Ahmad ibn Hanbal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ummu Yaser (bincang | sumb.)
→‎Guru: Doa Imam Ahmad di saat kematian nya /
Ummu Yaser (bincang | sumb.)
→‎Kematian: Imam Ahmad bin Hanbal dikenang sebagai Imam Ahlisunnah wal Jamaah
Baris 102:
Berkata anak kepada Imam Ahmad," Apabila bapaku telah dibawa keluar daripada penjara beliau semakin uzur dan lemah" Suatu hari anak beliau mendapati bapanya menangis di dalam bilik dalam kegelapan. Lalu anak nya bertanya,"Kenapa wahai ayah...?" Imam Ahmad jawab," Aku memikirkan bagaimanakah keadaannya apabila daku duduk di dalam kubur kelak...". Anak nya berkata," Ayahku, duduklah bersandar kerana ayah sudah uzur dan tidak larat" Imam Ahmad jawab," Bagaimanakah daku hendak bersandar sedangkan daku mendengar hadith di mana Allah berfirman," '''" أَنَا جَلِيسُ مَنْ ذَكَرَنِي "''' maksudnya :"Aku(Allah) lah yang duduk di samping orang yang duduk mengingati ku". Kata Imam Ahmad,"Tatkala hadith itu berbunyi 'Allah duduk', (**duduk di sini dengan kebesaran Allah tidak serupa dengan makhluq) maka daku ingin berbaring sambil daku mengingatiNya..." Lalu Imam Ahmad pun meninggal dunia.
 
Tatkala Imam Ahmad hendak meninggal beliau berkata , ( اللهمّ اغفر من ظلمني, اللهمّ اغفر من ضربني, اللهمّ اغفر من سجنني...إلّا صاحب البدعة. يكيد به الإسلام, فلا تسامحهم)" Ya Allah ampunkan lah dosa orang yang menzalimi ku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang pukul aku, ya Allah ampunkan lah dosa orang yang memenjarakan daku, melainkan janganlah engkau ampunkan orang-orang yang suka berbuat bid'ah. Kerana mereka lah yang banyak berbuat tipu daya tentang Islam maka janganlah Engkau ampuni mereka".
 
Meninggallah Imam Ahmad. Khalifah telah mengishtiharkan bahawa beliau akan bersolat jenazah. Diriwayatkan bahawa tatkala Imam Ahmad meninggal, seramai sejuta tiga ratus ribu orang telah keluar menyembahyangkan jenazahnya. Meninggalnya Imam Ahmad, seluruh Baghdad diam. Sehingga kaum Yahudi dan Kristian yang berniaga di Baghdad turut menutup kedai-kedai mereka. Ramainya orang yang mengambil wudhu berterusan daripada waktu dhuha sehinggalah ke waktu asar kerana ingin menyembahyangkan jenazah beliau. Dikatakan jenazah Imam Ahmad hanya diletakkan di hujung jari sahaja hingga sampai di kuburan menggambarkan terlalu ramainya yang mengiringi jenazah beliau. Walaupun sepanjang kehidupannya Imam Ahmad disebat, dipukul diletakkan di atas keldai dibawa keliling kota Baghdad . Beliau di hina dan dipukul di khalayak ramai namun rakyat akhirnya menyebut "Ahmad bin Hanbal Imam Ahli Sunnah wal Jamaah" , "Ahmad bin Hanbal Imam Ahli Sunnah wal Jamaah". 1.3 juta bersolat atas jnazah Imam Ahmad termasuk khalifah dan tentera-tenteranya yang dahulu mereka jugalah yang memukulnya. Dikatakan tentera terpaksa memperbetulkan barisan jamaah yang bersolat dek terlalu ramainya. Imam Ahmad bin Hanbal contoh ulama yang tetap istiqomah tidak berganjak atas keyakinannya walaupun pelbagai siksaan dikenakan ke atasnya. Namun hingga ke hari ini tidak ada seorang muslim pun melainkan tahu bahawa Imam Ahmad bin Hanbal Imam Ahli sunnah wal jamaah.
 
Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan [[31 Julai]], [[855]]M. Mengikut ''Tarjamatul Imam'', lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.