Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa kehadirannya pemberontak di dewan itu telah menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi itu berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan Hitler. Hitler pula gagal menawan [[berek tentera]] Jerman dan pulang kembali kepada Beer Hall dan mendapati orang tebusannya telah berjaya melarikan diri. Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi [[Eric Ludendorff]] meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. Eric begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera disana mungkin juga turut serta dengan pihak Nazi.
 
Adolf Hitler yang hampir berputus asa itu terpaksa bersetuju dengan rancangan Eric. Lalu dengan bala tenteranya seramai 3,000 orang mereka berarak menuju ibu negara Jerman iaitu [[Berlin]] untuk menumbangkan kerajaan kebangsaan. Walaupun begitu, Perdana Menteri Bavaria serta pegawai kerajaan yang lain telah berpaling tadah dan berusaha untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] tersebut. Hitler telah tersilap strategi kerana tidak mengarahkan tenteranya untuk menawan pusat komunikasi utama seperti [[stesyen radio]] dan pejabat telegraf. Pada keesokan harinya, Perdana Menteri Bavaria telah membidas rampasan kuasa tersebut dan mengharamkan parti Nazi yang beribupejabat disana. Selain itu, kerajaan Bavaria dengan pantasnya telah memberi amaran kepada [[kerajaan pusat]] mengenai rancangan Hitler. Oleh itu, pihak berkuasa disanaMunich telah bersedia untuk menumpaskan [[rampasan kuasa]] tersebutitu.
 
Apabila penyokong Hitler tiba di [[Munich]] mereka telah bertembung dengan angkatan [[polis]] disana. Pertempuran sengit kemudiannya berlaku antara pihak [[Nazi]] dengan pihak berkuasa Munich. dan dalamDalam beberapa minit sahaja, 21 orang (termasuk 16 ahli Nazi) terbunuh dan beberapa ratus orang tercedera. Hitler berjaya melepaskan diri tetapi akhirnya beliau bersama pegawai teringginya telah ditangkap.
 
== Nazi selepas peristiwa Beer Hall Putsch ==