Aris Ariwatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 1:
{{Infobox musical artist
|Name = Aris Ariwatan
|Img =Aris 1.jpg
|Img_capt =Album solo kedua Aris
|Img_size =
|Lanscape =
|Background = solo_singer
|Birth_name = Haris Fadzillah Daud
|Alias =Aris Ariwatan
|Origin ={{Flagicon|Malaysia}}[[Malaysia]]
|Genre =[[Rock]] , [[Balada]]
|Instrument =[[Vokal]]
|Years_active =1989 - sekarang
|Associated_acts = [[Ariwatan]]
|Occupation = [[Penyanyi]]
|Label =1989 - 1998: [[EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.|EMI]]<br>2015: Clixster Music Sdn Bhd.
|URL=
|birth_date = {{Birth date and age|1964|10|5}}|birth_place = [[Ipoh]], {{Flagicon|Perak}}[[Perak]]}}
 
'''Harris Fadzillah bin Daud''' atau lebih dikenali sebagai '''Aris Ariwatan''' (lahir 5 Oktober 1964) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang terkenal pada dekad [[1990-an|90an]]. Beliau merupakan salah seorang artis yang berjaya mencatat jualan album yang memberangsangkan pada era tersebut dengan deretan lagu-lagu hits dari empat buah album solonya.
 
==Pembabitan awal==
Beliau memulakan karier nyanyiannya bersama [[Kumpulan Ariwatan]] pada tahun 1989 menerusi album ''[[Ariwatan (album 1989)|Ariwatan]]'', namun kumpulan itu tidak lama bertahan di industri muzik<ref>http://www.muzikrock.com/ariwatan_01.html</ref>. Selepas Ariwatan berpecah, Aris meneruskan karier sebagai penyanyi solo dan menggelarkan dirinya sebagai "Aris Ariwatan". Kemudian beliau menggugurkan "Ariwatan" dan hanya mahu dikenali sebagai "Aris". Namun hingga kini namanya didaftarkan sebagai "Aris Ariwatan" dalam lipatan sejarah industri muzik.
 
== Kerjaya solo ==
Dari tahun 1991 hingga 1997, Aris telah menempa namanya sebagai salah seorang penyanyi lelaki popular di Malaysia menerusi lagu-lagu seperti ''Lamunan Terhenti'', ''1 2 3 4,'' ''Cinta Tak Kenal Siapa'' dan ''Permaidani''. Beliau juga sering bekerjasama dengan artis-artis terkenal seperti [[M. Nasir]], [[Hattan]], [[Yantzen Juniwan|Yantzen]] dan [[Rahim Maarof]]. Walaupun tidak kerap mengeluarkan album, Aris masih aktif mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.
 
Pada tahun 2013 Aris bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu [[Zamani Ibrahim|Zamani Slam]], [[Saleem|Saleem Iklim]], [[Mohd Ali bin Ismail|Ali XPDC/Terra Rossa]] dan [[Rahmad Mega]] menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di [[Istana Budaya]]. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.
 
== Kemunculan semula 2015 ==
Aris muncul dengan album mini berjudul ''Kerna Cinta. ''Album ini turut dipasarkan secara dalam talian (on-line) selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
 
Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah:
* Kerna Cinta
* Permata
* Buah Tangan Buat Buah Hatiku
* Merdeka
* Jangan Menangis Habibah
 
== Keluarga ==
Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1991 dan dikurniakan lima orang cahayamata yang sudah meningkat remaja. Namun wajah keluarganya sangat jarang dipaparkan dalam mana-mana media kerana beliau tidak gemar mencampur-adukkan kerjaya sebagai penyanyi dengan kehidupan peribadinya. Aris juga merupakan seorang penyanyi yang 'low profile' dan bersih dari gosip-gosip liar.
 
==Diskografi==
===Album Studio===