A.S. Roma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 74:
Roma kembali ke bentuk konsisteen pada awal 2000an dengan merangkul kejuaraan Serie A kali ketiga pada [[Serie A 2000–01|2000–01]].<ref>name = league</ref> Kapten pasukan [[Francesco Totti]] menjadi faktor utama kemenangan Roma pada musim ini dan beliau menjadi salah satu wira utama dalam sejarah kelab<ref>name = "legends" </ref> selain cuba untuk memecah rekod dan statistik kelab.<ref> name = "legends" </ref> Tonggak utama pasukan lain antaranya [[Aldair]], [[Cafu]], [[Gabriel Batistuta]] dan [[Vincenzo Montella]].<ref>{{cite news|url=http://www.italica.rai.it/principali/argomenti/altro/calcio/roma/roma.htm|publisher=Italica RAI|title=A.S. Roma 2000–2001|date=24 June 2007}}</ref>
 
[[File:curva sud roma campione.jpg|thumb|left|Peminat-peminat Roma teruja menyaksikan Roma meraih ''scudetto'' kali ketiga pada 17 Jun 2001 di Stadio Olimpico.]]
Kelab ini cuba untuk mempertahankan gelaran pada [[Serie A 2001–02|musim berikutnya]] tidak kesampaian apabila beza satu mata dengan pendahulu [[Juventus F.C.|Juventus]].<ref> name = league</ref> Ini juga menjadi titik permulaan Roma sebagai naib juara banyak kali sama ada di Serie A atau Coppa Italia pada 2000an. Mereka tewas kepada [[A.C. Milan|Milan]] pada perlawanan akhir Coppa Italia [[Coppa Italia 2002–03|2003]]<ref> name = "coppaitalia" </ref> dan juga di belakang Milan sekali lagi di Serie A pada musim [[Serie A 2003–04|2003–04]].<ref> name="league">{{cite book| first = Panini Edizioni | last = Modena| title = Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004| year = 2005}}</ref> Roma juga banyak melakukan pemodalan semula pada musim 2003-04. Pada November 2003 €37.5 juta telah disuntik "Roma 2000" untuk menutup kerugian dari setengah tahun dan pada tahun sebelumnya dan sekali lagi pada 30 Jun iaitu sebanyak €44.57 juta. Melalui pemasaran saham, tambahan €19.850 juta dalam perkongsian baharu dan pada penghujung tahun, perkongsian modal sebanyak €19.878 juta yang tidak ditukar sehingga 2011. Pada musim berikutnya, Roma menjual [[Walter Samuel]] dengan harga 25 juta [[euro]] dan [[Emerson Ferreira da Rosa|Emerson]] sebanyak €28 juta. Ini menyebabkan Roma kelemahan barisan pertahanan dan tengah dan memberi kesan kepada ''Giallorossi'' menamatkan musim di tempat kelapan liga dan menjadi salah satu musim terburuk dalam sejarah terkini Roma.