Siti Nurhaliza: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 75:
Keluarga Siti Nurhaliza yang semuanya berkecimpung dalam bidang muzik, banyak membuat persembahan di pelbagai majlis di kampung halaman mereka, seperti majlis kenduri kahwin. Pada usia 12 tahun, Siti mula belajar untuk menyanyikan lagu tradisional daripada ibunya dan membawakan genre muzik tersebut semasa acara dan majlis. Sebelum diuji bakat untuk Bintang HMI, Siti pernah menyertai pertandingan [[Asia Bagus]] pada 1993, pada usia 14 tahun, namun beliau gagal mara. <ref>{{cite web|title=Siti's inspiring journey|url=http://www.nib.com.my/archives/text/view/78254818?pos=10&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1357535501%3Aresultset|author=Hizreen Kamal|date=6 January 2012|work=New Straits Time| accessdate = 7 January 2013}}</ref>
 
Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran [[RTM]] pada tahun 1995, <ref name="Siticlix.webs.com"/> yang mana beliau diuji bakat menerusi lagu Kaulah Segalanya dendangan [[Ruth Sahanaya]]. Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan [[Adnan Abu Hassan]], seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak [[Suria Records]], sekaligus mengetepikan tawaran [[Sony Music]], [[BMG Music]] dan [[Warner Music]].<ref name="Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman">{{cite web|title=Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman|url=http://www.nib.com.my/archives/text/view/1075960?pos=51&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1284375262%3Aresultset|date=14 June 2009|work=Bintang Popular – Berita Minggu|publisher=Digital Collections DC5: Cross Search| accessdate = 13 September 2010}}</ref> Pada 1996, Suria Records melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album, ''[[Siti Nurhaliza (album 1996)|Siti Nurhaliza]]''.<ref>{{cite web|title=Guapedia:Siti Nurhaliza|url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Gua-Pedia-Artist.aspx?ArtistID=49|work=Gua.com.my| accessdate = 2009-12-28}}</ref> Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi [[Sijil Pelajaran Malaysia|SPM]]. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran. Single pertama album ini, ''[[Jerat Percintaan]]'' memenangi [[Anugerah Juara Lagu]] ke-11 dan dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Balada Terbaik <ref name="Siti Nurhaliza I"/> selain kemenangan berganda empat di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian]] bagi kategori Penghibur Televisyen Paling Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Remaja Popular dan kemenangan keseluruhan, Bintang Paling Popular. <ref name="Arkib Pemenang ABP">{{cite web|title=Arkib Pemenang ABP|url=http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibpemenangABP|work=Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009|accessdate = 13 April 2011}}</ref>
 
===1996–2006: Mekarnya sebutir bintang dan kemasyhuran antarabangsa===