit mata wang [[Indonesia]] dengan kod mata wang [[ISO 4217]] '''IDR'''.
 
Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "[[rupia]]", bahasa mongolia yang bermakna [[perak]].,Memang sama dengan arti rupee, namun rupiah sendiri merupakan sebutan asli Indonesia kerana adanya penambahan huruf 'h' di akhir kata rupia, sangat khas sebagai sebutan orang-orang Jawa.Indonesia telah menggunakan mata wang [[guilder]] [[Belanda]] dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder [[Hindia Timur Belanda]] diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa [[Pendudukan Jepun]] sewaktu [[Perang Dunia II]]. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, ''Bank Jawa'' memperkenalkan mata wang ''rupiah Jawa'' sebagai pengganti. Mata wang guilder ''nica'' dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.
 
Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. [[Kepulauan Riau]] dan [[Papua Barat|Irian Barat]] memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan [[Suharto]].