Osman Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42:
}}
 
'''Osman Ahmad''' merupakan salah seorang penggubah lagu yang terkemuka semasa era emas filem [[Melayu]]. Beliau bertugas sebagai pengarah muzik [[Malay Film ProductionProductions (MPF)Ltd]] Studio Orchestra dan banyak mengarang lagu bagi filem-filem yang dihasilkan oleh Shaw Brothers.
 
Kedua-dua orang tua Osman dipercayai berasal dari [[Semarang]], kotaKota pesisirPesisir di Jawa, berhijrah dan kemudian menetap di Arab Street, [[Singapura]]. Ayahnya seorang pencanai emas, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Disebabkan hambatanhidupnya dihambat kemiskinan, Osman belajar muzik dalam keadaan yang sukar. Semasa remaja, dia menggunakan buluh sebagai seruling dan kadbod pula sebagai gitar. [[Ahmad Patek]] iaitu abang kepada Osman bekerja dengan salah satu kumpulan bangsawan terkenal dan menjadi penggubah lagu. Salah satu lagu gubahan Ahmad adalah lagu rakyat iaitu [[Di Tanjong Katong]].
 
Pada tahun 1935, Osman berkahwin dengan Annie Abdullah dan dikurniakan 12 anak, tetapi hanya 10 orang yang hidup. Dengan keluarga yang besar, beliau menjadi pemuzik untuk menambahkan pendapatannya. Pada sebelah siang, beliau bekerja sebagai pembaca meter dengan sebuah majlis tempatan, manakala sebelah malam sebagai pemuzik.
Bagi menampongmenampung perbelanjawan keluarganya, bapa muda ini memegang dua pekerjaan, iaitu sebagai pembaca meter dengan Majlis Perbandaran pada waktu siang dan sebagai pemuzik pada malam hari dengan [[Royal Star Opera]]. Osman turut menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri, [[Madam Bangsawan]]. Akan tetapi, kumpulan bangsawannya itu terpaksa dibubarkan kerana kekurangan keanggotaan. Disebabkan pendapatannya tidak besar, beliau menjadi pegawai dengan [[Keretapi Tanah Melayu]] (KTM).
 
Selepas pendudukan Jepun (1942 – 1945), kebanyakan opera bangsawan tidak lagi aktif dan diganti dengan industri perfileman yang kian berkembang pesat dan Osman diminta untuk menyertai MFP Studios disebabkan pengalaman yang dimilikinya, sewaktu industri filem Melayu mula mendapat sambutan. Daripada hanya sebagai seorang pemuzik, beliau belajar menggubah lagu sehingga terpilih menjadi ketua orkestra MFP. Orkestra itu bertanggungjawab menghasilkan muzik dan lagu untuk filem keluaran MFP dari tahun 1948 hingga 1960-an.
 
Osman Ahmad menggubah lebih daripada 40 buah lagu tema untuk filem termasuk filem klasik Lela Manja. Kebanyakan lagu gubahan beliau dinyanyikan oleh penyanyi popular ketika itu seperti Nona Asiah, Julia LinaLena dan A. Rahman (ayah kepada R. Ismail), sementara proses rakaman dijalankan di His Master’s Voice di MacDonald House, yang kemudiannya dikenali sebagai [[EMI Studio]]. Di sini, beliau berganding bahu dengan para penggubah MFP seperti '''Yusoff B, Ahmad Jaafar, dan P. Ramlee'''. Antara lagu gubahan beliau ialah '''Berhati Lara, Gadis Teruna, Hati Gelisah dan Dayung Sampan (semuanya dalam filem [[Aloha pada tahun 1950(filem)|Aloha]], Juwitaku Sayang, dalam filem [[Pembalasan (filem)|Pembalasan]], Malamku Bermimpi, dan Seri Dewi Malam'''.
 
Adalah dipercayai Osman Ahmad telah menggubah ratusan lagu disepanjang hayatnya. Namun hanya 36 lagu di bawah nama beliau. Lagu-lagu Osman Ahmad seperti “Pengantin'''Pengantin Bersanding”Bersanding''' dan “Kasih'''Kasih Ibu”Ibu''' telah diguna dalam buku teks “Rakyat'''Rakyat Yang Baik”Baik''', sementara banyak lagi yang dirakamkan di bawah label HMV (His Master’s Voice). Sungguh pun zaman mudanya susah, Osman Ahmad telah berjaya mencapai kemuncak kerjayanya berkat keazaman yang kuat.
Osman Ahmad meninggal dunia di rumahnya di [[Geylang]], [[Singapura]] pada 30 November 1964.
 
==Lagu-lagu karangan beliau==