Sejarah Penerbangan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WhisperToMe (bincang | sumb.)
Baris 33:
Pada tahun 1973, perkembangan yang pesat menyaksikan MAS menerbangkan 2 juta penumpang. Malah, [[globalisasi]] membolehkan MAS menambah destinasi antarabngsanya seperti [[Amman]], [[Hat Yai]] dan [[Jeddah]]. Manakala, pada tahun 1975, majalah Wings of Gold diperkenalkan.
 
Pada tahun 1976, MAS memasuki era informasi dimana MAS menggunakan teknologi komputer untuk operasinya. Pesawat [[DC10,BOEING707 dan BOEING737-200]] memasuki perkhidmatan membolehkan MAS menawarkan perkhdmatan yang lebih selesa dan efisien. Servis udara ke [[Frankfurt]], [[Amsterdam]] dan [[Paris]] diperkenalkan.
 
Pada tahun 1985, melalui [[Dasar Penswastaan]], MAS memasuki sektor korporat dengan menawarkan 70 juta saham untuk didagangkan. Dalam proses permodenan, MAS membina kemudahan membaiki dan membaikpulih pesawat di [[Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah|Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah]], [[Subang]] dan mendirikan ibu pejabat baru di [[Jalan Sultan Ismail]], [[Kuala Lumpur]]. Bangunan setinggi 36 tingkat ini menelan belanja RM88 juta, kini menjadi salah satu pencakar langit menghiasi [[Kuala Lumpur]].