Perbezaan antara semakan "Perancis"

4,161 bait ditambah ,  13 tahun lalu
k (bot Menambah: ie:Francia)
 
== Ekonomi ==
{{utama|Ekonomi Perancis}}
[[Image:A380 Reveal 2.jpg|thumb|[[Airbus A380]] lengkap yang pertama di acara "A380 Reveal" di [[Toulouse]] pada [[18 Januari]] [[2005]]. Airbus ialah lambang globalisasi ekonomi Perancis dan Eropah]]
 
Ekonomi Perancis menggabungkan keusahawanan swasta berleluasa (hampir 2.5 juta syarikat berdaftar) dengan campur tangan kerajaan yang banyak (namun kian merosot) (lihat [[dirigisme]]). Kerajaan masih berpengaruh besar terhadap segmen-segmen penting dalam sektor prasarana, melalui milikan majoriti firma-firma kereta api, elektrik, pesawat, dan telekomunikasi. Kerajaan selama ini telah meringankan pegangannya terhadap sektor-sektor inis sejak awal [[1990-an]]. Kerajaan sedang beransur-ansur menjual pegangannya dalam [[France Télécom]], [[Air France]], serta industri insuran, perbankan dan pertahanan.
<i>Untuk rencana lanjutan, lihat [[Ekonomi Perancis]]</i>
 
Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju [[G8]] merupakan ekonomi [[Daftar negara mengikut KDNK (nominal)|keenam terbesar]] di dunia pada tahun 2005, mengekori [[Amerika Syarikat]], [[Jepun]], [[Jerman]], [[Republik Rakyat China]] dan [[United Kingdom]]. France menyertai 11 negara ahli [[Kesatuan Eropah]] yang lain untuk melancarkan matawang [[Euro]] pada [[1 Januari]] [[1999]], manakala [[syiling euro|duit syiling]] dan [[wang kertas euro]] menggantikan [[franc Perancis]] (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002.
 
Menurut [[Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan|OECD]], pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima [[pelaburan langsung asing]] kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 [[1000000000 (nombor)|bilion]], mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yanf sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion).
 
Dengan 79.1 juta pelancong asing pada tahun 2006,<ref name="tourism.stat" /> Perancis menduduki tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi [[Sepanyol]] (55.6 juta pada tahun 2005) dan [[Amerika Syarikat]] (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan ([[Paris]] sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort [[ski]], dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke [[Lourdes]], sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun.
 
Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah [[Airbus]], dan merupakan satu-satunya kuasa Eropah (tidak termasuk Rusia) yang mempunyai [[spaceport]] kebangsaan sendirinya (''[[Centre Spatial Guyanais]]''). Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis penghasil [[gas rumah hijau|karbon dioksida]] yang paling kurang di kalangan tujuh negara paling berindustri di dunia. Oleh sebab pelaburan besar-besaran dalam teknologi nuklear, kebanyakan tenaga elektrik yang dihasilkan dalam negara ini dijana oleh loji tenaga nuklear (78.1% pada tahun 2006,<ref>{{cite web |author=DGEMP / Observatoire de l'énergie|year=April 2007|url=http://www.industrie.gouv.fr/energie/statisti/se_elec.htm|title=Électricité en France : les principaux résultats en 2006.|accessdate=2007-05-23}}</ref> iaitu meningkat dari cuma 8% pada tahun 1973, 24% pada tahun 1980, dan 75% pada tahun 1990).
 
== Demografi ==
Pengguna awanama