Hisham II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Asyraf (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
976 pada usia 10 tahun, dengan ibunya Subh dan perdana menterinya Jafar al-Mushafi yang bertindak sebagai pemangku. Jeneral Ghalib dan [[Muhammad bin Abi Amir Al-Mansur|al-Mansur ibn Abi al-Aamir]] telah menghalang sebahagian sida-sida daripada menempatkan adik lelaki al-Hakam II di atas takhta. Hisham II telah diasingkan daripada kerajaan dan tidak mempunyai sebarang pengalaman memerintah. Pada 997, al-Mansur telah memaksa Khalifah Hisyam II supaya meneyerahkan kuasa pemerintahan kerajaan kepada beliau.
 
Selepas kematian. al-Mansur, anaknya Abd al-Malik al-Muzaffar menjadi wazir dan mengukuhkan kedudukannya dengan kejayaannya menawan Navarre dan Barcelona sebelum dibunuh oleh adik tirinya Abd Rahman Sangul (1008-1009). Pada 1009, [[Muhammad II dari Córdoba|Muhammad II al-Mahdi]] yang popular telah mengetuai pemberontakan untuk menumbangkan Sangul dan Hisham II, di mana mereka berdua dipenjarakan di Cordoba semasa pemerintahan baru itu.
 
Beberapa tahun selepas itu berlaku perubahan pucuk pimpinan. Sebagai hasilnya, berlakulah perang di antara orang [[Barbar]] dan orang [[Arab]] di mana Muhammad II kehilangan kuasanya kepada [[Sulayman ibn al-Hakam|Sulaiman al-Mustain]] pada 1009 sebelum mengembalikan kuasa pada 1010. Akhirnya, tentera Slav di bawah pimpinan al-Wahdid telah mengembalikan Hisham II sebagai khalifah pada 1010.