Tamil Nadu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikendalikan oleh Wikidata
Please, ALWAYS do space between words with commas, points and brackets! Also there must be only one space.
Baris 37:
Tamil Nadu yang terletak di pantai tenggara semenanjung India ini bersempadan dengan [[Ghat Timur]] di utara, serta [[Nilgiri]], [[Bukit Annamalai]] dan [[Palakkad]] di batat. Negeri ini kaya dengan tanah subur di sepanjang [[pantai Coromandel]], [[selat Palk]], dan [[Teluk Mannar]]. Tanah subur Tamil Nadu disalurkan air oleh sungai-sungai seperti [[Kaveri]], [[Sungai Palar|Palar]], dan [[Vaigai]], serta juga [[monsun timur laut]]. Negeri pengilang ini juga merupakan sebuah peneraju dalam pengeluaran hasil pertanian.
 
Tamil Nadu selaku negeri keenam paling ramai penduduknya di India juga mempunyai [[kelompok bandar]] yang terbesar di negara . Dewasa ini, pertumbuhan populasi di negeri ini menjadi antara yang terendah di negara. [[Globalisasi]] telah menaikkan peluang eksport, menjadikan Tamil Nadu ekonomi ketigfa terbesar di kalangan negeri-negeri India. Terdapati juga kenaikan dalam bilangan institusi pendidikan di Tamil Nadu yang mengandungi institusi latihan vokasional terbesar di India. Ibu negerinya [[Chennai]] (dikenali sebagai [[Madras]] sehingga tahun [[1996]]), ialah bandaraya keempat terbesar di India. [[Coimbatore]], [[Erode]], [[Madurai]], [[Tiruchirapalli]], [[Salem]], [[Tirunelveli]] dan [[Tirupur]] juga merupakan perbandaran di Tamil Nadu.
 
Tamil Nadu telah lama diduduki manusia sejak zaman prasejarah, dan tradisi [[Sejarah Tamil Nadu|sejarah]] dan budayanya merupakan antara yang tertua di dunia. Kerajaan-kerajaan Tamil [[Dinasti Chera|Chera]], [[Dinasti Chola|Chola]], [[Pandya]] dan [[Pallava]] bertanggungjawab menghasilkan sebilangan hasil [[kesusasteraan Tamil|sastera]] terlama yang masih wujud di India. Selain itu, [[muzik Karnatik]], [[Bharatanatyam|tarian Bharatanatyam]] dan [[seni bina India]] berevolusi dalam negeri itu. Begitu juga, sebilangan komposer masyhur seperti [[Tyagaraja]], pernah tinggal dan mengecapi kejayaan di Tamil Nadu.
 
Politik di Tamil Nadu juga adalah satu isu yang amat hangat di mata dunia. Terdapat banyak parti yang sebahagian besarnya merupakan parti Dravidian . Kerajaan negeri kebiasaannya akan berubah setiap lima tahun apabila pilihanraya diadakan. Parti yang memerintah sebelum pilihanraya kebiasaannya tidak akan mendapat majoriti pada pilihanraya dan akan tumbang. Perkara ini mula berlaku sejak kematian ketua menteri (dan juga selebriti) yang paling berpengaruh, M.G.Ramachandran (MGR). Sejak kematian beliau, M.Karunanidhi dari parti DMK dan J.Jayalalithaa dari parti AIADMK merebut jawatan ketua menteri dan kebiasaannya masing-masing hanya dapat mempertahankan jawatan untuk sepenggal sahaja. Contohnya, pada tahun 1991, Jayalalitha menjadi ketua menteri, diikuti oleh Karunanidhi pada tahun 1996, dan Jayalalithaa semula pada tahun 2001. Pada tahun 2006, Karunanidhi berjaya menewaskan Jayalalithaa semula dan menjadi ketua menteri buat kali kelima. padaPada tahun 2011, Jayalalithaajayalalithaa telah merampas semula jawatan ketua menteri. Kerajaan negeri yang sering tumbang merupakan salah satu faktor rakyat tidak dapat menikmati sesuatu keselesaan secara berterusan berikutan pembatalan dasar-dasar oleh kerajaan negeri yang baru.
== Pautan luar ==
* [http://www.tn.gov.in/ Laman Web Kerajaan Tamil Nadu]