Perbezaan antara semakan "Perancis"

2,440 bait ditambah ,  13 tahun lalu
 
== Politik ==
{{utama|Politik di Perancis}}
[[Image:Logo de la République française.svg|thumb|Logo of the French republic]]
 
Republik Perancis ialah sebuah [[republik]] [[semiberpresiden]] [[negara kesatuan|kesatuan]] dengan tradisi demokratik yang kukuh. [[Perlembagaan Perancis|Perlembagaan]] Republik Kelima diluluskan melalui [[pungutan suara]] pada [[28 September]] [[1958]] dan banyak mengukuhkan kekuasaan cabang eksekutif berhubungan dengan [[parlimen]]. Cabang eksekutif itu sendirinya dipimpin dua orang ketua, iaitu: [[Presiden Republik Perancis|Presiden Republik]] yang diundi secara langsung oleh hak undi dewasa universal untuk penggal 5 tahun (dahulunya 7 tahun) dan merupakan Ketua Negara, dan Kerajaan, yang dipimpin [[Perdana Menteri Perancis|Perdana Menteri]] yang dilantik oleh Presiden.
<i>Untuk rencana lanjutan, lihat [[Politik di Perancis]]</i>
 
[[Parliamen Perancis]] ialah sebuah badan perundangan dwidewan yang terdiri daripada sebuah [[Dewan Undangan Negara Perancis|Dewan Undangan Negara]] (''Assemblée Nationale'') dan sebuah [[Senat Perancis|Senat]]. Timbalan-timbalan Dewan Undangan Negara mewakili kawasan-kawasan pengundian setempan dan diundi secara langsung untuk penggal 5 tahun. Dewan Undangan berkuasa melucutkan Kabinet, dan maka itu majoriti dalam Dewan Undanganlah yang menentukan pilihan kerajaan. Senator-senator pula dipilih oleh sebuah kumpulan pengundi untuk penggal 6 tahun (asalnya 9 tahun), dan separuh kerusi-kerusinya diserahkan kepada pilihanraya setiap tahun bermula September 2008.<ref name="Senat">{{cite web |author={{fr icon}} [[French Senate]] |publisher= |year=2006 |url=http://www.senat.fr/role/index.html |title=Rôle et fonctionnement du Sénat |accessdate=2006-04-20}}</ref> Kuasa perundangan Senat adalah terhad; sekiranya timbul perselisihan antara kedua-dua dewan, Dewan Undanganlah yang menentukan keputusan muktamad, kecuali bagi undang-undang perlembagaan dan ''lois organiques'' (undang-undang yang disediakan secara langsung oleh perlembagaan) dalam sesetengah kes. Kerajaan berpengaruh kuat terhadap pembentukan agenda Parlimen.
 
Politik Perancis disifatkan oleh dua kelompok yang bertentangan haluan politik: satunya [[Politik sayap kiri|berhaluan kiri]], berpusatkan [[Parti Sosialis (Perancis)|Parti Sosialis]], dan yang lain itu [[Politik sayap kanan|berhaluan kanan]], mula-mulanya berpusatkan [[Perhimpunan untuk Republik|Rassemblement pour la République (RPR)]] dan kini pewarisnya [[Union pour un Mouvement Populaire|Kesatuan Pergerakan Popular]]. Cabang eksekutif kini didominasi ahli UPM.
 
== Daerah ==
Pengguna awanama