Perbezaan antara semakan "Black (penyanyi)"

}}
 
'''Hanifah bin Md Hanafiah''', lebih dikenali sebagai '''Black''', ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai [[Mentor (Musim 3)|musim ketiga]] rancangan realiti ''[[Mentor (siri TV)|Mentor]]''. denganPada bimbinganmasa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, [[Mas Idayu]].
 
==Biografi==
Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat ''Mentor'' yang diadakan di [[Sri Pentas]], [[Bandar Utama]], pada 15 Mac 2009. (Dalam format ''Mentor'', setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, [[Mas Idayu]] selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.<ref>{{cite news|title= Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3! |author= Roslen Fadzil |work=murai.com.my |date=13 Julai 2009 |url=http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4451&c=1&s=1 |accessdate= 15 Januari 2010 }}</ref>
 
''"[[Aku rinduRindu Sayang Kamu]]"'' merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke [[Anugerah Juara Lagu 2009|Anugerah Juara Lagu ke-24]] yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.<ref>{{cite news|title= Aizat Juara AJL24 |author=Miss Ayu |work=gua.com.my |date=11 Januari 2010 |url=http://gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4431 |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref>
 
Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan [[Meet Uncle Hussain]] Julai 2009.<ref>{{cite news|title= Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH |author= Syaliza Shapiansuri |work=gua.com.my |date=30 Ogos 2009 |url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3983&Page=2 |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref> Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "[[Drama King]]" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.<ref>{{cite news|title= Meet Uncle Hussain Masih Berbisa |author=Li Ee Kee |work=gua.com.my |date=27 November 2009 |url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4277 |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref>
 
Pada tahun 2010, Black diundang pula oleh Ratu Pop Etnik tersohor negara, [[Noraniza Idris]] untuk berkolaborasi menerusi lagu Kuasa Cinta yang berkonsepkan Zapin-Rock. Lagu yang digubah oleh Edrie Hashim dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album Noraniza Idris sendiri pada tahun 2010 dan apabila menjadi kolaborasi antara Noraniza dan Black, Kuasa Cinta berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-19]] (AIM19) serta dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.
<!--
<ref>{{cite news|title= |author= |work= |date= |url= |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref>
==Diskografi==
===Album Studio===
*''[[Obsesi (album Black)|Obsesi]] (2011)''
 
*[[''Mana Mungkin (album Black)|Mana Mungkin]] (2014)''
*''Black (2016)''
 
===Penampilan istimewa===
*''"[[Drama King]]"'' <small>duet (bersama [[Meet Uncle Hussain]], (2009)</small>
*''"[[Kuasa Cinta]]"'' <small>duet (bersama [[Noraniza Idris]], (2010)</small>
 
==Rujukan==
137

suntingan