Perbezaan antara semakan "Bierkeller-Putsch"

812 bait ditambah ,  16 tahun lalu
Ramai yang menyangka rampasan kuasa yang gagal itu telah menamatkan riwayat parti Nazi. Tetapi Hitler telah menggunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan ideologinya kepada rakyat jelata.
 
Dalam masa yang singkat, Hitler telah menjadi seorang terkenal disebabkan liputan media yang meluas. Para hakim dalam perbicaraannya telah dipilih oleh seorang yang pro-Nazi dalam kerajaan Bavaria. Mereka membenarkan beliau menggunakan mahkamah sebagai pentas untuk menyebarkan propagandanya kepada rakyat.
Sewaktu perbicaraan dijalankan, beliau yang bijak berpidato telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai inspirasi parti Nazi. Rakyat yang pada waktu itu tidak mengenali Hitler, mula sedar tentang beliau dan partinya.
 
Sewaktu perbicaraan dijalankan, beliau yang bijak berpidato telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai inspirasi parti Nazi. Rakyat yang pada waktu itu tidak mengenali Hitler, mula sedar tentang beliau dan partinya. Malah mereka suka dengan personalitinya dan juga ideologi yang ingin disebarkan. Antara lain mereka bersetuju dengannya bahawa kerajaan yang "menikam mereka dari belakang" harus dijatuhkan. Mereka juga terpengaruh dengah kata-katanya yang penuh semangat.
 
Ahkirnya, Hitler telah dijatuhkan hukuman lima tahun dengan 6 bulan parol. Manakala pegawai-pegawai lain telah mendapoat hukuman yang ringan. Selepas peristiwa tersebut, beliau telah berikrar untuk mendapat kuasa dengan cara yang lebih demokratik.
Pengguna awanama