Love, Supermoon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
Plot dikemaskini
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
Baris 32:
==Plot==
{{spoiler}}
Razak ([[Farid Kamil]]) dan Triz ([[Nadiya NisaNisaa]]) yang menjadi abang dan adik angkat dalam masa yang singkat ketika menemani rakan masing-masing Nina ([[Rita Rudaini]])) dan Sulayman ([[Zain Hamid]]) bertemu janji ketika zaman persekolahan. Namun menginjak dewasa, Razak dan Triz saling tidak bertegur sapa dan hanya mengetahui perkembangan masing-masing melalui Nina dan Sulayman yang berkahwin selepas Nina selamat bergraduasi.Razak, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya.Dia merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar–tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan–rakannya yang lain.
 
Triz pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat penerbitan.Triz pernah bercinta dengan pelajar Master [[UK]], Fakrul ([[Zain Saidin]]), namun jarak memisahkan meerka.Triz telah memasangkan Tiha dengan bapa saudaranya yang baharu sahaja kematian isteri, Ayah Cu (Razak Hamdan). Dia kemudiannya bercinta pula dengan Azman ([[Azhar Sulaiman]]), seorang kerani di tempat kerja yang sama.Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh Nina dan Tiha ([[Anne Ngasri]]). Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.Konflik berlaku menyebabkan Triz meningalkan Azman.