Malay Film Productions: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
===Pengarahan filem===
Pada mulanya, mereka menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem-filem Melayu. Kemudian, mereka menggantikan pengarah Cina dengan pengarah India kerana gaya pengarahan dari mereka cenderung kepada orang Melayu. Orang Melayu juga menggemari filem-filem India kerana kedua-dua bangsa tersebut boleh dihubung kaitkan dengan plot serta budaya masing-masing. Selain itu, lagu Bollywood dan gaya tarian dalam filem Melayu bukan hanya dinikmati oleh orang Melayu bahkan kepada kebanyakan orang Cina dari Singapura. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya : -
*[[B. S. Rajhans, ]]
*[[S. Ramanathan]],
*[[L. Krishnan]],
*[[KRS Shastry, ]]
*[[Phani Majmudar]],
*[[Kidar Sharma, ]]
*[[Dhiresh Ghosh, ]]
*[[K. M. Basker]] dan
*[[B.N. Rao]].<ref name="Pengarahan Filem" />
 
B. S. Rajhans telah meneruskan kejayaannya dengan filem-filem hit untuk empat tahun seterusnya. Antara filem tersebut termasuklah ''[[Chempaka (filem)|Chempaka]]'' (1947), ''[[Pisau Berachun]]'' (1948) dan ''[[Chinta (filem)|Chinta]]'' (1948). Dalam filem Chinta, beliau telah memberikan watak penjahat kepada seorang pemuda yang tidak dikenali yang ditemui pada festival muzik di [[Bukit Mertajam]]. Seorang penyanyi latar belakang yang berusia 19 tahun ini telah menyediakan vokal untuk watak utama [[S. Roomai Noor]] yang pada akhirnya menjadi legenda pada zamannya. Pemuda tersebut adalah [[P. Ramlee]].<ref name="Pengarahan Filem">{{cite web |url=http://www.shaw.sg/sw_abouthistory.aspx?id=60%20132%20174%2095%2023%2029%20238%20253%20100%2085%2040%205%20246%20152%20129%2074 |title=Malay Film Productions |accessdate=9 Disember 2012}}</ref>