Alkitab Versi Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yuharein (bincang | sumb.)
Yuharein (bincang | sumb.)
Baris 1:
{{wikikan}}
{{BM}}
'''[[Alkitab Versi Borneo]]''' (nama singkatnya, '''AVB''') ialah '''Kitab Suci''' baru dalam [[Bahasa Malaysia]]. Secara umum, '''AVB''' diiktiraf sebagai satu terjemahan dalam bentuk [[bahasa Malaysia]] formal dan lebih mendekati terjemahan harfiah. '''AVB''' diterbitkan oleh '''LAB Network''', [[Kota Kinabalu]], [[Sabah]] buat pertama kalinya pada Januari 2016.<nowiki>[[Alkitab Versi Borneo]]</nowiki>[[File:Alkitab Versi Borneo.jpg|thumb|Alkitab Versi Borneo<nowiki>]]</nowiki>]]
 
=== Peranan Penting AVB ===
Baris 7:
Negeri [[Sabah]] dan [[Sarawak]] mempunyai banyak kumpulan etnik kecil dengan bahasa etnik yang berbeza. Bagi para pendidik Kristian mempelajari semua bahasa etnik demi menjalankan tanggungjawab mereka amat mencabar. Dalam keadaan yang sedemikian, [[bahasa Malaysia]] telah pun digunakan di gereja kedua-dua buah negeri tersebut kira-kira lebih seratus tahun yang lalu, untuk tujuan pendidikan Kristian, terutamanya di kawasan pedalaman.
 
[[Alkitab]] [[bahasa Indonesia]] telah diterima sekian lama dan dijadikan rujukan asas oleh sebahagian besar jemaah berbahasa Malaysia. Akan tetapi, [[bahasa Indonesia]] semakin susah difahami oleh kebanyakan pengguna tempatan kerana tatabahasa, struktur ayat serta istilah-istilah yang agak berlainan daripada [[bahasa Malaysia]].
 
[[Bahasa Malaysia]] ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang digunakan sebagai alat perhubungan antara penduduk yang berbilang bahasa, kaum dan budaya. Oleh itu, [[Alkitab]] dalam [[bahasa Malaysia]] yang bermutu tinggi dianggap akan memainkan peranan penting bagi kemajuan kalangan Kristian di [[Malaysia]], apatah lagi apabila [[bahasa Malaysia]] terkini banyak mengalami perubahan terutamanya dalam pengayaan perbendaharaan kata serta struktur.
 
Antara lain, '''AVB''' dikatakan sebagai sebuah penerbitan “yang bermutu tinggi dalam [[bahasa Malaysia]] terkini, menepati kejituan kepada teks asal, dengan penuh ketelitian dan kesetiaan kepada pemikiran penulis kitab asal, agar sesuai digunakan untuk pengkajian, pendidikan, khutbah, penghafazan, pembacaan awam dan liturgi Kristian.”<ref>Ref: Alkitab Versi Borneo, LAB Network, Terbitan Jan. 2016</ref>
Baris 27:
 
=== Sambutan Masyarakat Tempatan ===
Satu pelancaran rasmi telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada 19hb April 2016. [http://Rencana%20domba2domba.blogspot.my http://domba2domba.blogspot.my/2016/04/alkitab-versi-borneo-avb-sudah.html]
Selanjutnya pelancaran rasmi telah diadakan di Kuala Lumpur/Petaling Jaya pada 25hb May 2016.[http://Laporan%20DearGoldie.com http://deargoldie.com/2016/06/08/alkitab-versi-borneo/] http://deargoldie.com/2016/06/08/alkitab-versi-borneo/
 
AVB terbukti mendapat sambutan baik daripada masyarakat Kristian dan gereja kini apabila ketiga-tiga Presiden [[Sidang Injil Borneo]] (SIB/BEM Sabah/Sarawak/Semenanjung [[Borneo Evangelical Church, Malaysia|https://en.wikipedia.org/wiki/Borneo_Evangelical_Church]]) menandatangani dokumen rasmi untuk menyatakan bahawa, "Mesyuarat Majlis Gabungan (MMG) SIB Sabah, BEM/SIB Sarawak dan SIB Semenanjung pada 26-27 Februari 2016 telah sebulat suara bersetuju untuk mengiktiraf AVB sebagai salah satu terjemahan [[Alkitab]] [[Bahasa Malaysia]] untuk dirujuk dan digunapakai oleh penganut-penganut Kristian di Malaysia."
 
Sambutan tidak ketinggalan juga daripada para pemimpin tertinggi dan wakil-wakil gereja-gereja utama seperti [[Gereja Methodist Malaysia|Gereja Methodist]], Gereja Assemblies of God, Gereja Anglican, Pertubuhan Bible Malaysia yang hadir dalam majlis-majlis pelancaran rasmi AVB.