Perbezaan antara semakan "D'Febians"

4,792 bait dibuang ,  4 tahun lalu
Memperbaiki keadaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(Memperbaiki keadaan)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
|Lanscape =
|Background =
|Birth_name =The Febians
|Alias =D' Febians
|Born = 1980
|Label =
|Influences = Menyertai "Juara Juara Rock 1983".
|URL=
|URL=https://www.facebook.com/febians2015/
|Current_members = Raymie Hj.TahirNasha (Vokal)
Norkamal Abd GhaniAziz (Guitar)
Rahmat (Guitar)
Yazeed MuhammadSeth (Bass)
Samsuri Hj. TahirSamad (Drum)
Hisham Zainon (Keyboard)
|Past_members =Yan
Harun

|Past_members = Samad
Jarum
Taha
Kemat
As
Wai
Fahmi
Jas
Zaini
Maulud
Mad Mega
Seth
Nasha
Aziz
Yan
Harun
Ali
Emi

|Instruments =

Kumpulan Febians, juga dikenali dengan nama D'Febians atau The Febians ditubuhkan pada tahun 1980 di Johor Bahru, Johor. Dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Abdul Rahman (Man Burger), Kemat Hassan (Kemat), Samsuri Hj. Tahir (Sham) dan Jasmin Zainal (Hana).

Tahun 1982 menjadi Juara Rock Johor.
Line up:
Aziz - gitar
Taha - gitar ke2
Kemat - bass
Sham - drums
Nasha - vokal
Hana - vokal ke2

Tahun 1983 berlaku pertukaran line up lagi.

Aziz - gitar
Taha - gitar ke2
Yazeed - bass
Sham - drums
Nasha - vokal
Hana - vokal ke2

Pertengahan 1983 berlaku lagi pertukaran anggota.

Aziz - gitar
Yazeed - gitar ke2
Jas - bass
Sham - drums
Nasha - vokal/keyboard
Hana - vokal ke2

Hujung 1985 berlaku perpecahan selepas replace Search di Hard Rock Cafe Tmn Tun Dr.Ismail KL yang ketika itu pemain gitar Search (Man Kidal) menghadapi sedikit masalah keluarga.
Pada ketika ini juga shooting Kembara Seniman Jalanan sedang berlangsung.
Perpecahan akibat sedikit salah faham yang melibatkan vokalist (Nasha)yang pada ketika itu juga meninggalkan group bersama dengan pemain drums (Sham).

Kecewa dengan apa yang berlaku,Yazeed mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Febians bersama pemain bass Jas.Yang tinggal hanya Hana dan Aziz. Selang beberapa bulan tempat Yazeed diisi oleh Sufian Samiran (Yan) dan Zaini mengisi kekosongan diposisi bass sementara Maulud menjadi vokalis.Samad mengambil tempat Sham sebagai drummer. Selepas kematian Zaini,posisi bass diisi pula oleh Harun.Selepas Harun meninggalkan Febians,tempat beliau diisi oleh Din PP@Din Kilauan Emas.

Mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena 'Juara Juara Rock'. Pernah dinobatkan gelaran 'Raja Pentas' pada era '86-'88 kerana sering mempamerkan persembahan mantap.

Selepas era '94, Febians hanya bergerak aktif menjayakan persembahan di sekitar Johor kebanyakannya. Berlaku banyak pertukaran ahli, namun masih setia bergerak di bawah nama Febians. Selepas era ini Febians menyepi tanpa sebarang aktiviti.

Pada tahun 2001 hasil pertemuan Yazeed Muhammad (Yazid) dan Aziz Mohamed (Aziz), mereka bersepakat untuk menghidupkan semula Febians. Percubaan awal dilakukan dengan barisan Yazeed Muhammad (Yazid), Aziz Mohamed (Aziz), Man Bukit dan Samad Isa (Samad). Namun usaha mereka bertahan untuk beberapa bulan sahaja.

Tahun 2003 cubaan Jasmin Zainal (Hana), Yazeed Muhammad (Yazid) dan Sufian Samiran (Yan) mengembalikan Febians kali ini dengan menampilkan Omma Akira sebagai gitaris juga Samsuri Hj. Tahir (Sham) sebagai drummer. Malangnya Jasmin Zainal (Hana) tidak mampu untuk membawa peranannya sebagai penyanyi maka sekali lagi langkah Febians terhenti. Menjelang tahun 2004 dengan barisan pemuzik yang sama, kali ini menampilkan penyanyi baru bernama Zam namun hanya bertahan selama setahun sahaja.

Memasuki tahun 2005, Yazeed Muhammad (Yazid) mula mengusahakan studio jamming dan beliau memberi laluan kepada Ithnin untuk mengambil alih peranan sebagai bassist. Namun mereka juga gagal.

Tahun 2006 giliran As pula mengemudi Febians sebagai drummer bersama Aziz Mohamed (Aziz), Din PP (Din Kilauan Emas) dan Wai. Gabungan ini bertahan sehingga tahun 2013 sebelum sekali lagi Jasmin Zainal (Hana) kembali dengan percubaan untuk menghidupkan semula Febians bersempena dengan kebangkitan Rock Kapak dan siri konsert Rockers Apa Khabar. Ketika ini Febians kembali bergerak dengan Yazeed Muhammad (Yazid), Sufian Samiran (Yan) dan Samsuri Hj. Tahir (Sham). Namun Jasmin Zainal (Hana) masih mengulangi kelemahan silam iaitu tidak mampu menguasai vokal sebagai penyanyi Febians.

Audition dilakukan untuk mengisi tempat Hana dengan cubaan membawa Ali, merupakan bekas penyanyi studio A.M.S Music Masai dan gitaris baru bernama Emi. Namun mereka juga gagal memenuhi kriteria untuk berjuang bersama Febians. Akhirnya Ali, Emi dan Sufian Samiran (Yan) bertindak menarik diri dari Febians pada awal tahun 2015.

Tahun 2015, Febians mula mengatur langkah yang lebih serius untuk membuat 'comeback'. Kali ini dengan barisan yang menggandingkan generasi lama dan baru. Dua anggota asal yang pernah bersama Febians iaitu Samsuri Hj.Tahir (Sham) dan Yazeed Muhammad (Yazid) bergandingan dengan muka baru iaitu Norkamal Abd. Ghani (Nano), Rahmat, Raymie Hj. Tahir (Raymie) dan Hisham Zainon (Sham CM) membentuk kembali Febians 2015.

Norkamal Abd. Ghani (Nano) dan Rahmat bergandingan selaku pemain gitar, Hisham Zainon (Sham CM) memberi nafas baru dalam muzik Febians dengan alunan keyboardnya dan watak utama selaku penyanyi menjadi peranan Raymie Hj. Tahir (Raymie). Percubaan kali ini semakin membuahkan hasil apabila Febians mula membuat persembahan terbuka pertama mereka pada 27hb Oktober 2015 di DiVA, Bandar Seri Alam. Mendendangkan 5 buah lagu termasuk 2 buah lagu yang asalnya dipopularkan oleh lagenda Deep Purple iaitu 'Burn' dan 'Soldier Of Fortune', ternyata pengunjung masih mahukan lebih lagi dari Febians.

Demi mendekati peminat lama dan baru, Febians turut melancarkan laman [https://twitter.com/TheFebians Twitter Febians] serta [https://www.youtube.com/channel/UCXDHZPFOHgoPDDP-5uT0mPw YouTube Channel Febians] khas untuk peminat melihat lebih dekat aktiviti mereka selain berlatih muzik.

==Ahli-ahli Terkini==
15

suntingan