Kesan pemerhati: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
''Mendapati'': Untuk menguji konsep "mendapati", Latané dan Darley (1968) telah mementaskan satu situasi kecemasan menggunakan pelajar-pelajar Universiti Columbia. Para pelajar diletakkan di dalam sebuah bilik dan dibiarkan sama ada secara individu atau dengan dua atau tiga individu lain yang tidak dikenali untuk melengkapkan satu kaji selidik sementara menunggu ahli eksperimen untuk balik semula. Semasa mereka sedang melengkapkan kaji selidik, asap telah dipamkan ke dalam bilik tersebut untuk mensimulasikan satu keadaan simulasi. Apabila pelajar berkerja secara bersendirian, mereka perasan akan kehadiran asap tersebut dalam masa lima saat. Walau bagaimanapun, pelajar yang berkerja secara berkumpulan mengambil masa yang lebih lama iaitu sehingga 20 saat untuk perasan kehadiran asap. Latané dan Darley mendakwa bahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan norma sosial di mana apa yang merupakan etika sopan dalam kalangan awam. Di dalam budaya Barat, ia merupakan tindakan yang tidak sopan untuk leka memandang sekeliling. Ini mungkin menunjukkan seseorang itu tidak sopan dan penyibuk. Akibatnya, seseorang pemerhati itu berkemungkinan lebih besar untuk menumpukan perhatian terhadap diri mereka apabila dikelilingi kumpulan yang besar, berbanding dengan berseorangan. Golongan individu yang berseorangan adalah besar kemungkinan lebih sedar akan keadaan sekeliling dan oleh itu akan lebih perasan akan seseorang yang memerlukan bantuan.
 
''Mentafsir'': Setelah sesuatu keadaan itu dikenal pasti ''(mendapati)'', untuk seseorang pemerhati campur tangan, mereka mesti mentafsir satu kejadian itu sebagai kes kecemasan. Menurut prinsip pengaruh sosial, para pemerhati mengawasi reaksi orang lain dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada orang lain juga berfikir ia adalah satu kemestian untuk campur tangan. Sekiranya orang lain didapati tidak bertindak balas terhadap sesuatu situasi, maka si pemerhati akan mentafsir situasi tersebut sebagai situasi bukan kecemasan dan tidak akan mencampur tangan. Ini merupakan contoh fenomena psikologikal, bukti sosial. Merujuk kepada eksperimen asap, walaupun pelajar yang berada di dalam kumpulan dengan jelasnya mendapati bahawa asap tebal yang terhasil mengganggu penglihatan mereka atau menyebabkan mereka batuk, mereka lebih kemungkinan untuk tidak melaporkannya. Hanya seorang pelajar yang berada dalam kumpulan yang melaporkan asap tersebut dalam tempoh empat minit dan pada akhir eksperimen, tiada sesiapa pun daripada lima per lapan kumpulan melaporkan kehadiran asap tersebut. Di dalam kumpulan yang tidak melaporkan kejadian asap itu, tafsiran punca dan kemungkinan ianya adalah berbahaya juga adalah lebih kurang serius, dengan tiada sesiapa yang mencadangkan api sebagai punca kemungkinan, akan tetapi sesetengahnya memilih penjelasan yang kurang berbahaya seperti penghawa dingin yang bocor. Sama juga, tafsiran konteks memainkan peranan yang penting dalam reaksi manusia terhadap seorang lelaki dan perempuan yang bergaduh di atas jalanan. Apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak mengenali kamu," golongan pemerhati yang campur tangan pada masa itu adalah sebanyak 65%. Akan tetapi, hanya 19 peratus% sahaja yang campur tangan apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak tahu kenapa saya mengahwini kamu."
 
Eksperimen kesan pemerhati biasanya dilaksanakan dalam keadaan yang tidak berbahaya dan tidak ganas. Satu kajian (2006) menguji kesan pemerhati dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada mereka akan mendapat keputusan yang sama daripada kajian lain yang menguji situasi bukan kecemasan. Dalam situasi dengan potensi bahaya yang rendah, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh seseorang itu berbanding mereka yang berada dengan orang lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, para peserta eksperimen yang berdepan dengan situasi kecemasan secara berseorangan atau dengan orang lain adalah lebih berkemungkinan untuk menolong si mangsa. Ini mencadangkan bahawa dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, seseorang itu akan mentafsir seseorang yang memerlukan pertolongan sememangnya memerlukan bantuan dan akan lebih kemungkinan untuk mencampur tangan.
Baris 40:
Satu meta-analisis kesan pemerhati pada tahun 2011, melaporkan bahawa "kesan pemerhati berkurangan apabila situasi-situasi ditafsirkan sebagai bahaya (berbanding dengan tidak berbahaya), kehadiran golongan suspek (berbanding dengan ketidakhadiran), dan kos campur tangan merupakan bentuk fizikal (berbanding dengan bukan fizikal)". Corak penemuan ini adalah konsisten dengan model rangsangan-kos-ganjaran, yang mencadangkan kecemasan yang bahaya adalah dikenal pasti dengan lebih cepat dan lebih jelas sebagai situasi kecemasan yang sebenar dan maka itu, mendorong tahap rangsangan yang lebih tinggi dan oleh itu, lebih bantuan. Mereka juga "mengenal pasti situasi di mana golongan pemerhati menyediakan sokongan fizikal dengan sambutan untuk potensi individu yang campur tangan dan dengan itu mengurangkan kesan pemerhati, seperti apabila golongan pemerhati terdiri secara esklusifnya daripada kaum lelaki, apabila mereka adalah naif berbanding dengan penentang pasif atau mereka yang hanya hadir berdekatan dan apabila golongan pemerhati bukan orang asing."
 
Satu penjelasan alternatif telah dicadangkan oleh Stanley Milgram, yang memberi hipotesis bahawa sikap tidak sensitif dan kejam golongan pemerhati adalah disebabkan oleh strategi adaptasi terhadap informasi keterlaluan informasi dalam kehidupan seharian. Idea ini telah disokong dengan pelbagai sudut melalui penyelidikan-penyelidikan empirikal.
 
Timothy Hart dan Ternace Miethe menggunakan data dari Tinjauan Nasional Jenayah Mangsa Nasional dan mendapati bahawa terdapat seorang pemerhati di dalam 65% kes mangsa keganasan dalam data tersebut. Kehadiran mereka adalah paling biasa di dalam kes serangan fizikal (68 peratus), yang bertanggungjawab untuk majoriti kes keganasan dan berkurangan di dalam kes rompakan (49%) dan serangan seksual (28%). Tindakan golongan pemerhati kerap dinilai oleh mangsa-mangsa sebagai "tidak menolong atau tidak menyakiti" (48%), "menolong" (37%), "menyakiti" (10%) and "menolong dan menyakiti" (3%). Separuh daripada serangan-serangan yang berlaku di mana seorang pemerhati hadir terjadi pada waktu petang yang mana permerhati dan mangsa adalah orang asing.
 
==== Ketidakpastian dan akibat ====